Friday, January 30, 2009

Tabung Haji, Amanah Saham Wawasan dan JPN

Semalam... sadi sibuk menguruskan hal pusaka arwah ayah sadi... pasal duit dari bank dan jugak amanah saham... lepas tu... disebabkan urusan yang panjang gila... ditambah pulak dengan orang yang ramai... sadi terpaksa pergi ke PNB 2 hari berturut... punya laa susah.... hmmmm... memandangkan tabung haji pun sebelah PNB aje... so hari ni sadi pun pergi laa PNB dan Tabung haji...

Masa pergi PNB hari ni... nasib baik tak ramai orang macam semalam.... sadi pun mengupdate laa buku ASB... dan jugak bukakan amanah saham wawasan untuk diyana... kira untuk simpanan untuk dia besar nanti... mula-mula sadi plan nak bukakan diyana SSPN... tapi memandangkan ASW pun kira ok jugak... so sadi pun buka laa akaun ni untuk diyana... minimum umur anak yang nak menjadi pelabur...7 tahun... dan minimum untuk buka akaun ialah RM100... satu fakta menarik sadi perhatikan masa duduk kat sana... sadi tengok ramai orang cina yang datang bawak anak-anak mereka buka akaun ASN... sebab tu timbul kesedaran bagi sadi untuk bukakan akaun ASW untuk diyana... sadi plan bila diyana dah mencecah umur 12 tahun... baru sadi nak bukakan dia akaun SSPN... buat sekolah rendah ni... bagi dia ASW dulu...

lepas dah buat urusan kat PNB... sadi pun pergi laa tabung haji pulak... check akaun tabung haji yang dah dorman... nasib baik akaun tu masih ada... kalau tak.. rugi laa sadi... lepas tu sadi pun aktifkan balik akaun tabung haji sadi... dan bukakan diyana akaun tabung haji... rupanya semua budak yang dah ada sijil lahir boleh buka akaun di tabung haji... so sebenarnya danial dan danish pun sadi boleh buka akaun tabung haji untuk diorang... tapi memandangkan tak bawa surat beranak... tak dapat laa buatkan akaun untuk diorang berdua... dan jumlah minimum untuk buka akaun tabung haji hanya RM10... kalau lebih lagi bagus... lepas tu sadi tanya laa kat kaunter tu kalau nak register untuk haji macamana... kalau dalam akaun ada minimum RM1300... dah boleh register untuk buat haji... hmmmm... sadi plan nak pergi haji lebih kurang 15 tahun dari sekarang... so dah kena start menyimpan dari sekarang... :D

lepas sembahyang jumaat pulak... sadi dan hubby pergi JPN kat puchong... nak tukar alamat pada ic... punya laa ramai orang beratur... ialah.. ramai orang yang masih lagi bercuti dan ambil kesempatan buat urusan kat JPN... punya laa malas nak bergambar untuk ic... ish...sadi tak tau laa muka sadi macamana... sadi rasa masa tu dah kepenatan... senyum pun nampak masam jugak... ditambah pulak pipi yang semakin gebu... ish..ish..ish... lagi 3 minggu ic tu siap...hmmm... mesti gelak besar tengok muka kat ic tu nanti... huahuahuahuahuahua :D

orait.. meh layan gambar untuk hari ni...

masa ni di PNB


sadi tengah berurusan dengan pegawai khidmat pelanggan


ni masa dekat lembaga tabung haji


ni masa menunggu nombor giliran


buku akaun yang telah dibuka dan dikemaskini buat tahun ni


marilah menabung untuk masa hadapan... :D

Thursday, January 29, 2009

ADA KE...

Di suatu petang, di tepi kolam....

Danial: Ibu... ade ke ikan batu?
Ibu: Ada
Danial: Ada ke ikan tulang?
Ibu: haaa... ada kot...
Danial: Ada ke ikan janggut?
Ibu: Mana ada...
Danial: Ada ke Ikan terbang?
Ibu: Ada... danial tanya soalan lain laaa...
Danial: Ibu... cup tu cawan ke?
Ibu: Ha ah
Danial: Ada ke ikan cawan?
Ibu: Mana ada....
Danial: ADA... ADA KE IKAN KAP TU IKAN CAWAN
Ibu: huahuahuahuahauhauhuahuahuahuahua :D

Wednesday, January 28, 2009

Kisahnya Melapor Diri Untuk Bertugas

Hari ni merupakan hari yang paling memenatkan... macam masuk amazing race laa pulak... dari satu tempat ke satu tempat... nak melapor diri bertugas ni punya laa payah... bukan buat aper pun... payah nak menunggu orang buat surat untuk penempatan...ditambahnya pulak nak menunggu orang nak tandatangan surat tuu... ish geram betul menunggu lama hari ni... especially kat putrajaya...

sadi pergi perkim dalam pukul 8.00am... lepas tuu... dengan cari parkingnya... lebih kurang 8.15am sampai kat tempat melapor diri... memandangkan surat dari universiti tak sampai lagi pasal ada member yang lewat sikit... so tunggu laa... dalam 9.10am.... surat pun sampai.. lebih kurang 30 minit lepas tu.... siap laa surat untuk dibawa ke putrajaya... dah sampai kat putrajaya dalam pukul 11.00am...tunggu lagi surat nak dikeluarkan... sadi dapat surat tu dalam pukul 1.50pm... punya laa lapar dan penat menunggu... tapi kawan sadi yang lain menunggu lagi lama... pasal pukul 2.00pm pun surat masih tak siap lagi.... hmmmm.... payah betul nak dapatkan surat penempatan ni.... then... bila dah dapat surat... sadi pun pergi laa makan tengahari... masa tu rasa nak pitam pasal penat sangat menunggu... memandangkan hari sangat laa panas... lagi laa buat rasa penat...

lepas dah dapat surat penempatan... baru laa balik ofis... alhamdullilah... dapat balik ke tempat kerja lama sadi... di pusat pasca pendaftaran produk, bpfk.... dah jenguk ofis dan kengkawan... sadi pun apply laa cuti 2 hari... so sadi akan start kerja balik 2 februari 2009.... huahuahuahuahua :D

orait... meh layan gambar masa menunggu surat... :)

bergambar beramai-ramai d9 bahagian latihan, kkm


ruang menunggu di bahagian sumber manusia, kkm


semua orang dah penat menunggu...


yanty dan kak saleha... :)


gambar sadi...hmmm... tukang amik gambar... tak nampak laa muka... huahuahuahuahuahuahua :D

Berakhirnya Cuti Belajar...

Oklah... hari ni merupakan hari yang oenting buat sadi... sadi dah habis tempoh cuti belajar dan perlu mendaftar diri masuk kerja balik... huhuhuhuhuhuhhhuhu :D

sadi buat post n3 ni malam tadi... so sebenarnya bila post ni dah publish... sadi tengah sibuk buat persiapan untuk daftar masuk kerja... pertamanya...sadi perlu ke bahagian latihan, kementerian kesihatan malaysia untuk daftar yang sadi dah complete cuti belajar... lepas tuu surat akan dikeluarkan untuk penempatan... then... sadi kena pergi bahagian sumber manusia, kementerian kesihatan malaysia kat putrajaya untuk mengesahan penempatan... lepas tuuu...baru laa boleh balik ofis... baru laa daftar masuk ofis... lepas masuk opis sekejap... sadi kena pergi universiti pulak untuk settlekan beberapa perkara dengan supervisor... ish..ish...ish... mesti penat nak berkejar ke semua tempat tuu untuk daftar masuk kerja ni.... huahuahuahuahuahuahua :p

anyway... petang semalam bos sadi ada tanya... samada sadi berminat untuk masuk ke bahagian lain kat ofis sadi tuu... kira tukar pejabat laaa... hmmm... tak tau laa... kalau ikut hati... nak cuti lagi... huhuhuhuhuhhuhuhuhuuhuhuhu :D

kalau dah jadi penjawat awam ni... kena ikut perintah... SAYA YANG MENURUT PERINTAH... so tak tau laa samada sadi akan masuk ke unit surveillans, pusat pasca pendaftaran produk, bpfk atau unit sekretariat, pusat pendaftaran produk, bpfk.... hmmm.... ikut nasib laa... :)

anyway.. kawan ofis ku... tungguuuuuuuuuu....... huahuahuahuahauhuahua :D

Tuesday, January 27, 2009

Makan Besar Di Depan Rumah :D

Ini sebenarnya cerita masa malam tahun baru cina... huhuhuhhuhhu... kitorang kat rumah pun makan besar kat rumah jugak... huahuahuahuahuahuahua :D mmg laa kitorang ni tak sambut tahun baru cina... tapi menyambut makan bersama sempena cuti yang lama.... huahuahuahuahuahuahua :D

memandangkan dah lama tak barbeque... so apa lagi... sadi dan hubby pun masak laa barbeque kat depan rumah.... punya laa seronok makan kat luar... huhuhuhuhuhuhuhu :D

so... meh layan gambar sadi and family barbeque.... :p

ada daging... ayam... udang... dan sotong... huahuahuahuahua :D


barbeque kat tepi kolam... :)


dah pukul 8.00 malam... masa untuk makan :p


budak terakhir yang habis makan... bluurrrppppppp... :)


alhamdullilah... selamat bercuti dan selamat enjoy bersama keluarga :)

Saturday, January 24, 2009

Gerhana Matahari 26 Januari 2009

kalau tak silap sadi... tahun baru cina tahun ni... adalah hari yang sama bagi gerhana matahari... info sadi dapat masa tengok RTM... huahuahauhuahua... kita diajak untuk mengadakan solat selepas gerhana matahari tuu...

so... meh layan artikel pasal gerhana matahari...

__________________________________________________________


Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.

Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.

diambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana_matahari
__________________________________________________________

betapa besarnya kuasa ALLAH... :)

p/s: peace no war

Friday, January 23, 2009

Aku dan TAG dari WANIE

Baru teringat nak buat tag... huahuahuahuahuahuahuahua... :D
orait... kali meh layan tag dari liwaniel

The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 6 people


I am

pic from http://images.google.com


I really want to

pic from http://images.google.com


My favourite place

pic from http://images.google.com


My favourite things


pic from http://images.google.com


My favourite drink

pic from http://images.search.yahoo.com


My favourite food


pic from http://images.search.yahoo.com


I live in

pic from http://www.flickr.com/photos/amirazmi/2119521715/


I was born in

pic from http://images.search.yahoo.com


My school/ college

pic from www.um.edu.my


My favourite story

pic from www.legallyblonde.com


My hobby

pic from http://images.google.com


I wish

pic from http://images.google.com


I want to tag these 6 people:
haaa..... sadi tau ramai yang tak buat lagik... so... aper lagi... buat laaaa... :D

Another Free Stuff... huhuhuhuhuhuhu :)

petang semalam.... hubby sadi balik... seperti biasa laa... kebetulan... ada orang datang melawat rumah sadi... so sadi tengah sibuk layan tetamu laa masa tu... bukan aper... tetamu sadi sebenarnya jiran sadi yang tengah renovate rumah dia... so dia datang rumah sadi nak tengok konsep yang boleh dia ambil untuk renovation rumah dia... so sadi pun tak laa perasan sangat hubby sadi balik masa tuuu....

then... bila sadi keluar rumah... punya laa terkejut... tetiba ada rak kat depan rumah... pastu tengok hubby sadi tengah betulkan parking kereta... ish... bila masa laa pulak dia ni pergi ikea... ini macam rak dari ikea....


lepas tu... baru laa hubby sadi bagi tau... kawan dia bagi rak ni... pasal kawan dia dah beli rak baru...ooohhhhhh... kira orang kasi free laa ni.... huahuahuahuahuahua... :D

oklah tu... dapat rak baru... kira rak second hand... tapi still in good condition...like new ones... so sadi tengah plan nak letak kat bilik mana laa pulak... bilik anak sadi dah full.... so sadi ingat nak letak kat guest room... at leasts bila orang datang... boleh laa diorang simpan barang dalam rak ni... hhuhuhuhuhuhhuhuhuhu :D

Thursday, January 22, 2009

RTM dan Rancangannya

Untuk kali ni... sadi nak share pendapat ngan bloggers yang lain mengenai rancangan tv oleh RTM... huhuhuuhhuuhhu :D

oklah... ceritanya bermula disini... korang ingat tak zaman dulu... masa tuu zaman TV3 takde lagik... kita hanya tengok tv rancangan RTM1 dan RTM2... betul tak... kalau petang... wajib tengok ustaz azahari dalam cite muqaddam... anak dia yang bergelar dato tuu pun baca muqaddam masa tuu.... waaahhh... history betul laa zaman tuuu...

anyway... bila dah ada tv3, sadi sekeluarga dah jarang giler tengok rtm lagi... masa tuu layan citer V, Knight Rider dan macam-macam lagik kat TV3.

bila dah masuk zaman TV SATELIT.. termasuk zaman mega dan astro... lagi laa sadi tak tengok lagi rancangan kat RTM... huhuhuhuhuhu :D

tapi... buat kesekiaan kalinya... masa nak sambut new year hari tuu... hanya RTM yang ada liputan sambutan kat dataran merdeka... baru laa sadi tau yang RTM sekarang dah berwajah baru... huahuahuahuahua... :D

oklah... bagus tuu... ada perubahan... sejak pak mat kita dah tak jadi menteri kat situ... adalah sedikit pembaharuan kat RTM ni....

well... kat sini... sadi nak kongsi ngan uols semua... korang tahu tak cerita XPRESI REMAJA KAT RTM... hahahahahhahaha... lagi satu IKS @1.... dan lagi... ekspresi laman... haaaa.... kalau korang nak tahu... cerita tu terbitan RTM tau...

bagi pendapat sadi... XPRESI REMAJA adalah rancangan yang paling PANAS... LEBIH PANAS DARI MELODI TERPANAS... kenapa...

mula-mula... sadi tak tahu pun pasal rancangan ni... pastu classmate sadi... CIKYA.. bg tahu yang ada perbincangan pasal BOHSIA kat rancangan ni... yang menariknya... BOHSIA BETUL DIPANGGIL DAN DIWAWANCARA DIHADAPAN AUDIENCE... bayangkan... isu yang panas macam tuu dikongsi bersama-sama...

then... sadi pun tercari-cari laa rancangan ni... well... at the and... sadi dapat tengokhari tuu... hari SELASA JAM 4.00PTG... kali ni isu BUANG BAYI... SORANG KAUNSELOR KELUARGA, ARTIS (NURUL), PENGACARA (PEREMPUAN TUU GLAMOUR TAPI SADI TAK TAU NAMA DIA DAN DAFI) DAN SEORANG REMAJA YANG PERNAH MEMBUANG BAYI... isu yang dibincangkan sangat memnarik dan dapat memberikan perspektif baru terhadap penonton... TAPI... rancangan ni kurang dapat publisiti yang sepatutnya... dan masa rancangan pulak sangat laa tak sesuai... kenapa laa tak buat hari minggu atau waktu malam dalam pukul 9... alaaa... kira prime time laa... ni buat masa org pergi kerja... saper nak tengok... surirumah sahaja je ke... bagi sadi... RTM ni perlu ubah strategi penyiaran diorang ni... buat laaa iklan cerita sendiri... pastu panggil laa wartawan buat liputan dalam akhbar... baru laa orang boleh tahu cerita yang menarik kat RTM ni...

bukan itu sahaja... cerita dekorasi macam ala ala eric leong pun ada... tapi tak dapat publisiti... kita pun tak ingat bila cerita ni... lagi satu nak tambah... RTM2 punya movie pun dah not bad as compare ngan dulu... cerita wayang pun dah ditayangkan... termasuk laa independence day, kungfu hustle dan bermacam lagi...kira sesuai laa utk tontonan org muda zaman sekarang (ish... aku ni consider muda lagi ke)....

oklah... aper laa motif sadi buat entry ni... sebenarnya:
1) RTM perlu mengkaji semula rancangan yang dia ada...contoh... gerak khas sangat popular... naper rancangan dia yang lain dia tak buat iklan macam cerita gerak khas

2) RTM perlu kaji semula masa yang bersesuaian untuk penontonnya... contoh.. kalau forum perdana dia buat malam.. sesuai lepas mak abah balik dari surau... kenapa rancangan remaja buat masa petang... bebudak kan ada yang pergi sekolah... buat laa masa hujung minggu atau malam dalam pukul 9

3) RTM perlu mencari selalu menukar pembaca berita nyaaa... takkan laa dari zaman sadi kecik tengok pembaca berita tuu... ni sampai sadi dah ada anak 3... masih pembaca berita yang sama... ini termasuk laa ngan pengulas sukan yek... dari dulu ada haji hasbullah awang... dari sadi kecik... anak dia pun sebaya je ngan sadi... sadi pasti anak dia pun dah kawin... bapa dia masih lagi pengulas sukan kat rtm tuu lagik... takde generasi pelapis keee kat rtm tu....

4) RTM perlu memilih rancangan yang lebih menarik seperti movienya... contohnya seperti RTM2 ada laa perubahan... tapi kalau RTM1 tu... masih lagi lebih kurang macam dulu...

itu je laaa komen sadi... korang ada pendapatkan... boleh laa berkongsi pendapat ngan sadi... moga-moga ada perubahan pada RTM pada masa akan datang...

p/s: peace no war :)

Apakah Sumbangan Anda Terhadap Blog???????

Sebenarnya... kat sini sadi nak share satu perkara... semenjak sadi buat blog ni... sadi ada jugak terima email bertanyakan pelbagai persoalan, contohnya sekolah anak sadi, swimming class, layout blog, coding untuk widgets dan macam-macam lagik... hehehhehehehhe.... jadi promoter laa pulak... anyway... sadi tak kisah pun nak menjawab... kiranya... hari ni kita tolong orang... esok lusa orang tolng kita pulak... betul tak...

sadi jugak tak sangka... ada tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa tempatan tentang pendatang asing yang banyak di kawasan perumahan sadi ni... kalau korang ingat... pasal entry sadi mengamuk ngan kontraktor beruk hari tu... selang seminggu selepas tuu... ada operasi menangkap PATI kat kawasan sadi ni... entah laa... mungkin kebetulan kot selepas n3 sadi hari tu... PBT dan Immigresen amik tindakan... jadi... sebenarnya... kat sini sadi highlight... hobi blogging ini bukan laa sekadar membazir masa... :P

Sadi kat sini nak share satu email yang sadi dapat... so... meh layan....

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

salam, hi sadi

u x kenal i. i pun x kenal u ;)
anyway, i kenalkan diri dulu.. myname zahila i stay in shah alam but now i dok kat overseas.. plan nk balik kejap cuti summer sempena cuti skolah anak2 i kat sini.. ;)

i tgh cari kelas renang kat shah alam cari py cari kt google at last jumpa ur blog.

boleh x u tolong tanyakan kat pusat akuatik tu.. ada tak sessi belaja renang yg dlm 2bulan je i nak anak2 i pandai swimming. sorang age 7 sorang age 5 dua2 girls. berapa harga dan ada tak yg byk kali belajar dlm seminggu dlm 4-5kali ker?biar cepat pndi sebab cuti summer i kejap jer..as u mention dlm blog ada blaja secara peribadi rite? mcm mana tu??

atau u just tanya je kt cikge yg anak u blaja sekrng..klu dia blh? brapa bayaran..xpress class in 2months...

klu u sudi tolong i, i wish thank u in advance...
thanks... ;))


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
hai zahila...

ok... sadi jawab soalan pasal personal training tu dulu... kalau kelas macam tu... instructor tu ajar anak kita aje...takde orang lain... kalau ikutkan... masa mulanya sadi nampak package ni menarik... tapi bila sadi nak masukkan diyana kat kelas berenang... tak payah personal training pun ok pasal satu instructor ajar dalam 3 orang budak je... so dia boleh concentrate ajar anak kita... lagipun untuk personal training, harga dia sangat laa mahal kalau nak dibandingkan dengan kelas yang biasa :)

anyway... dalam kes zahila ni lain... pasal nak intensive class dalam tempoh 2 bulan... so mmg kena pakai personal training... sadi dah tanya kat kelas anak sadi tu, dia kata boleh. tapi bayaran sadi tak pasti. maybe masa nak daftar nanti, boleh laa runding harga ngan dia.

lagi satu, kat pusat akuatik tu ada beberapa kelas, antaranya shark, dive, stealth dan ombak. anak sadi belajar kat ombak swimming class. nanti masa zahila sampai kat pusat akuatik tu, boleh laa survey harga. tanya laa range harga yang diorang tawarkan. ok :D
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hari ni kita membantu... esok lusa... kita jugak memerlukan bantuan orang lain... betul tak... ok... rasa seronok dapat bantu org lain.... walaupun sekecil mana pun bantuan kita hulurkan... pasti ada keberkatannya... :D

p/s: peace no war

Wednesday, January 21, 2009

Toys For Free... huahuahuahuauahua :D

Malam semalam... hubby sadi dapat phone call dari bos dia... bos dia nak sedekah toys anak dia... dah banyak sangat toys kat rumah dia... sempena nak sambut tahun baru cina ni... so dia nak clearkan toys anak dia....

so... apa lagi... hubby sadi setuju laa... so... meh layan gambar toys untuk anak-anak sadi....

ini laa toys yang kitorang dapat...


so... susun laa toys yang banyak kat bilik danial dan danish


ultraman set


power rangers


ben 10


aeroplanes set


cars


superman and batman


transformers


toys kat bilik diyana


alhamdullilah... murah rezeki anak-anak sadi... dapat hadiah... sempena birthday danish dan jugak chinese new year ni.... :D

Tuesday, January 20, 2009

Aku dan angan-anganku... hiks... gediks... :p

Sadi nak share satu mende.... kalau korang ingat... hari tu sadi ada berangan nak beli oven... kononnya nak masak kek birthday untuk danish.... tapi... yang sebenarnya... sadi takde pernah masak kek untuk birthday sesapa pun... so... berangan laa nak beli set oven untuk masak kek.... hehhehehehehe... then... masa birthday hari tuu... sadi tempah jee kat orang.... huahuahuahuahuahuahuahua :p

anyway... impian sadi nak belajar kek mendapat sindiran sinis pada mulanya oleh hubby sadi... well... nak buat macamana... dia kata nanti kalau beli set oven tu pun... bukannya sadi nak masak kek... pastu... bermula laa siri merajuk tak dapat oven... huahuahauhauhauahua :p

at the end... hubby sadi pun setuju laa belikan oven untuk sadi... sempena birthday danish... ibunya pun dapat hadiah jugak tau... set memasak oven... huahuahuahuahua :p

then... hubby sadi ni mintak laa sadi masak yang ikan panggang... daging panggang... dan bermacam lagik bila dah belikan oven ni untuk sadi... tapi set untuk memasak kek tak lengkap lagi... nanti ada benda lagi yang sadi nak beli lagi... hehehhehehehe... lepas tuu boleh laa masak kek... masak roti... cookies... hehehhehehehehe... (ni sessi berangan lagik laa ni) :p

oven sadi ni jenis yang murah jee... kalau dah mahir nanti... boleh laa sadi beli built-in-oven dan fix in kat kitchen cabinet sadi nanti... hehehhehehe... (berangan lagi laa ni)... anyway... sadi masih tak start masak pakai oven ni... maybe hujung minggu ni sadi nak try masak kek... huhuhuhuhuhu... tak tau laa macamana rupa kek tu nanti....

orait... meh layan hadiah untuk ibu sempena birthday danish.... :P

ini laa set yang sadi dapat...


oven... jenis FABER.. 24Ltr... saiz sederhana... tak laa kecik sangat...


mixer... jenis pensonic... hehehhehehehe... :p


weighing machine... ok laa...


peralatan nak masak kek... hmmm... tak cukup lagi ni... nanti boleh laa beli... :D


so... sadi harap kalau sesape yang terror masak kek tu... bagila tips kat sadi yang tak reti masak kek ni... your comments are most welcome... :D

Monday, January 19, 2009

Happy Birthday Danish!!!!!

Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Danish
Happy Birthday to you

Alhamdullilah... Danish dah berumur 3 tahun hari ini. Birthday party tadi pun selamat berjalan dengan lancar... so meh layan gambar...

Masa ni tengah bersiap nak party


Kek... dapat satu lagi kek extra... kawan sadi kasi kek chocolate...


Kek Ben 10


Cupcakes Spongebob and Friends


Posing sikit...


get ready for party


Ready to sing birthday song...


Play with pinata


berebut goodies.... huahuahuahuahua :p so much fun...


hadiah... seperti biasa...hadiah danish ni dibahagi 3... untuk diyana dan danial jugak...huahuahuahuauhahua :D


sadi rasa seronok party tadi...walaupun rasa penat... tapi berbaloi... huahuahuahuahuahua :D

p/s: boleh tukar bidang jadi party planner laa pulak lepas ni... hehehhehehehehe :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...