Friday, February 17, 2017

Susunatur Ruang Dapur

Dapur merupakan nadi utama di dalam rumah. 

Barangan dapur yang tersusun dan mudah barangan untuk dicari semasa ingin menggunakannya memberikan kepuasan kepada setiap surirumah atau sesiapa sahaja yang menggunakan dapur. Ini juga memberikan kepuasan semasa menyediakan makanan untuk seisi keluarga.

Kali ni aku nak berikan sedikit tips untuk mengemas dapur:
1) Pastikan semua barangan disusun mengikut kategori
2) Letakkan bakul yang bersesuaian untuk mengisi barangan mengikut kategori
3) Labelkan semua barangan agar ia mudah dicari dan disimpan semula

Contoh dapur sebelum dikemas mengikut kategori:


Barangan bagi pelbagai kategori disimpan di dalam almari mengikut ruang yang ada untuk disimpan tanpa mengambil kira kemudahan untuk mencari barang dan semua barangan tercampur.

Barangan elektrik tidak disusunatur mengikut kadar penggunaan seharian dan menyukarkan barangan diambil semasa diperlukan. Stok makanan disimpan tanpa sebarang label dan menyukarkan barangan digunakan semasa memasak. Ada juga masanya, banyak sangat stok sampai tak ingat tarikh luput makanan dan barangan disimpan terlalu lama kerana tidak digunakan.

Semasa dalam proses mengemas dapur:

Setiap barangan diasingkan mengikut kategori dan rak dapur dibersihkan agar barangan dapat disusun secara teratur.

Hasil dari susunatur baru di dapur:


Ruang dapur dengan susunatur yang baru. Barang disusun mengikut kemudahan until memasak.
Barangan di dalam rak almari disimpan mengikut kategori. Barangan elektrik, barangan untuk masak kek, rempah-ratus dan bakul diletakkan bagi menyimpan barang mengikut kategori.
Contoh pengasingan barangan mengikut kategori. Label diletakkan agar memudahkan barang dicari.
Rempah disimpan mengikut bekas yang hampir sama dan ianya dilabel.

Penggunaan bakul yang berwarna-warni memberikan keceriaan pada rak dapur. Barangan juga disimpan di dalam bekas yang sama jenis agar memberikan keseragaman .
Rak fail boleh digunakan untuk menyimpan bawang, bawang putih dan kentang. Selain itu, stok makanan yang jarang digunakan diletakkan dibahagian atas rak.


Rak untuk makanan cereal dan snek disusunatur agar memudahkan sarapan pagi disediakan setiap pagi. Selain tu, snek juga disimpan didalam bekas agar memudahkan ia diambil.


Bakul sampan untuk sisa majaban diletakkan berhampiran sinki agar pengasingan sisa makanan dapat dibuat dan mengurangkan bau busuk pada tong sampan utama. Rak bagi kategori minuman teh, kopi dan coklat dilabelkan agar mudah minuman disediakan.

Sila tinggalkan komen kalau perlukan tips tambahan. Selamat mengemas ruangan dapur.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...