Monday, June 29, 2009

Suraya's Wedding

Hari Sabtu lepas... officemate sadi kahwin... Raja Permaisuri Agung pun turut hadir... :).....so... meh layan gambar orang kahwin...Layannnnnnn.....

Majlis Perkahwinan Suraya & Faizal


Pasangan Pengantin Berarak Masuk ke Dewan


Pasangan Dua Merpati Sejoli... :)


Majlis Menupung Tawar... Dimulakan oleh Raja Permaisuri Agung


Pahlawan Melayu Terakhir...


Masa ni ada orang silat kat depan meja beradap...


Majlis Mengikat Sumpah Setia Sebagai Suami Isteri... Disaksikan oleh Raja Permaisuri Agung


Dah sah menjadi suami isteri


dah nak start makan... :)


Ni masa dia nak keluar dari dewan... :)


Meja sadi duduk... betul-betul depan meja beradap :)


goodies... so sweet... :)


Lauk pauk utk tetamu


p/s: lepas majlis makan... ada acara tertutup untuk kaum kerabat, sahabat handai dan permaisuri... sadi stay sekejap sahaja pasal dah pukul 11 malam... kesian kat bebudak yang tinggal kat rumah... anyway... majlis ni mmg meriah :)

Sunday, June 28, 2009

Danish Kena Chicken Pox

Nak share gambar Danish yang tak sihat.... Dia kena Chicken Pox hari ahad lepas... so dah dekat seminggu dia tak sihat... so... meh layan gamabr terbaru Danish....layan.....







p/s: rasa sedih setiap kali pergi kerja... tengok dia tak sihat... hmmmm... :(

Friday, June 26, 2009

Berita Kematian Michael Jackson

Just nak share berita yang tergempar dunia hiburan HOLLYWOOD.... Raja Pop Meninggal Dunia....

________________________________________________

(CNN) -- Entertainer Michael Jackson died after being taken to a hospital on Thursday after suffering cardiac arrest, CNN confirmed.

A Los Angeles fire official told CNN that paramedics arrived at Michael Jackson's home after a 911 call.

A Los Angeles fire official told CNN that paramedics arrived at Michael Jackson's home after a 911 call.

Lt. Fred Corral, the Los Angeles County Coroner said Jackson was pronounced dead at 2:26 p.m. Thursday.

He also said Jackson was unresponsive when he arrived at the hospital.

Brian Oxman, a Jackson family attorney, said he was told by brother Randy Jackson that Michael Jackson collapsed at his home in west Los Angeles, California, Thursday morning.

Family members were told of the situation and were either at the hospital or en route, Oxman said.

"I can only tell you that the family members are crying," Oxman said.

Fire Capt. Steve Ruda told CNN a 911 call came in from a west Los Angeles residence at 12:21 p.m.

Ruda said Jackson was treated and transferred to the UCLA Medical Center.

The music icon from Gary, Indiana, is known as the "King of Pop." Jackson had many No. 1 hits and his "Thriller" is the best-selling album of all time.

Jackson is the seventh of nine children in a well-known musical family. He has three children, Prince Michael I, Paris and Prince Michael II.

At the medical center, every entrance to the emergency room was blocked by security guards. Even hospital staffers were not permitted to enter. A few people stood inside the waiting area, some of them crying.

A large crowd was also gathering outside the hospital, according to video footage.

Outside Jackson's Bel Air home, police arrived on motorcycles. The road in front of the home was closed in an attempt to hold traffic back, but several people were gathered outside the home.

Jackson also had some legal troubles later in his career.

He was acquitted of child molestation charges after a media circus of a trial in Santa Maria, California, in March 2006.

Prosecutors charged the singer with four counts of lewd conduct with a child younger than 14; one count of attempted lewd conduct; four counts of administering alcohol to facilitate child molestation; and one count of conspiracy to commit child abduction, false imprisonment or extortion.

Wednesday, June 24, 2009

Sibuk laaa... Rasa macam jadi IBU yang Kurang Prihatin... :(

Rasa penat... rasa menyampah.... minggu depan ada inspection kat Bintulu... so last monday sadi kena pergi Bintulu... dah laa kapal terbang delay... dah berlepas dari KLIA... lepas 30 minit... kapten bg tau yg ada masalah teknikal... so kena patah balik ke KLIA... pastu... sampai Bintulu... terus kena buat kerja... the next day terus balik dan kena buat report... hmmmm... penat!!!

Hari ni pulak kena bertugas kat Dewan Rakyat... penat semalam pun tak habis lagi... kerja kat opis pun tak settle lagi... dah kena bertugas laaa pulak ke Parlimen... laaa haiiii.... naper laaa banyak sangat cabaran kat aku ni sekarang ni... PENAT!!!!!!

Esok pulak ada meeting untuk inspection minggu depan... hari jumaat lak final decision utk banyak perkara... then monday pulak orang dari Belanda datang utk pemeriksaan industri kat Bintulu... so... dari hari selasa sampai jumaat kena laa pergi Sarawak.... rasa tak enjoy... pasal... DANISH TENGAH SAKIT... dia kena CHICKEN POX hari ahad lepas... so buat masa sekarang ni mmg dia tengah meragam dan asyik merengek... bukan seperti selalu... dan part yang paling aku sedih... tak dapat jaga dia masa dia sakit kali ni... rasa sedih sangat... :(

Friday, June 19, 2009

Keajaiban Peperangan di Gaza

Just wanna share some stories... sadi dapat email dari member... so... Layan......


Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza
bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

5. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan.. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

6. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. " (Fussilat:52) .

Thursday, June 18, 2009

Elaun Sara Hidup (COLA) untuk Pekerja Swasta

PENGUMUMAN BARU OLEH PM (elaun sara hidup)

PEKELILING 11 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Ogos 2009 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat....

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-

1. SuratPerlantikan Kerja - Original
2. SuratPengesahan Kerja- Original
3. SuratAkuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas)

dan...













80 penutup botol Coca-Cola... ...... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola!

Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja.... kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk.....



Whuawhuawhuawhuaaaa……..


Jangan aku sorang jer terkena…...share ler dgn korang



just for fun...:)

Wednesday, June 17, 2009

BeNCi :(

Dari pagi tadi.. dalam pukul 11.20am... aku kena masuk bilik bos aku... well... seperti biasa... ada beberapa perkara yang perlu aku selesaikan... tapi part yang paling aku benci... aku kena marah perkara yang bukan berpunca dari aku... aku tak tau laa... maybe aku masih baru disini... so senang laa nak letak semua blame org yang terdahulu pada aku... aku rasa sedih... aku rasa geram... aku rasa demoralised... aku rasa tak bersemangat... aku rasa macam nak give up... aku rasa macam aku ni berada di tempat yang salah pada masa yang salah.... kenapa laa aku kena marah perkara yang bukan berpunca dari aku....

Terima kasih.... mmmuuuuaaahhhhhh.... :D

Orait... entry kali ni ditujukan utk untuk semua yang mengingati birthday sadi semalam... THANK YOU SO MUCH.... especially buat hubby tersayang... mmmuuuuaaaaahhhh....... :D

Semalam... kat opis sadi pun ada celebration jugak laa... bukan utk sadi sorang... ni combine utk staf yang nak pergi bekerja di kedutaan di Caracas, yang nak kahwin hujung bulan ni dan juga untuk semua yang birthdaynya jatuh pada bulan 6... so... lunch dekat PUTRAJAYA LAKE CLUB... anyway... meh layan gambar... LAYAN.... :d

Masa ni tengah menunggu meja disiapkan kat lakeclub....


Ini hadiah yang sadi dapat dari oficemate dan jugak bos besar.... thank you :D


Balik rumah... tengok hubby dah siapkan makan petang....Birthday Cake!!!!!


huahuahuahua.... tinggal 3 je lilin...


Roses... :)


So Special... mmmuuuaaaahhhhh... :)


p/s: MMMMMMMmmmmmuuuuuuuuuaaaaahhhhhhhhhhhh... :D

Tuesday, June 16, 2009

Happy Birthday to Me... :D

sedar tak sedar... atau pun tak sedar diri.... hari ini dah pun harijadi yang ke tuuuuuuutttttttt.... hmmmm.... kalau dulu.... bila dengar angka itu... rasa macam dah tua sangat... tapi bila nak tempoh ni... rasanya aku ni masih muda lagi laaaa... just semakin matang sahaja... huahuahuahauhuahauhau... still tak nak ngaku tuuu.... ish.... bukan tak nak ngaku... tapi just rasa satu perasaan yang lain.... kalau boleh tak nak celebrate.... tapi... sebenarnya... ini menunjukkan semakin jauh sadi ni dah berjalan di muka bumi Allah ni... dan semakin banyak rahmat yang telah diturunkan oleh-Nya... dan semakin banyak cabaran yang telah sadi tempuh... so... it means... sadi semakin matang... huahuahuahuahuahuahauhua :p

oklah.... hari ni nak nyanyi laa pulak... walaupun suara sadi ni bukan laaa seperti CT... tapi aku still nak nyanyi jugak....

SELAMAT HARI JADI
SELAMAT HARI JADI
SELAMAT HARI JADI BUAT DIRI SENDIRI
SELAMAT HARI JADI!!!!!!

huahuahauhauhauhua :D

Monday, June 15, 2009

Hari ni meeting laaaa.....

Hari ni sadi ada meeting bulanan... rasanya... macam tak best... bukan laa apa... walauppun sadi akan menjadi pengerusi meeting bulan ni... tapi yang tak best nyee... part nak tegur pegawai kerajaan yang kurang disiplin... masuk lambat kerja... hmmm... nak ditegur... bukan budak sekolah rendah... kalau tak ditegur... menjadik pilak perangainya... nak buat macamana... kena laa tegur jugak... lagi pun bos besar sadi dah sound sadi minggu lepas masa mesyuarat pengurusan... kena kawal displin kakitangan sokongan... nak buat macamana.... sadi ni dah laa tak suka nak tegur orang part macam tuu... takut nnt ada yang terasa hati... pasal... kalau sadi dah start tegur... takut ada yang terasa dengan ke'laser'an mulut ini....

anyway... pagi tadi baru buka email... rasa terkejut laa pulak... 24 Jun ni sadi kena jadi pegawai bertugas kat dewan rakyat... alamak... ketaq laa pulak.... kalau masa dulu... member sadi kat kkm ada jugak yang jadi pegawai bertugas... tapi diorang lepak pasal ada bos yang akan tolong back up kalau ada apa-apa isu... kali ni... sadi laa pulak menjadi bos... so... kalau ada apa-apa... sadi kena laa cover... UUUWWWAAAAAAAAAAAAAAAA....... aku tak ready laaa woi..... :(

p/s: esok birthday sadi... hmmm... dah tiada angka 20-an dalam hidup ni.... alamak... dah semakin senior laa pulak... kwang...kwang...kwang.... :p

Friday, June 12, 2009

HIDUP DALAM JEREBU

Rasanya lemas bila keluar rumah... berjerebu... rasa nak marah pun ada... rasa tak selesa pun ada... macam-maca perasaan yang negatif bila keluar rumagh dan tengok persekitaran yang berjerebu.... yang paling geram... hutan kat tepi kawasan perumahan sadi terbakar... so lagi laa naik jerebu.... rasa panas betul... setiap malam kena pakai aircond... kalau tidak... confirm tak boleh tidur... so... beringat laa untuk tidak membuat pembakaran terbuka sekarang ni dan juga berjimat laa dalam penggunaan air... air kat empangan pun dah merosot sekarang ni... so... meh layan gambar jerebu... layan....





p/s: kurangkan aktiviti di luar buat masa sekarang ni... supaya tak jatuh sakit disebabkan jerebu :)

Thursday, June 11, 2009

Hobi Baru... MASAK KEK... huahuahuahua :p

Hari ni just nak share aktiviti hujung minggu lepas... layan gambar laa pulak...

Orait... sediakan barang nak masak kek dan cookies...


Acuan untuk kek dah siap... nak try buat cupcakes sikit.... huahuahuahuahua :p

Ini laa penolong setia semasa sadi buat cookies... sadi buat BUTTER COOKIES... huhuhuhuhu :0

Ini muka Diyana yang kelaparan menunggu kek dan cookies siap....

Peace... saya tolong ibu masak!!!!!!

Lambatnya laa kek ni nak siap.... huahuahuahuahua..... :)

Cupcakes dah siap... hehehheheheheheh :D

Yang ni pulak kek yang dah siap... kali ni sadi buat CHOC FUDGE CAKE


Ok... dah masak dah cookies ini.... :)


Cookies yang dah sedia untuk dimakan... waaaallllllaaaaaaaa...........

p/s: macamana nak buat cheese cake????? rasa nak belajar buat kek keju pulak laa lepas ni.... huahuahuahuahahauhua :p

Wednesday, June 10, 2009

Tutup Laa Lubang Kumbahan Rumah Sendiri!!!!!

Oklah... hari ni nak share cerita yang terpendam dalam hati sadi ni... DIINGATKAN... bahawa ini hanya laa PENDAPAT SAHAJA... dan bukan untuk menjadi bahan untuk cari pasal dengan sesapa... samada yang kenal atau yang tak kenal... ORAIT



Alkisah bermula... sadi rasa ramai yang ambil maklum... BAHAWA... kalau kita beli rumah teres... lubang kumbahan a.k.a lubang najis yang menyalurkan segala najis dari rumah ke dalam loji pembentungan yang diselenggarakan oleh syarikat yang terkenal di Malaysia... INDAH WATER... kalau zaman dulu... ada orang yang angkat najis tersebut dari rumah ke loji pembentungan... macam cerita KAMPUNG SERI WANGI... anyway... zaman sekarang dah SENANG... tak payah pekerja yang nak angkat najis manuasia tersebut dari satu rumah ke pusat pengumpulan najis... setiap kali masuk tandas... buat kerja yang semua orang buat... lepas habis bisnes... FLUSH.... so easy like 1..2... 3... even DANISH yang baru 3 tahun pun tau... nanti najis tuu pandai laa ikut saluran yang telah dibuat untuk pengumpulan najis tersebut...


Anyway.. panjang intro... just to highlight that life is so easy... tak payah nak korek lubang kalau nak buat bisnes... tapi... sadi PELIK... ada orang yang banyak duit untuk beli rumah teres... tapi tak cukup duit ke nak beli penutup untuk lubang kumbahan di rumah sendiri... well.. this is the true story... sadi tak pasti rumah yang mana satu... (walaupun aku boleh agak rumah yang mana).... lubang najisnya tidak ditutup... walaupun lubang najis tersebut terletak dibelakang rumah... ambil laa maklum dengan jiran tetangga yang lain....


untuk rumah sadi... bahagian belakang rumah direnovate KHAS untuk DAPUR DAN LAUNDARY... so... kat situ laa tempat basuh baju dan juga SIDAI BAJU... apa korang rasa kalau baju yang korang sidai lepas tuu bau TAIK... dan bila masuk dapur pun bau TAIK... aku geram betul laa... asal aku baru habis mandi... nak sidai tuala... aku terbau bau NAJIS ITU... aku pun mintak laa hubby aku check... THEN.. aku REALISE yang ada LUBANG TAIK yang tak reti ditutup oleh TUAN RUMAH....


aku ni tak laa kisah sangat kalau jiran tuu nak renovate utk dapur ke atau tak nak renovate bahagian belakang rumah... mentang-mentang laa lubang taik tuu kat belakang rumah... kalau tutup segala pintu dan tingkap belakang... tak laa bau najis tuuu... tapi... bagi aku... rumah aku tak boleh nak tertutup semua tingkap dan pintu... lemas aku duduk kat rumah macam tuu... tapi bila buka pintu belakang... bau TAIK... sapa boleh tahan... dah aku tak suka sidai baju kat depan rumah... aku nak sidai baju kat belakang rumah... then... bila baju kering bau TAIK... apa kau rasa... OREN... mesti laa rasa macam TAIK....


Moral of the story: masa aku pindah rumah dulu... aku survey harga penutup lubang najis tuu.. yang cikai punya RM18... kalau yang standard baik punya... RM30... so... kalau rumah pun boleh beli... beli laa tutup lubang najis sendiri... developer mmg tak tanggung kos tuu....

Tuesday, June 9, 2009

LANGKAWI DAN AKU.... :)

Ini kisah masa sadi pergi langkawi hari tuuu... masa tu kena buat paper presentation berkenaan research masa buat master hari tuu... so.. let the story begins...

Masa pergi... ini laa beg yang sadi angkut pergi langkawi...


Dapat hotel dekat langkawi tuu... nama dia.... hmmm... tak ingat laa pulak... tapi ini laa pemandangan dari bilik hotel... sadi share bilik dengan purple28...


Ini pulak masa kitorang kena buat presentation... gubra gila masa tuuu...


Part yang paling seronok... shopping... ini laa barang yang sadi dan purple 28 beli masa shopping... huahuahuahua :D


Orait...dah nak balik... so tengok laa... beg sadi dah beranak... kwang..kwang..kwang :p


Masa sampai kat rumah.... check laa barang... hmm... ada pinggan yang pecah... member sadi naik airasia.. elok je barang tak pecah... naik MAS... habis pecah pinggan dibuatnya.... :(


Tengok... lagi barang sadi pecah... uwwaaaa!!!!!!!


Dan lagi mangkuk pecah... bengang betul laaa... dah laa naik MAS.. pecah laa pulak... ini bukan laa kelas tambang murah... tapi part servis... HAMPEHHHHHHH !!!!!!

Moral of the story: bila shopping tak ingat dunia... beringat laa pulak macamana nak bawak balik nanti... kalau pecah.... lebih baik beli kat sini je... tak payah nak pergi langkawi...

Monday, June 8, 2009

Hanies dan Haryanti

Aku ni dulu masa sekolah rendah... mmg nakal sikit... anyway... bila dah lama tak jumpa member... rasa rindu laa jugak... masa aku kat opis lama dulu... sebelum pindah ke putrajaya... aku sempat laa berjumpa dengan member aku masa sekolah rendah... so meh layan gambar....

Hanies


Haryanti


Smile!!!


Friends forever... :D

p/s: bila laa dapat jumpa lagi lepas ni...... :)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...