Ini kisah lama... tapi aku lupa nak kemaskini dalam blog... pasal laporan isu sekolah di Aduan Rakyat TV3... namun sampai sekarang... isu ini masih lagi tidak terungkai permasalahan sekolah ini...
ADUAN RAKYAT
Menghairankan, penduduk lebih 20 ribu orang tetapi tiada kemudahan pendidikan sempurna walaupun sebuah sekolah.
Itulah dilema penduduk perumahan Bandar Saujana Putra, Kuala Langat yang telah dibangunkan sejak 5 tahun lalu.
Hilang sabar dengan sikap pihak berkenaan yang seolah-olah memandang ringan kekurangan itu, kira-kira 60 penduduk tampil mengadakan protes secara aman di tapak pembinaan sekolah itu bagi mendesak kemudahan dibina segera.
Butirannya bersama wartawan Aduan Rakyat Loo Tung Seang.
Beremosi tapi aman, beginilah suasana protes penduduk Bandar Saujana Putra, Kuala Langat.
Aduan Rakyat difahamkan gara-gara ketiadaan sekolah rendah dan menengah menyebabkan lebih 2 ribu pelajar di kawasan berkenaan terpaksa bersekolah di lokasi yang lebih jauh antaranya Puchong, Subang dan Shah Alam.
Tinjauan turut mendapati tapak pembinaan sekolah yang dicadangkan kini dipenuhi semak-samun akibat terbiar sekian lama.
Shamsuddin Salleh, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra: "Pada 2008 kami telah memohon kepada kerajaan negeri Selangor waktu itu untuk membina sekolah dan Alhamdullilah kami telah mendapat jawapan yang positif daripada pihak kerajaan dan juga Kementerian Pendidikan Negeri Selangor. Namun begitu, projek itu tertunda daripada 2008 hinggalah sekarang."
Penduduk ditemui kecewa dengan sikap pihak berkuasa yang kurang prihatin dan akibatnya ibu bapa terpaksa menanggung beban kewangan kerana perlu menghantar anak-anak ke sekolah yang jauh dari rumah.
Abdul Aziz Adullah, Penduduk:
"Kita ada buat sesi dialog antara penduduk, persatuan-persatuan NGO dan kita collect lebih kurang 7 atau 8 memo yang kita hantar kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Alasan dia, dia akan panjangkan, panjangkan, panjangkan, sampai bila dia panjang kita tak tahu."
Noorazliyaton Muhd Taib, Penduduk:
"Saya dah tak sanggup sebab satu hari saya keluar 10 kali, jadi tuan-tuan bayangkan 10 kali kalau keluar dengan duit minyak untuk 2 hari sahaja saya lalu dekat 50 ringgit 2 hari. Selama 5 tahun saya lalu di situ, jadi saya tak rasa saya mampu untuk tahun depan."
Dan ini pula reaksi penyelaras Pembangunan Persekutuan Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd Karli.
"Saya harap supaya perkembangan projek sekolah ini, saya minta kerjasama bukan sahaja daripada kerajaan persekutuan, saya juga minta kerjasama supaya kerajaan negeri juga membantu memudahkan proses ini. Kalau tak..... Ada nanti masalah sebab tanah-tanah semua dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Kalau dia orang ding dong majlis daerah semua, itu semua di bawah kerajaan negeri, jadi kita minta semualah bekerjasama dalam menyelesaikan masalah rakyat ini. Jangan kira apalah!"
Untuk kepastian status projek pembinaan sekolah, Pengarah Pelajaran Selangor dirujuk.
Abdullah Mad Yunus, Pengarah Pelajaran Selangor: "JPN Selangor menganggap ia sebagai keutamaan dan kita masukkan dia dalam rancangan Malaysia ke-10. InsyaAllah dia bergantung kepada keupayaan peruntukkan daripada kerajaan untuk melaksankan sekolah ini. Dari segi kita, dari segi JPN, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, memang kita menganggap ianya satu keperluan kerana kepadatan penduduk yang tinggi."
Pastinya apa yang dinyatakan Pengarah Pelajaran Selangor menjadi harapan kepada penduduk bagi menamatkan penantian sekian lama.
Loo Tung Seang, Aduan Rakyat, TV3.
My Simple Life... Pharmacist, Lovely Wife, Caring Mother, Youngest Daughter, Best Friends and Everything That I Should Be…
Showing posts with label My Sweet Home. Show all posts
Showing posts with label My Sweet Home. Show all posts
Thursday, September 13, 2012
MAHSA ditawar jadi universiti: Semasa upacara pecah tanah di Bandar Saujana Putra
Dah lama betul tak mengupadate blog... disebabkan kesibukan masa kerja... anyway... just nak mengupdate pasal perkembangan MAHSA di Bandar Saujana Putra....
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan surat pelawaan kepada Kolej Universiti Malaysian Allied Health Sciences Academy (MAHSA) untuk dinaik taraf menjadi sebuah universiti.
Najib berkata, persetujuan kerajaan untuk menaiktaraf kolej universiti itu berdasarkan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pengurusan MAHSA dalam memperkasakan pendidikan tinggi.
"Oleh itu, melalui Kementerian Pengajian Tinggi, saya berbesar hati untuk menyampaikan surat pelawaan ini kepada pengurusan MAHSA.
"Tanpa surat ini, impian MAHSA untuk menjadi sebuah universiti tidak mungkin tercapai," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian upacara pecah tanah kampus baharu universiti berkenaan di Bandar Saujana Putra, Puchong, di sini hari ini.
Turut hadir Canselor Kolej Universiti MAHSA, Tun Zaki Tun Azmi; Pro Canselor dan Pengerusi universiti, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican; Pro-Canselor & Pengerusi Eksekutif, Prof. Datuk Dr. Mohamed Haniffa Abdullah dan Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Megat Burhainuddin Megat Abdul Rahman.
Tanah seluas 20.34 hektar akan digunakan bagi membangunkan kampus berkenaan dan pembangunan fasa pertama dijangka siap pada 2014.
MAHSA ditubuhkan lapan tahun lalu dengan hanya menawarkan pengajian jurusan Diploma Jururawat dengan pengambil pelajar seramai 38 orang.
Bagaimanapun apabila kampus baharu ini siap sepenuhnya ia dapat menampung sehingga 15,000 pelajar termasuklah pelajar daripada luar negara.
Sementara itu, Dr. Mohd. Ismail Merican ketika ditemui berkata, pelawaan berkenaan akan menjadi pendorong kepada pengurusan universiti untuk terus berusaha dalam meningkatkan kualiti pengajian selaras dengan standard antarabangsa.
Malah, katanya, pihak universiti juga akan meningkatkan kerjasama dengan universiti-universiti antarabangsa terkenal dalam menyediakan lapangan pengajian terbaik kepada para pelajar.
"Melalui kerjasama-kerjasama itu akan membolehkan MAHSA mencapai piawaian pengajian antarabangsa. Kita tidak mahu hanya memenuhi piawai tempatan semata-mata.
"Selain itu, kita juga akan membuat pelaburan bagi mendapatkan tenaga pengajar dan kemudahan pembelajaran terbaik untuk kemudahan para penuntut," ujarnya.
Beliau berkata, melalui pelawaan itu, pihak universiti akan terus berusaha untuk memberikan pendidikan tinggi terbaik kepada seluruh rakyat termasuk penuntut asing yang berminat melanjutkan pengajian di negara ini.
(Petikan dari Utusan)
Saturday, May 14, 2011
Tuesday, May 10, 2011
KARNIVAL RAKYAT BANDAR SAUJANA PUTRA, 8 MEI 2011
8 MEI 2011... Karnival Rakyat Bandar Saujana Putra telah diadakan bagi merapatkan silaturrahim penduduk di Bandar Saujana Putra ini... pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan karnival ini... ramai penduduk yang telah menghadirkan diri dan menyertai aktiviti yang telah dianjurkan ini... walaupun sadi masa tu baru balik dari Belanda.. sadi turut berkesempatan menyaksikan kemeriahaan karnival ini,,, so,,, meh layan gambar semasa karnival ini...
Pemeriksaan kesihatan percuma untuk penduduk
Agensi Anti-Dadah Kebangsaan juga memberikan penerangan bahayanya gejala dadah
Pendaftaran pertandingan mewarna kanak-kanak
Aktiviti yang paling menarik: Pertandingan Memancing
Peserta yang mengambil bahagian pertandingan memancing
Suasana pemancing tegar Bandar Saujana Putra
Suasana yang tenang di Bandar Saujana Putra
Pemancing yang sabar menanti habuan
Masa untuk merapatkan tali persaudaraan antara pemancing
Juara Pancing Bandar Saujana Putra :D
Pertandingan mewarna kanak-kanak
Tekun mewarna
Aksi comel mewarna
Seronoknya mewarna
Ibu bapa yang memberikan semangat untuk anak-anak mewarna
Ramai peserta yang mengambil bahagian pertandingan mewarna ini
Mewarna dengan bersungguh-sungguh
Juara Pertandingan Mewarna
Naib Juara Pertandingan Mewarna
Peserta yang mendapat tempat ketiga pertandingan mewarna
Tempat Ketujuh Pertandingan Mewarna
Budak berbaju kuning yang menyibuk nak hadiah jua
Sesi bergambar untuk pemenang pertandingan mewarna
Jersi Bandar Saujana Putra: Team Malaysia :D
Saturday, April 16, 2011
Kepentingan Menjaga Hal Ehwal Kawasan BSP
Sejak kebelakangan ini... pelbagai cerita mengenai kawasan BSP ini... walaupun kita tinggal di satu kawasan... tapi ramai penduduk kat sini yang kurang mendapat maklumat mengenai perkembangan dan kejadian di kawasan perumahan ini... bukan niat sadi nak jaga tepi kain orang... tapi hanya untuk berkongsi cerita bagi memastikan semangat kejiranan di kawasan ini dipupuk... so meh layan...
1) PUKAU & ROMPAK

Malam semalam... tuan umah ada dirumah dan beristirehat (tidur laa waktu malam)... ada perompak masuk rumah... barangan yang hilang termasuk laa TV,Laptop dan duit....Yang paling musykil si pemilik rumah... kejadian ini tidak disedari bagaikan telah dipukau oleh si penjahat ini... dan pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap kes ini...
2) ROMPAK LAGI

Ada satu kediaman... yang telah dipecah masuk lebih dari sekali... dan pihak polis masih menjalankan siasatan mengenai penjenayah ini...
3) INTAI/MENGENDAP/SKODENG

Maksud bagi frasa di atas adalah lebih kurang sama... pelaku disyaki pendatang asing... mangsa pula adalah wanita yang sedang mandi... tak kira laa bini orang atau anak dara... tapi... part yang paling sadi tak boleh terima... bila perkara ini dimaklumkan kepada suami... si suami ni pula kata... tak rugi apa-apa pun kalau bini aku kena skodeng... hmmm....
4) CURI PAKAIAN DALAM

Ini pula kes orang yang nak gunakan ilmu hitam... ada pakaian dalam yang kena curi bagi tujuan ini... sampai mangsa telah berpindah keluar dari kawasan ini...
5)ANJING SEBAGAI LAUK

Jangan terkejut pulak pasal isu ini... dah memang ini makanan ruji bagi orang asing... bila keluar seawal pagi di hujung minggu... boleh nampak diorang ni sibuk mencari anjing yang berkeliaran di kawasan ini buat santapan...
6) KEGIATAN KURANG BERMORAL

Perkara ini semakin meleluasa... tak kira kira tempat dan status... ada yang belum berkahwin dan ada juga yang telah berumah tangga.. dan yang paling serius... ada sehingga yang telah berzina...
7) CURI AIR & ELEKTRIK

Ini lagi satu kes... orang lain pun guna air dan elektrik... tapi ada yang mencuri air & elektrik... so tak payah bayar... guna laa sesuka hati... hmmmm....
8) SIHIR MENYIHIR

Lagi pasal ilmu hitam... alkisah pasal hasad dengki dan cemburu... hati manusia terpedaya dengan hasutan syaitan... maka digunakan sihir untuk mencapai kemahuan diri...
Terlalu banyak sebenarnya yang berlaku di kawasan ini... tapi untuk blogpost kali ini... biar laa ini saja cerita yang sadi kongsikan bersama... buat laa perkara ini sebagai teladan... buat pelaku... mereka ini tak sedar bahawa ALLAH itu MAHA BESAR & MAHA MENGETAHUI... boleh laa sekarang ni nak sorok kat mata manusia... tapi balasan ALLAH kelak amat laa pedih...

Sunday, April 10, 2011
Sampah dan Mentaliti Masyarakat Malaysia
Just nak share gambar... jalan lama Bandar Saujana Putra... kawasan diletak sebagai tanah persendirian... terpampang larangan membuang sampah... namun di situ laa pakat-pakat buang sampah... pelik betul laa.... nak kata tak reti membaca... rasanya masyarakat Malaysia ini dah keluar dari masalah buta huruf... tapi kenapa masalah begini masih berlaku...

Moral of the story: Jagalah kebersihan kerana ia sebahagian dari iman...
Moral of the story: Jagalah kebersihan kerana ia sebahagian dari iman...
Tuesday, March 29, 2011
Ada Kes Kecurian...
Tuesday, March 15, 2011
Isu Air... Semakin Lama Semakin Mengecil
Masa mula-mula sadi pindah... takde laa masalah air sangat kat kawasan ini... tapi... semakin ramai orang yang tinggal di kawasan ini... yang sadi perasan... sumber air ke kawasan rumah semakin perlahan... kalau nak masak... jangan cerita laaa... punya laa kecil air... kalau nak basuh baju dengan mesin basuh... boleh mengambil masa 2 hingga 3 jam... ini berikutan tekanan air yang rendah....
untuk kawasan perumahan dibawah LBS... terdapat 2 tangki air yang tersergam ditepi highway... tapi kenapa air masih dalam tekanan yang rendah... pernah juga orang syabas buat kerja... masa tu tekanan air tinggi tapi sangat keruh... kawasan ini belum dibuka sepenuhnya... tapi masalah air ini kalau tak ditangani dari sekarang akan menjejas kehidupan penduduk di sini masa akan datang...
kali ni adi nak share gambar masa sadi nak masak untuk makan malam... boleh dilihat walaupun pili dah dibuka dengan maksimum.... air yang keluar adalah kecil...bayangkan laa kalau nak basuh kain... berapa lama nak tunggu....

Monday, March 14, 2011
BULATAN BANDAR SAUJANA PUTRA
Kali ni sadi nak share sedikt isu pasal bulatan di Bandar Saujana Putra... bulatan ini menghubungkan Lebuhraya ELITE, Lebuhraya SKVE dan Bandar Saujana Putra... isu disini... kenderaan yang melalui bulatan ini... terutamanya dari ELITE ke SKVE dipandu laju... terutamanya KERETA dan LORI
MENGAPA KENDERAAN INI DIPANDU LAJU... antara faktornya... pemandu yang rasa jalan tersebut adalah jalan lurus dan tidak memperlahankan kenderaan apabila melalui bulatan ini... dan bagi pemandu yang baru kali pertama melalui jalan ini... tidak tahu bahawa ada laluan kawasan perumahan di sini... faktor utama... signboard Bandar Saujana Putra dilindungi pokok... pagar bagi kawasan pembinaan kedai menutupi pemandangan laluan ke BSP... dan tiada papan tanda 'PANDU PERLAHAN' atau bonggol bagi memastikan kenderaan dipandu perlahan apabila melalui bulatan BSP...
Baiklah... bagi memberikan gambaran kawasan ini... sadi nak share gambar kawasan ini
Tol Bandar Saujana Putra

Papan Tanda Bandar Saujana Putra yang terlindung kerana pokok
Jalan yang menghubungkan ELITE dan SKVE... sekali pandang macam jalan lurus
Kenderaan sering dipandu laju di kawasan ini
Susur masuk ke Bandar Saujana Putra yang terlindung
Sunday, March 13, 2011
GAMBAR KEROSAKAN JALAN KE BANDAR SAUJANA PUTRA
Kali ni... sadi just nak share gambar kerosakan jalan ke Bandar Saujana Putra... semoga ada pihak boleh menyelesaikan masalah yang telah lama membelengu penduduk di kawasan ini... layannn...

Seperti yang boleh kita nampak... jalan tidak rata, jalan berlubang serta kawasan tepi jalan yang tidak diselenggara dengan baik... cepat laa tindakan diambil bagi mengatasi masalah ini....
Seperti yang boleh kita nampak... jalan tidak rata, jalan berlubang serta kawasan tepi jalan yang tidak diselenggara dengan baik... cepat laa tindakan diambil bagi mengatasi masalah ini....
Subscribe to:
Posts (Atom)