My Small Business... Jom ke blog GALERI BUKU untuk novel terpakai dgn harga berpatutan

Sunday, April 7, 2013

My Baby... Damiya Syafiah


Boleh tahan lama jugak aku tak mengupdate blog usang aku ni... sekarang ni lebih banyak tengok facebook dari blog... sebab tu dah lama tak update blog... lagi pun banyak sangat perkara berlaku dan tak sempat nak menjengah blog usang aku ni... salah satu sebab takde masa... masa aku alahan yang teruk masa mengandung... hanya Allah saja yang tahu betapa payahnya aku mengandung untuk kali ni... pengalaman mengandung bila dah masuk alam 3 series tak sama masa mengandung masa muda dahulu...

Alhamdullilah... dengan kuasa Allah... aku selamat melahirkan anak keempat aku pada 7 Mac 2013 pada jam 6.50 petang di Hospital Serdang dengan berat 2.2kg... ini pun setelah aku bedrest dari bulan Disember 2012 kerana pelbagai masalah dan komplikasi... dan segala dugaan itu ada hikmahnya... baby dah selamat dilahirkan... dan beberapa hari selepas tu... baby dimasukkan semula ke hospital pasal komplikasi jaundice... dengan kuasa Allah jua... baby sihat semula tapi slow recovery... aku berdoa pada Allah agar dikurniakan kesihatan yang baik kepada baby...

hari ni merupakan hari yang ke 30 hari baby... dah sebulan... rasa happy tengok baby tidur... dengar dia nangis pun boleh buat aku tersenyum pasal lega dia memberikan sinar yang lebih ceria kepada kami sekeluarga :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...