Seronok rasanya melihat Amy Search mewalikan sendiri pernikahan anak gadis beliau Nabila Huda dengan Zaidy. Majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, pada 2 Disember 2008. Majlis ini menyaksikan dua hati menjadi satu setelah lebih enam tahun pasangan ini menyulam cinta.
“Saya amat bersyukur kerana hubungan yang kami jalin bertahun-tahun ini berakhir dengan perkahwinan. Saya sendiri tidak pernah merancang untuk mengakhiri zaman solo pada usia ini, tetapi nampaknya jodoh sudah sampai.
“Banyak dugaan yang telah kami tempoh bersama apatah lagi dia adalah cinta pertama saya. Insya-Allah, saya akan cuba untuk menjadi isteri yang terbaik buatnya,” kata Nabila yang harijadinya jatuh pada 2 Disember. Hari yang sangat bermakna buat Nabila Huda & Zaidy.
16 comments:
alhamdulillah.. da selamat b'khwin nabila ni.. tu la, mmg totally b'ubahkan amy ni.. sejuk je mata mmndang dia skang :)
alhamdulilah.. selesai sudah majlis tu kan
majlis berjalan lancar..
sekarang dah sah la.. nabila sebagai isteri
terharu tau.. bila ayah sendiri yg menikahkan masa kawin..
rasa sebak....
teringat masa kita kawin dulu..
pun ayah kita yg nikahkan sendri
memang terharu..
baguskan amy nak nikahkan anaknya sendri
Rock..rock juga.. akhirat jgn lupa...
heh..heh..heh..
ppphhhhhwwwweeeeiiiiittt...
:)
alhamdulillah..dah selamat berlar isteri org dah nabila ni
zeti... alhamdullilah... semoga diorg sentiasa berbahagia...
cutemiut... bagus betul amy jadi wali... siap akad nikah lagi... bagus... bagus...
wanie... semoga nabila jadi isteri solehah... :)
Post a Comment