Saturday, February 28, 2009

Kisah Tentang KUKU

Kali ni nak share info pasal KUKU... so... LAYAN.....

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia jugabukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang . Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli.Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.


Nasihat Nabi Muhammad Saw kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.

Wednesday, February 25, 2009

Goodbye My Friends... :)

Pagi tadi sadi sibuk... bukan sibuk buat kerja... tapi sibuk buat bende lain... sebenarnya... SURAT PENEMPATAN PEMANGKUAN PEGAWAI FARMASI U44 DAH SAMPAI!!!!!!!

Oklah... dengan ini... secara rasmi... sadi akan keluar dari ofis sadi... sadi dah berkhidmat kat BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN dari tahun 2002... dan pada tahun ini... 2009... sadi telah ditempatkan ke JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK... UUUUUUUWWWWWWWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA....... KENA PERGI PERAK!!!!!

SEBENARNYA.... sadi kena mendaftar diri ke Perak pada hari isnin depan... 2 MAC 2009.... hmmmm... nak buat macamana... BERKHIDMAT UNTUK NEGARA... &.... SAYA YANG MENURUT PERINTAH.... hmmmmm...

So... goodbye my friends... goodbye BIRO... you are always in my mind... and friendship forever... :)

OKLAH... sebenarnya sadi ada mintak penangguhan selama sebulan kat BIRO.. walaubagaimanapun... isnin depan ni masih kena pergi perak untuk daftar... then balik BIRO untuk hand over kerja... (walaupun takde kerja... iye laa... baru 4 minggu balik kerja... dah kena transfer)... :)

Sadi sebenarnya ada back-up planning pasal transfer ni... tapi atas faktor belum dapat hitam putih lagi... sadi hold dulu story tuuu... nanti sadi publish bila dah confirm nanti...

so... sadi harapkan doa dari kengkawan agar sadi punya plan A menjadik... kalau dapat aper yang telah dirancangkan... sadi bakal bertugas di !@#$%^&*(

hmmmm.... there's a long way to go... too many challenges in my way... I cried almost everyday and...Allah always be with us... Ya Allah... makbulkan laa doa hambamu ini.... :)

Tuesday, February 24, 2009

Setelah 3 Bulan... RENOVATIONKU BARU SIAP!!!!

Oklah... buat ke sekian kalinya... baru laa sadi nak update cerita pasal renovation kat rumah sadi ni... bukan aper... rasa panas dihati bila nak menulis pasal cerita ni... terlalu banyak tipu daya dan helah si kontraktor sorang ni yang menyebabkan sadi takde mood sebelum ni nak bercerita pasal renovation ni...

Oklah... rasanya korang mesti ingat pasal sadi nak renovate rumah ni 2 minggu sebelum raya haji... hmmm... ni cerita raya haji tahun 2008 yek... pastu... adalah dalam sebulan lebih pagar batu, tiles dan cat rumah sadi siap...

lepas tuuu... sadi terpaksa keluarkan modal sikit untuk betulkan tiles kat parking yang berbelang... nak buat macamana... dari sakit mata memandang defect yang major itu... sadi pun suruh kontraktor tuu pecah balik tiles yang salah dan replace dgn warna yang sama....

Dan selanjutnya... hampir 2 bulan sadi menunggu gate yang tak siap-siap... ceritanya bermula apabila gate sepatutnya dipasang pada satu isnin petang... then... pemandu lori sub-kontraktor tuu pulak kena tangkap polis pasal suspected bawa barang curi... then... bos sub-kontraktor tu pulak kena angkut masuk balai... kena laa diorang ni tahanan reman selama 7 hari... lepas 7 hari... workshop diorang ni pulak kena seal pasal ada kes polis... dah tuu... gate sadi yang dah siap tuu tak boleh laa nak dipasang pasal dah jadi kes polis... ggggrrrrrrrrrr.....

selepas tuuu... pada tahun baru cina hari tuu pulak... kontraktor sadi bawak sub-kontraktor lain untuk ukur pagar dan buat yang baru... disebabkan cuti cina tuu seminggu... dan ditambah pulak bahan mentah susah nak dapat... bermula laa alasan demi alasan kata gate dalam progression... hubby sadi dah pergi mengamuk kat kontraktor tuuu... selang beberapa hari... ada pulak subkontraktor ketiga pulak yang datang buat ukuran pagar... subkontraktor kedua tuu kata dia banyak order dan tak sempat nak siapkan sadi punya... then... subkontraktor ketiga ni pulak janji nak pasang jumaat lepas... masa dia bawak gate tu... lori kena langgar... so gate tuu bengkok sikit... so dia minta extend sampai ahad... janji pagi... dah petang ahad... baru laa gate sadi sampai... itu pun setelah hubby sadi pergi gertak kontraktor sadi tuu dengan kayu besball dan jugak parang... ish.... hubby sadi nak naik angin dengan kontraktor tuu... takut kena tuang dengan kontraktor tuuu.... then... masa gate sampai... kebetulan hujan lebat... so tak boleh pasang... oklaaaa.... hari isnin baru pasang... masa hari isnin... hari hujan lagi... so diorang ni just pasang separuh jalan je... hari selasa... iaitu hari ni baru nak sambung kerja... then diorang datang lebih kurang pukul 2 petang nak pasang motor untuk automatik gate... dalam 5.15pm baru laa pagar sadi siap pasang...

so... meh layan gambar rumah sadi setelah direnovate bahagian depan rumah....

Ini laa rumah sadi yang telah ditouch up dengan cat... rasa manis macam coklat... :p


Kolam ikan sadi... sekarang dah bela ikan kap lagik... huahuahuahuahua :D


air meleleh... atau... air lompat (kata danial).... huahuahuahuahua :p


ikan kap... alaaaaa... tak nampak sangat ikannyeee.... :p


barisan pokok hijau yang pasunya ikut suka hati... asalkan hijau laa laman sadi ni..


car porch sadi yang boleh buat tempat main anak-anak sadi...


lampu di pagar... ala-ala zen laa pulak... cincai je laaaaa.....


terlopong... sebenarnya dekat 2 bulan rumah sadi terlopong macam ni pasal gate tak siap...


kerusi nak lepak kat luar... sungguh antik koleksi kerusi ni.... :)


saje letak batu kat tempat longkang ni...


dari sipi... nampak laa sikit kolam ikan sadi...


jeng...jeng..jeng... maka ini laa dia pagar yang penih kontroversi itu... huahuahuahuahuahua :p


p/s: walaupun banyak cabaran... dengan orang mengata... dengan kontroversi pagar.... akhirnya... siap laa jugak renovation rumah sadi.... :D

Monday, February 23, 2009

Kisah buat teladan....

N3 kali ni sadi copy dari email yang sadi dapat dari kengkawan sadi... Oklah... masa untuk menyebarkan peringatan buat sesama muslim.... 3 cerita buat pedoman kita... so apa lagi...... Layannnnnnnn.....

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.


Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :


"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.."



Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.... Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari limaorang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik pula melaungkan azan dimasjid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu. Begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.


ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, k era s dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. " Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang b era gama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah¦nbsp; ini tidak kelu semasa nyawa kitasedang dicabut. "Ya Allah Anug era hkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami¦nbsp; mengucap; kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin. ."

Sunday, February 22, 2009

Aku Dan Research.... :p

Semalam... sadi and the group pergi jumpa supervisor... nak tau markah untuk research... huhuhuhhuhuhuhuhuhu... alhamdullilah... kumpulan sadi dapat A- untuk kitorang punya reseach... OK LAAA TU!!!!!!!

Anyway... hanya satu kumplan sahaja yang dapat A untuk reseach tuu... so... they are the best among the rest... alhamdullilah....

So... insyaallah kami akan graduate bulan 5 nanti.... huahuahuahuahuahua... :D Rasa seronok pulak nak grad ni.... huahuahuahuahuahuahuahuahua :D

p/s: rasa macam tak percaya pulak dah habis belajar... huahuhuahuahua :p

Friday, February 20, 2009

Apa Jenis Suami Laa Ni.... Kesian Kat Wanita!!!!!!

Oklah... kali ni sadi nak share satu kisah benar... yang benar dan tiada yang tipu.... kisah ini benar-benar berlaku dizaman moden ni... just nak share story ni yang terbuku dihati sadi.... story ni terjadi pada kenalan rapat sadi... namanya... Nilam (bukan nama sebenar)....

Oklah.. Nilam ni dah berkahwin dengan Jaguh (bukan nama sebenar) dan dikurniakan 4 orang cahaya mata... dalam perkahwinan mereka ni banyak air pasang dan surutnya.... macam-macam peristiwa telah berlaku menduga ketabahan hati si Nilam ni... Jaguh ni pernah main kayu tiga dan hampir bercerai dengan Nilam... tapi atas sebab... TAK MAMPU NAK MENYARA HIDUP SENDIRI... Si jaguh ni pun tak jadik laa nak cerai dengan Si Nilam... Si Nilam ni laa yang bekerja kuat utk menyara hidup diorang ni sekeluarga... nasib baik laa si Nilam ni ada kelulusan...

Peristiwa yang paling membuatkan sadi geram berlaku baru-baru ni... Si Jaguh ni berjaya memujuk Nilam untuk membeli rumah teres yang besar kerana rasa rumah apartment yang mereka tinggal tuu terlalu kecil untuk mereka sekeluarga... tapi bagi sadi rumah apartment tuuu cukup besar dengAn keluasan 1600 sq ft... well... biasa laa kalau orang melayu ni...tak boleh tengok orang lain beli rumah.... nak beli rumah dari developer yang berprestij dengan kos harga rumah yang mahal... kata Jaguh... bila sebut tempat tinggal tuuu... dah tau dah rumahnya memang buatan yang baik dan berkualiti... Ok laa kalau mampu... so sadi malas nak layan bila dia membandingkan rumah yang sadi beli ni...

Then... bila rumah tuuu dah siap... bermula laa episod yang Jaguh tak kasi duit belanja kat Nilam... jadi banyak laa bil yang tertunggak... termasuk laa hutang kereta... kata Jaguh... nak simpan duit kereta tuu utk masuk rumah baru... boleh ke seorang laki cakap macam tuuu kat bini dia... then Nilam ni pun terpaksa kerja extra hard nak cari duit bayar duit kereta... lagi pun kereta yang dia pakai ni atas nama Nilam...

Masa pindah rumah baru...dalam bulan 12 lepas.... grilll semua nak nampak canggih... pakai wrought iron pasal nak nampak rumah ada classsssssss..... kebetulan pulak lepas tu Si Jaguh ni dapat bonus masa bulan Januari... lebih kurang RM10K... so apa lagi... semua bilik dapat set bilik tidur baru... mmg cantik lagi menarik... dibelinya pulak komputer dan laptop utk kegunaan kerja dan anak belajar... dan yang paling PENTING... beli basikal untuk semua anak dimana 5 basikal.... harganya lebih kurang RM2000.... hmmm.... satu sen pun si Jaguh ni tak kasi duit kat Nilam... ENJOY dapat durian runtuh....

then... masuk bulan 2 ni... syarikat Jaguh dah buang 100 orang pekerja kerana zaman gawat ni... si Jaguh ni baru je kerja kat syarikat ni dalam 2 tahun... dia kata dia takkan terlibat pasal dia kamcing gila dengan bos dia... pastu... bermula minggu depan... saper yang tak kena buang kerja ni... hanya bekerja 3 hari seminggu utk cut cost... so gaji pun kena cut laaa... hmmmm..... mmg tak boleh nak kata aper.... mmg sekarang ni tgh gawat... byk company yang buat macam tu....

then... semalam... Nilam bagi tau Sadi... kereta dia dah 5 bulan tak bayar pasal Jaguh tak kasi duit... HHHHHAAAAAAAAAAAAAAAAAAA..... 5 BULAN TAK BAYAR!!!!!!! ditambah pulak kereta dia bank dah nak tarik.... so Si Nilam ni tak tau nak minta tolong saper lagi.... dia tengah panik pasal kalau takde kereta... macamana dia nak buat kerja.... so sadi pun cuba laaa tolong Nilam seberapa yang sadi mampu... then Si Nilam ni masa sadi jumpa.... muka dah nak menangis.... rupanya... dia baru call Jaguh... dia minta tolong Jaguh... macamana nak buat sekarang... dengan selamba... Jaguh jawab... ABANG TAKDE DUIT LAAAAAA..... ya allah.... kalau laa orang yang tarik kereta tu terserempak ngan Nilam kat tengah jalan... ada tak si jaguh ni pikir macamana bini dia nak handle.... kalau kereta dah kena tarik... macamana Nilam ni nak kerja....

apa punya laki laa.... masa ada duit... belanja bagai nak rak... itu laaaa.... bila time berita... tak nak dengar berita... alasan... berita ni asyik cakap pasal politik kat malaysia ni aje... malas nak amik tau... tapi... dalam berita laa yang dah kasi petunjuk bahawa 2009 ni bakal jadi zaman gawat... company US dan JEPUN pun dah banyak gulung tikar... so kita kena berbelanja secara berhemat... lagi pun... kalau duit tengah banyak tuuu.... hulur laaa duit tu kat bini dia.... apa... duit bini duit suami.... duit suami... suami punya... suka hati kepala dia jeee nak belanja.... bini ni laaa yang nak tanggung part duit dapur... duit api.... duit air... duit telefon... duit orang gaji (yang khabarnya gaji org gaji ni tertunggak beribu-ribu... orang gaji ni dah lari balik Indon kerana gajinya tak dibayar).... kalau duit gaji suami ni pulak... sibuk dok bakar hari-hari... hisap rokok tak ingat nak menyimpan.... nak menolong bayar duit kereta atau duit hutang orang gaji... hmmmm.... jangan harap laaaaaaa........

Moral of the story: zaman sekarang dunia dah nak kiamat... kalau dulu laki jadi ketua keluarga dan support keluarga... zaman sekarang... bini yang support keluarga dan suami pulak... ENJOY!!!!!

Thursday, February 19, 2009

Can I Borrow RINGGIT MALAYSIA 25?

A man came home from work late, tired and irritated, to find his 5-year old son waiting for him at the door.

SON: 'Daddy, may I ask you a question?'

DAD: 'Yeah sure, what it is?' replied the man.

SON: 'Daddy, how much do you make an hour?'

DAD: 'That's none of your business. Why do you ask such a thing?' the man said angrily.

SON: 'I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?'

DAD: 'If you must know, I make $50 an hour.'

SON: 'Oh,' the little boy replied, with his head down.

SON: 'Daddy, may I please borrow $25?'

The father was furious, 'If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I don't work hard everyday for such childish frivolities.'

The little boy quietly went to his room and shut the door.

The man sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?

After about an hour or so, the man had calmed down , and started to think:

Maybe there was something he really needed to buy with that $25.00 and he really didn't ask for money very often The man went to the door of the little boy's room and opened the door.

'Are you asleep, son?' He asked.

'No daddy, I'm awake,' replied the boy.

'I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier' said the man. 'It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the $25 you asked for.'

The little boy sat straight up, smiling. 'Oh, thank you daddy!' he yelled. Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.

The man saw that the boy already had money, started to get angry again.

The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his father.

'Why do you want more money if you already have some?' the father grumbled.

'Because I didn't have enough, but now I do,' the little boy replied.

'Daddy, I have $50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you.'

The father was crushed. He put his arms around his little son, and he begged for his forgiveness.

Moral of the story:


It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that $50 worth of your time with someone you love.

If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of hours. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives.

Wednesday, February 18, 2009

Car lock.... The Thief is Everywhere!!! A Must Read !

N3 kali ni just copy dari email yang sadi dapat dari kawan sadi.... rasanya baik utk dishare dengan semua bloggers.... semoga menjadi peringatan untuk kita demi menjaga keselamatan harta benda kita...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Most of the time I lock my car on the door lock from the insidewhen I exit the car. Little did I know that that is the best way to lock your car.
I personally checked with the local police and they confirmed that this was! happening.My friend pulled over at the roadside reststop with bathrooms, vending machines, etc. He returned to his car less than 4-5 minutes later and found someone had gotten into his car, and stoled his cell phone, laptop computer, GPS navigator, briefcase.....you name it.
He called the police and since there were no signs of his car being broken into. The police informed him that there is a device which clones the security code when you use your remote transmitter.
The robbers are now using this. They sit a distance away and watch for their next victim. You. Since they know you are entering the store, restaurant, or bathroom, it gives them those few minutes to steal and run.
The police officer said to be sure to manually lock your car door by hitting the lock button inside the car. When you hit the lock button on your car upon exiting...it does not! send th e-security code, but if you walk away and use the door lock on your key chain- it sends the code thru the airwaves where it can be stolen.
I just wanted to share about this; this is real...it just happened this past Thursday. So be aware...look how many times we all lock our doors with our keys (transmitters)...just to be sure we remembered to lock them....and bingo the guys have our code...and whatever was in the car...can be gone. Keep safe everyone !
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Moral of the story: zaman makin canggih... cara pencuri pun makin canggih... semoga kita dapat lebih berhati-hati agar harta benda kita tidak hilang dicuri...

Tuesday, February 17, 2009

Pindah Kelas

Alhamdullilah… Diayan dapat tukar kelas… Semalam Diyana bagi tau yang dia telah dipindah kelas… selepas ujian bulanan… keputusan dia baik dan dia dapat tukar kelas… alhamdullilah… sadi doa agar dia dapat belajar dengan baik dekat kelas baru ni…. :D

Dekat SKPU2 ni... diorang ni mengamalkan sistem pertukaran kelas bagi setiap ujian yang dijalankan... sekiranya markah ujian menaik dan ditambah pula homework yang baik... boleh promoted ke kelas yang lebih baik... alhamdullilah dapat pun diyana tukar kelas... bila tanya cikgu kelas dia... sebab dia dapat tukar kelas... iyelaaa... takut pasal kes potong rambut tu dia tukar kelas dan bukan markah ujian... cikgu kelas dia bagitau yang diyana ditukar kelas pasal markah ujian... so... hope the best for her in her new class :D

Monday, February 16, 2009

Stress Sampai Potong Rambut Sendiri... :(

Oklah.... kali ni sadi nak share cerita pasal Diyana kat sekolah... well... dari segi pembelajaran Diyana kat SKPU2... alhamdullilah... semuanya berjalan dengan lancar... tapi... dari segi pergaulan... Diyana mengalami masalah dengan kawan-kawan dia...


Sejak bulan januari lagi... sadi dah dengar diyana merungut pasal kengkawan dia yang suka main dengan rambut dia... dan dia merasa rendah diri dengan rambut dia... well... rambut diyana ni kan kerinting... bukan laa kerinting yang halus... boleh consider kerinting besar dan rambut dia memang stail wavy.... tapi pasal nak masuk sekolah... sadi potongkan rambut dia pendek supaya senang dia nak jaga... tapi kalau rambut dia panjang... mmg cantik pasal macam buat kat salon... nak pakaikan tudung pulak... sadi rasa dia kecik lagi... biar laa umur dia 10 tahun nanti baru pakai tudung.... anyway... berkaitan dengan rambut ni... kawan kelas dia ni suka pegang rambut dia... diorang cakap rambut diyana macam spring... bila ditarik jadi luru6... pastu bila dilepas jadi kerinting.... dan ada laa beberapa budak bertuah yang suka ejek rambut diyana ni... dipanggilnya diyana ni rambut meggi... pastu ejek laa diyana... kata diyana bawak meggi pergi sekolah laaa... dan pelbagai lagi... masa sadi dengar diyana cerita... sadi suruh diyana sabar je laaa....


pada satu malam...hari rabu lepas... diyana ada cakap dengan sadi dan hubby... kalau rambut dia kusut... dia nak potong rambut... tapi kalau rambut dia tak kusut... dia tak payah potong rambut... sadi bagi tau laa rambut dia dah pendek... tak payah laa nak potong... tapi kalau dia nak jugak potong... nanti hujung minggu sadi bawak dia pergi kedai... then... pagi tu...hari khamis minggu lepas.... masa nak pergi sekolah... dia pakai minyak rambut yang banyak kat kepala dia... masa sadi sikatkan rambut dia.... sadi tanya laa naper pakai minyak rambut banyak sangat... pastu diyana cakap dia nak rambut dia cantik.... oklah... then sadi pun ikatkan rambut dia macam biasa...


tengahari tu... lebih kurang pukul 12.45pm... sariah call... sariah ni orang yang bawak van sekolah... dia bagi tau yang ada budak tertinggal gunting kat van... then dia letak gunting tu kat dashboard supaya kalau ada yang tertinggal gunting tu amik balik laa.... and then... satu perkara yang tak disangka dah jadik... diyana amik gunting tu dan dia potong rambut dia sendiri.... sadi cakap kat sariah... jangan marah diyana... nanti sadi siasat bila balik nanti...


petang tu... lepas amik diyana... bila tanya naper dia potong rambut... diyana menangis sampai takde suara... rupanya dia stress dengan rambut kerinting dia... kengkawan dia tak nak kawan dia pasal rambut dia kerinting... laa hai... kesiannya laa kat anak aku sorang ni...


the next morning... hubby sadi pergi sekolah jumpa dengan guru kelas diyana... cerita laa masalah diyana ni... rupanya guru kelas dia pun perasan yang diyana ada masalah kat sekolah... rupanya... dalam kelas diyana boleh baca english dengan lancar dan kengkawan dia jeles... jadi mungkin faktor jeles ni mendorong kengkawan dia untuk ejek diyana dalam kelas... dan ditambahkan pula diyana suka berinteraksi dengan guru... jadi diorang ni just cari jalan bagi dia rasa sedih datang sekolah... hmmm... bebudak ni... ada pulak macam tuu..


then... guru kelas diyana pun nasihatkan bebudak kelas diyana ni... agar jangan suka ejek rakan-rakan... bukan apa... nasib baik diyana ni jenis tak terus pukul ke atau serang budak yang ejek dia... kalau dah jadi kes pukul... lagi susah... lagi pun bila hubby sadi tengok budak yang ejek diyana ni... bebudak ni tergolong dalam budak yang kurang kasih sayang... guru kelas diyana bagitau yang budak ni... mak bapak kerja sampai malam... hal anak sekolah semuanya diuruskan oleh bibik... dan kerja rumah selalu tak siap pasal kat rumah mak bapak tak tengok perkembangan anak belajar.... jadi... walaupun duit tu penting utk memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak... sebenarnya masa yang berkualiti dengan anak setiap hari dirumah adalah lebih penting untuk memastikan anak kita belajar... dan mendapat kasih sayang yang secukupnya...


so... guru kelas ni mungkin akan panggil parents bebudak yang suka mengejek diyana ni ke sekolah... agar kaunseling dapat diberikan... kecik lagi dah pandai membuli... kalau dah besar nanti jadi samseng laa pulak... bagi sadi... asalkan diyana boleh belajar dengan baik dan tidak stress pergi sekolah adalah penting....


Moral of the story: cegah sebelum parah... kalau dah nasi menjadi bubur... satu sen pun dah tak guna... anak ibarat kain putih... ibu bapa laa yang mencorak warna kehidupan anak itu...

Sunday, February 15, 2009

Demam Terkejut..... :p

Hari Jumaat lepas... sadi sebenarnya dibawah kadar stress yang melampau.... dengan posting... hubby... research....dan jugak diyana... hmmm....

disebabkan terlalu stress... balik kerja tuuu terus rasa tak sedap badan.... kebetulan pulak hari tu hubby balik lambat... so sadi pun terus masuk tidur awal...

semalam pulak... bila bangun pagi... badan sadi dah rasa panas... nak bawak diyana pergi kelas swimming pun tak larat... terus minta kelas dia hari ahad ni buat 2 jam...

anyway.... sadi nak bagi tau satu dua perkara yang menyebabkan sadi stress...

1) sadi baru masuk kerja... lebih kurang 2 minggu... dapat berita sadi maybe dapat kenaikan pangkat... alhamdullilah dapat kenaikan pangkat... tapi yang malang nyeeee.... sadi mungkin akan dipindahkan ke negeri lain... P#R@K.... uuuuuuuwwwwwaaaaaaaaaaaaaaa..... :( kemungkinan besar sadi kena melapor diri pada 2 Mac ni.... kalau mengikut pengalaman senior... posting tu boleh ditarik... maksudnya posting negeri lain tapi kita maintain kat tempat kerja lama... masalahnya... KSU KKM mengamuk kalau tahun ni nak buat tarik posting... kemungkinan besar tarik posting ni tidak dibenarkan buat tahun ini... habis laaa.... kalau tak boleh tarik posting... sadi nak buat macamana.... stressnyeeeeeeeee.... :(

2) Diyana mengalami masalah stress di sekolah disebabkan kawan-kawan dia... dan dia telah buat satu tindakan drastik.... MEMOTONG RAMBUT SENDIRI.... nanti sadi buat n3 khas pasal kes bebudak sekolah zaman sekarang ni...

3) markah research sadi masih tak keluar lagi... ada khabar angin mengatakan moderator akan menaikkan dan jugak menurunkan markah bagi research tuuu... supervisor bagi markah kat research tuu ... A-... kalau moderator turunkanmarkah tuuu... habis laaa cgpa... anyway... sadi berdoa agar dapat merkah yang sepadan dengan usaha keras kumpulan sadi ni...

4) classmate sadi kena prepare untuk buat presentation pasal research kitorang kat orang besar a.k.a bos... ish... gubra laaa.... risau laaa pulakkk.....

5) hubby sadi naik angin bila tahu sadi kena tukar tempat kerja... hmmmm.... susahnyaa hati sadi....

hmmm.... terus sadi kena demam terkejut... rasa sakit badan... nak makan pun tak larat... sadi harap biar laaa cepat sembuh...

moral of the story: kalau kita terlalu stress... boleh memudaratkan kesihatan kita... oleh itu... buat laaa blog... agar kita tidak keseorangan menghadapi masalah ini.... huahuahuahua :D

Saturday, February 14, 2009

Hai Kekasih.... Orang Melayu Pun Nak Sibuk Sambut Ke?

14 Februari... hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih... mana taknye.... hari ni laa hari VALENTINES DAY... atau dialih bahasa kepada HARI KEKASIH.... sadi perasan jugak kalau kat shopping complex dan juga TV sibuk jugak laa mewarwarkan hari ni HARI KEKASIH...

OK laa.... semenjak dua menjak ni... emosi sadi tak betul sikit... so kalau ada yang baca ni terasa... kiranya... lebih baik jangan baca yek... bukan aper... sadi tak nak hipokrit dengan situasi zaman anak remaja melayu di zaman sekarang ni...

bila tiba hari kekasih ni... mula laa sibuk nak beli bunga ros... kek bentuk hati laa... coklat laa... pastu ajak makan malam yang romantik kat luar laa... kira menyambut hari kekasih ni... tapi... ada satu perkara yang orang islam perlu tahu... nak sadi bagi tau.... diorang ni tahu ke aper maksud valentines day ni....

Valentines adalah seorang paderi (kristian tau) yang banyak mengahwinkan pasangan kristian pada zaman dulu.... dan sempena hari kematian paderi/bishop ni... orang kristian menyambutnya sebagai hari kekasih... memandangkan si paderi ni laa yang banyak menjadikan pasangan berkahwin... THEREFORE.... adakah wajar kita sebagai umat nabi muhammad menyambut hari 14 februari ni sebagai HARI KEKASIH..... jika kita membaca riwayat nabi muhammad s.a.w...setiap hari yang dilalui Baginda adalah hari yang penuh kasih sayang.... samada kasih sayang baginda pada Allah... kasih sayang menyebarkan agama islam kepada semua manusia dan yang paling romantis.... semasa Baginda melayan isteri-isterinya... terutamanya Aisyah... hmmmm.... rasanya... ramai yang tahu perkara ni... tapi pasal terikut dengan agenda orang YAHUDI... kita kat malaysia ni pun sibuk jugak nak menyambut HARI KEKASIH....

wahai rakanku semua.... setiap hari adalah hari kekasih.... kita menjadi kekasih yang sentiasa mendamba rindu kita pada yang ESA... dan juga menjadi kekasih yang setia pada pasangan kita... ingatlah... bahawasanya tidak MOLEK untuk kita maraikan HARI KEKASIH ini...

malam semalam... hubby sadi wish kat sadi selamat hari kekasih... dan sadi jawab... setiap hari adalah hari kekasih buat kita... bukan laa hanya pada 14 Februari....

oklah... semoga kita dapat menjadi umat islam yang lebih baik.... :D

p/s: just nak share... penjualan COCA COLA turun 18%... well... teruskan memboikot barangan USA dan jugak ISRAEL... ALLAHUAKHBAR

Friday, February 13, 2009

Apa Kaitan Menunaikan Haji dan Bertudung???

Pada minggu lepas… hubby sadi ada cerita kat sadi pasal khutbah jumaat yang dia dengar… salah satu topic yang menarik adalah wang yang halal apabila kita mengerjakan haji… Sadi rasa semua orang tahu (iye keee… rasanya laaa)… kalau kita nak pergi haji… kita perlu pergi dengan wang yang halal dan hati yang penuh keikhlasan untuk menunaikan haji ni… niat adalah penting… bukan sekadar nak dapatkan nama semata-mata… iyelaaa… orang Malaysia ni macam ada satu kelaziman… kalau orang tu dah pergi haji… kiranya dia orang yang baik… tapi tak semestinya laaa… kalau orang tuuu miskin tapi takde duit nak pergi haji… hati dia masih baik… mungkin rezeki sahaja yang takde untuk menunaikan haji ni… tapi hati orang ni masih lagi baik kan… betul tak…

Anyway… ni sambung cite pasal khutbah jumaat ni… sadi nak ulang… ni petikan dari khutbah jumaat tau… bukan sadi reka cipta... oklah… kalau orang tu pergi haji… niat nye nak menunjuk… ditambahkan pulak hasil wang yang diragui… apabila dia kembali dari mengerjakan haji… dan cuba berubah menjadi insan yang lebih baik… syaitan itu sangat suka menggoda orang yang sebegini… oleh itu… jika dipakaikan tudung ke atas kepalanya… nescaya syaitan akan menarik tudungnya hingga ternampak laa rambut yang hukumnya menjadi aurat kepada kaum wanita… perumpaannya... seperti tudung itu ditarik dan ditiup kebelakang oleh syaitan agar rambutnya terkeluar... oleh itu… pastikan laaa niat hati kita nak pergi haji tu untuk menunaikan ibadah dan bukan niat untuk menunjuk… ditambah pula… biarlaa rezeki yang datang itu dari hasil yang baik-baik…

Bila hubby sadi bagitau sadi… satu nama artis terlintas kat pikiran sadi… hmmm.... rasanya satu Malaysia boleh agak ni… rasanya ustaz tuu tujukan untuk artis sorang ni kot… anyway… sadi doakan artist tu cepat bertaubat kerana imej yang dibawanya mudah menjadi ikutan golongan wanita….

Moral of the story: Berdoa laa pada Allah semoga ibadat kita diterimaNya

Thursday, February 12, 2009

SRJKC.... relevankah untuk bangsa melayu????

SRJKC.... maknanya... SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA... hmmm... oklah... disini sadi nak tulis sikit pasal SRJKC ni... tapi ni bukan laa pasal isu perkauman ye... diingatkan kat sini... ini just pendapat peribadi sadi... bukan mewakili semua kaum melayu yek....

Oklah... kakak sadi berkahwin dengan orang cina mualaf... so anak dia darah kacukan melayu cina laa... kalau tengok anak buah sadi ni... mmg takde muka melayu pun... muka dia mmg muka cina... dah pun anak cina.... so... bila masuk darjah satu... bapa dia bertegas untuk masukkan ke SRJKC.... untuk memastikan anak dia boleh berbahasa cina bila dah besar nanti... dan yang paling penting boleh belajar matematik... oklah... so anak buah sadi ni pun masuk sekolah SRJKC di jalan klang lama... pagi dia sekolah agama dan petang sekolah di SRJKC... so rutin harian dia sangat laa padat... lebih kurang macam anak sadi jugak laa...

kebetulan... along sadi sekarang tinggal kat rumah kakak sadi ni pasal rumah kat taman medan tengah buat renovation besar-besaran... so terpaksa laa tinggal kat rumah sedara mara sementara nak tunggu renovation ni siap... oklah... bercerita pasal anak kakak sadi ni... dia takut sikit nak cerita masalah dia kat ibu bapa dia... so dia pun cerita laa masalah kat sekolah dia dekat Along sadi ni...

masalahnya... anak kakak sadi tak laa fasih berbahasa cina... boleh laa sikit-sikit... tapi masalahnya dia tak paham cikgu dia mengajar di kelas... so dia banyak buat silap.... so Along sadi pun ajar dia... kalau tak paham... tanya cikgu... so satu hari ni... dia pun pergi laa jumpa cikgu dia ni... dalam bahasa melayu... dia cakap dengan cikgu dia... CIKGU, SAYA TAK FAHAM TULISAN DALAM BUKU LATIHAN NI... then... cikgu dia balas balik... &8%#@*@(&... satu patah haram pun anak buah sadi tak paham aper dia cakap... balik sekolah... dia menangis cerita masalah dia... kakak sadi pun check laa buku sekolah dia... bayangkan... bila tulisan terbalik... contohnya nombor 2 dan 3 terbalik... cikgu dia boleh tak betulkan dan the best part... boleh kasi dia A dengan menulis nombor yang terbalik.... BAYANGKANLAH... perasaan kakak sadi bila tengok buku kerja anak dia... semua dapat A walaupun yang ditulis tuu semuanya SALAH!!!!!!

masa kakak sadi cerita kat sadi... rasa geram sangat... nak je sadi pergi jumpa cikgu dia ni... wei... awak tuuu duduk malaysia... tak tau bahasa melayu ke... ooo... mentang-mentang anak buah sadi ni anak kacukan melayu cina... dia tak nak ajar anak buah sadi... geram betul laaa.... pastu ada pulak kes... kalau kita dah tegur cikgu kat sekolah... nanti anak kita langsung diketepikan dan tak langsung dihiraukan oleh cikgu... so... ni apa kes ni... ada double standard ke nak ajar murid... kalau cikgu macam ni... lebih baik diambil tindakan serius... pergi hantar kawasan pendalaman SABAH SARAWAK... biar dia rasa... betapa perlunya guru tuu bertanggungjawab mengajar... bukan demi sesuatu bangsa sahaja... tapi semua murid yang menjadi rakyat malaysia...

walaupun tak semua SRJKC macam ni... ia ibarat nila setitik rosak susu sebelanga...

p/s: LU PIKIR LAA SENDIRI

Wednesday, February 11, 2009

BOIKOT PUNYA KISAH

Sekarang ni sadi sekeluarga mmg memboikot barang-barang dari USA... iyelaa... dalam rancangan alkulliyah pun ada membincangkan isu kita sebagai umat islam perlu bersatu hati memboikot barangan dari USA dan juga ISRAEL ni... so... dari MILO dah bertukar kepada VICO... dari MEGGI dah bertukar kepada PAMA/MYOJO/IBUMIE... COKE... langsung tiada pengganti... dah tak minum air gas lagi laa.... dan McDonald dan KFC dah bertukar kepada Chicken Rice Shop... PIZZAHUT... langsung dah tak makan dah...kalau ada alternatif lain... mmg terus tukar... lepas tuu sadi terangkan kat anak sadi yang makanan dulu tu dah tak boleh makan... alasan... duit yang kita beli tuu akan disalurkan kepada kerajaan orang jahat dan orang jahat tuu bunuh orang islam....

Pada suatu petang... sadi kat ofis... hubby sadi call... dia bagi tau... client dia belikan KFC utk semua staff... so macamana... hmmm... sadi pun berbelah bahagi... hmmmm... bawak je laa balik KFC tu.... bukan kita beli... itu laa pikiran sadi masa tuuu...

bila dah sampai kat rumah... sadi pun hidangkan laa kfc tu untuk anak-anak sai makan... then.... Diyana bagi tau sadi... IBU... KITA KAN TAK BOLEH MAKAN KFC... NANA TAK MAU MAKAN KFC... NANTI KAWAN NANA KAT PALESTINE KENA BUNUH... alamak... tergamam sekejap sadi bila dengar anak sadi cakap macam tuu... bebudak pun boleh tau... ada perasaan untuk memboikot barangan USA... sadi terus buang semua KFC ke tong sampah... pasal semua makanan tuuu anak sadi tak nak makan.... nak ibu masak jugak... hmmm.... bila dipikirkan balik... ramai lagi orang islam yang masih membeli dan makan barangan USA ni... tanpa ada perasaan pun... hmmm... diorang ni tak baca surat khabar ke atau berita... anak-anak yang tak baca surat khabar... hanya tengok berita pun boleh paham erti pembunuhan... langsung boikot barang USA....

Moral of the story: belilah barangan Malaysia...

Tuesday, February 10, 2009

Car Accident di Pusat Akuatik

Hmmm... macamana boleh langgar... itu laa perkataan pertama yang terkeluar dari mulut sadi bila hubby sadi bagitau... UUUUWWWWAAAAA..... TENSION GILER.... :(

Ceritanya bermula macam ni... alkisah hari sabtu lepas... sadi temankan hubby sadi pergi jumpa client kat pulau ketam... lepas dah jumpa client dia... mmg plan terus nak pergi pusat akuatik... pasal ada kelas berenang untuk diyana... dari jeti pulau ketam tu... hubby sadi ikut jalan pusat bandar klang... apa lagi... jem giler laa kat sana... hubby sadi tak sangka pulak hari sabtu petang pun boleh jem teruk macam tu... sadi pun nasihatkan hubby sadi supaya SABAR... takpe laa kalau lambat sikit... tak aper... asalkan jangan berlanggar... then... sampai kat pusat akuatik tepat pukul 5.00pm... disebabkan dah lambat... sadi masuk dulu... sadi biarkan hubby sadi cari parking... jam dah pukul 5.30pm... sadi pelik pasal hubby sadi masih tak masuk lagi... dalam pikiran sadi mmg yang buruk-buruk...

then... dalam pukul 5.40pm... hubby sadi sampai... sadi biarkan dia duduk dulu... lepas tu dia pun bagi tau kereta accident... punya laa sadi bengang gila... ada satu kereta gen-2 yang baru first time datang pusat akuatik ni... masuk jalan kat tempat parking tu dengan melulu laju... untuk pengetahuan... tempat parking kat pusat akuatik tu.... jalan dia sehala... si pemandu bertuah ni masuk dari tempat jalan keluar... dan nak dijadikan kisah... hubby sadi terpaksa break kereta mengejut pasal si pemandu bertuah ni masuk jalan dengan laju.... hmmm... apa lagi...bercium bumper dengan pintu belakang kereta laaa....lepas tuu... bertekak laa hubby sadi dengan pemandu tu... si isteri pemandu tu pulak marah-marah kat hubby sadi dari dalam kereta... hubby sadi ni dah laa panas baran... nasib baik ada seorang kawan (a.k.a anak dia pun satu kelas dengan diyana) yang kebetulan kat belakang kereta kitorang... so dia laa yang jadi orang tengah dan bagi tau mmg jalan masuk ke tempat parking ni dari hotel carlton... dan jalan yang si pemandu bertuah ni masuk adalah jalan keluar... so baru laa diorang ni cool... hubby sadi minta bayaran terus tapi dia tak bawak duit.... hmmm... boleh percaya ke.... then amik laa name card dia dan amik gambar kereta dia... kalau apa-apa... ada laa jalan nak cari dia ni...

masa balik dari pusat akuatik... sadi punya mood jangan cakap laa... rasa hangin satu badan... tak terkeluar perkataan... pasal menahan marah yang teramat sangat... then bila sampai rumah... sadi terus masuk bilik... sembahyang asar cepat-cepat... nak cool kan diri... pastu mandi dan terus tidur sekejap.... pastu hubby sadi pun kejutkan sadi untuk sembahyang maghrib... rupanya... hubby sadi dah cat balik bumper kereta sadi yang calar teruk pasal accident tuu... nasib baik tak kemek bumper kereta tuuu... dan kebetulan pulak cat kereta gen-2 boleh tanggal balik guna polish... then hubby sadi pun spray kereta sadi balik supaya warna dia nampak sekata... hmmm... walaupun masih marah... tapi pasal hubby dah minta maaf dan tolong fix kan balik... so tak laa marah sangat... huahuahuahuahua :p

Moral of the story: walaupun kereta dibawa dibawah 20km/j... accident masih boleh berlaku... walaupun kita bawak berhati-hati... orang lain boleh menjadi punca kemalangan... oleh itu... kita perlu lebih berhati-hati... dan kalau nampak kereta yang tak tentu hala... lebih baik kita jauhkan kereta kita dari kereta mereka... langkah tersebut boleh menyelamatkan wang kita dan yang paling penting... NYAWA KITA.... :)

Monday, February 9, 2009

Sibuk.... huahuahuahuahua :D

Wah... sedar tak sedar... dah seminggu sadi masuk kerja.... perkembangan terbaru... baru buat kerja yang dah lama tak buat... baru nak warm up... iye laa... dah lama sadi tak buat kerja... bila baru masuk kerja... masih banyak bende yang sadi kena fresh up balik... huahuahuahuahua :D

sekarang... sadi dah dapat tempat duduk baru... so tengah mood mengemas tempat... nanti kalau dah siap kemas... rasanya nak amik gambar... iye laa... baru laa katakan... dan nak cuba check kalau dah sebulan masuk kerja... mesti dah lain... :)

Banyak cerita yang sadi nak share... termasuk laa cite CAR ACCIDENT... nanti laa... bila internet kat rumah sadi ni ok sikit... mmg sadi nak load gambar tu... so... untuk semua kengkawan blogger... so sorry pasal tak sempat nak melawat blog kengkawan... :p

Oklah... nak share rutin baru hidup sadi setelah bekerja...
5.00am Bangun pagi
5.10am Masak untuk sarapan pagi untuk Diyana dan hubby
5.40am Bersiap untuk pergi kerja
6.30am Bertolak ke tempat kerja
7.15am Sampai ke tempat kerja
7.30am Start buat kerja
4.30pm Hoorraaayyyy.... baaaalllllliiiikkkkkkk... :D
5.15pm Sampai Rumah
5.30pm Masak untuk makan malam dan mengemas
6.45pm Check homework anak-anak
8.00pm Makan malam
8.30pm Baca buku dengan anak
9.00pm Masuk tidur

hmmm.... rutin seharian dah berubah... tak cukup masa untuk diri sendiri... nanti nak adjust masa lepas ni... supaya ada masa untuk BLOG... huahuahuahauhuauahua :D

Tuesday, February 3, 2009

Sudah kembali bekerja.... :p

Live dari ofis... jam 4.20pm :D

Hari ni dah masuk hari kedua sadi masuk kerja... overall... sadi dapat kat tempat lama... dan bakal buat kerja lama... memandangkan masih baru balik ofis... so tak banyak pun sadi buat.... yang banyaknyeee... mengacau member buat kerja.... huahuahuahuahua :D

Bukan aper... sebenarnya dah lama tak borak ngan ofismate... so semalam... kiranya satu hari laa mengacau diorang ni buat kerja :p Nasib baik dapat member yang baik... huahauhuahuahuahua :D sebab tu tak nak tukar tempat kerja :)

Hari ni baru laa start buat kerja sikit... dah bawak laptop... boleh laa buat kerja sikit... bila dah habis kerja... terus melanguk tak tau nak buat aper... harapnye nanti sadi boleh buat kerja macam dulu... boring jugak bila tak buat kerja... rasa macam makan gaji buta laa pulak... hmmm... patut rasa bersyukur sebenarnya... at least masuk ofis... tak terus pening buat kerja.... nanti kalau kerja dah start melambak... haaa... baru tau.... huahuahauhauua... oklah... dah pukul 4.30pm... nak caucincau.... bye :D

Monday, February 2, 2009

Mengapakah Yahudi Bijak... Mari Kita Baca...

Sadi dapat email dari kawan kelas sadi... so meh layan email...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Disebalik Musibah


Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharjalela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupon dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yg mutlak, terima kasih kepada kerajaan British yg. memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua. Tak perlulah saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika,kumpulan anti Yahudi , kerana mereka (pribumi Amerika)telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.

Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa Melayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan jenerasi mendatang. Janganlah kida dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim diGaza akan segera dilupakan tanpa satu pon general tentera Israil dibawa kepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.

Tesis itu bertajuk "Why the jews so smart" suka cita saya alih bahasakanya secara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg baik.

Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul Kadir
Universiti Massachuset
USA.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan,
saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada
menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan
bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan
akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Renunglah sebentar dan kita didik laa anak kita mengikut ajaran Islam dan mengikut Sunnah nabi... semoga anak orang islam akan menjadi lebih cemerlang pada zaman akan datang... :)

Sunday, February 1, 2009

Surat Dari Sahabat

Masa awal tahun hari tu.... diyana dapat surat dari kawan sekolah dia kat d'ceria.... dia punya laa seronok dapat surat dari izzati... kira kawan baik dia kat sekolah tadika... rupanya kawan dia ni masuk sekolah kat shah alam... bukan kat puchong... jadi dah tak sama sekolah laa... diyana sedih laa jugak tak dapat satu sekolah dengan dia ni... boleh kata selalu laa dia belek surat dari izzati... semalam... dia buat surat untuk izzati.. kira melepaskan rindu bpasal dah lama tak jumpa kawan dia ni... nasib baik sadi dapat nombor phone mak izzati ni... so dapat laa alamat nak hantar surat... so... meh layan gambar diyana dan izzati...

Surat Dari Izzati


Izzati


Surat Diyana


Diyana dan Izzati



Friends Forever... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...