Kali ni sadi nak share sedikit pendapat sadi mengenai jalan bandar saujana putra ke taman mas, sepang... sadi rasa ramai warga bandar saujana putra yang ambil maklum mengenai kerosakan jalan di situ... bermula dari kawasan pembinaan perumahan di bahagian Talam hingga susur jalan kampung lombong... diikuti jalan dibawah highway ELITE yang boleh menghubungkan jalan kampung lombong ke taman mas sepang dan juga puchong... semakin lama... semakin teruk kerosakan jalan tersebut... dan yang menerima kesulitan... pengguna jalan dari bandar saujana putra ke kawasan puchong... TERUTAMANYA... PELAJAR SEKOLAH DI KAWASAN PUCHONG....
ramai yang ambil maklum bahawa kawasan bandar saujana putra ni tidak mempunyai sekolah... jadi... murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah terpaksa bersekolah dimerata-rata tempat... termasuk laa kawasan Puchong, USJ, Putrajaya, Shah Alam dan Bukit Jalil... jadi terpaksalah pelajar ni bersekolah di sekolah yang jauh dari kawasan rumah dan melalui jalan yang jauh....
Bagi pelajar yang sekolah di kawasan Puchong... seperti Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 1, Sekolah Puchong Utama 2, Sekolah Puchong Utama 3, Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dan Sekolah Menengah Puchong Utama... pelajar ni terpaksalah meredah jalan tanpa tol tersebut dan melalui jalan bawah terowong highway ELITE... masalahnya... kerosakan jalan yang sangat teruk di situ...
Semasa sesi dialog bersama penduduk bandar saujana putra... ramai penduduk yang mengeluh mengenai masalah jalan tersebut... namun... isu ini seperti tiada kesudahannya apabila terbongkar satu cerita disebalik jalan tersebut...
Jalan lama ke Bandar Saujana Putra tersebut melalui sebuah jalan kuari... dimana tanah tersebut adalah milik SEORANG YANG KAYA BERSTATUS DATUK... jalan tersebut dibina untuk kemudahan LORI-LORI BESAR MENGANGKUT PASIR DAN BATU-BATAN keluar dari kawasan tersebut. Dan jalan tersebut adalah dikategorikan sebagai JALAN PERSENDIRIAN.
Polis yang cuba bertindak membantu masyarakat Bandar Saujana Putra telah banyak menerima aduan dari penduduk dikawasan ini. Tindakan POLIS ADALAH DENGAN MENGELUARKAN SAMAN KE ATAS LORI TERSEBUT dengan alasan LORI TERSEBUT ADALAH KENDERAAN BERAT YANG MELALUI JALAN TERSEBUT. Dengan LAGAKNYA, tuan punya tanah yang berstatus Datuk ini telah berjumpa dengan Ketua Balai Polis Sg Jarum dan membawa dokumen yang menyatakan tanah tersebut adalah HAK MILIK PERSENDIRIAN dan JALAN TERSEBUT ADALAH JALAN PERSENDIRIAN. Oleh itu, POLIS TIADA HAK UNTUK MENYAMAN LORINYA YANG MENGGUNAKAN JALAN TERSEBUT.
Isu disini, dari segi perundangan... memang tidak salah bagi Datuk tersebut mendakwa jalan tersebut adalah jalan persendirian dan suka hati dia laa kalau jalan tersebut digunakan oleh lori yang berat untuk mengangkut batu dan pasir... KERANA ITULAH SUMBER KEKAYAAN DIA. Namun dari segi moralnya, di mana dia dengan berbesar hati telah membenarkan kenderaan lain juga menggunakan jalan tanah persendiriannya untuk menghubungkan kawasan BANDAR SAUJANA PUTRA dengan TAMAN MAS SEPANG DAN PUCHONG. Jadi, sekiranya jalan tersebut rosak atau merbahaya untuk penggunanya... ADA DIA KISAH... POKET DIA DAH KAYA... BUAT APA DIA NAK PIKIR PASAL PENDUDUK YANG TINGGAL DISEBELAH TANAH DIA... DIA TIDAK MEMIKIRKAN BAGAIMANA SUKARNYA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH YANG MELALUI JALAN TERSEBUT SETIAP HARI UNTUK KE SEKOLAH... APA DIA KISAH... BUKAN ANAK DIA PUN... TAPI.. TAK BOLEH KE DIA BUAT SEDIKIT AMAL JARIAH ATAU KHIDMAT MASYARAKAT... DAH DAPAT DUIT BERKOYAN-KOYAN... TAKKAN TAK BOLEH DERMA SEDIKIT UNTUK JALAN TEMPAT DIA MENGAUT KEUNTUNGAN... INI ISU PENDUDUK DI BANDAR SAUJANA PUTRA... BUKAN ISU AKU SORANG YANG TINGGAL KAT SINI... sadi pun tak pasti orang kaya ini ada HATI PERUT ATAU TAK... YB yang ingin membantu untuk membaiki kerosakan jalan tersebut juga telah diperlekehkan... APABILA YB ADUN MENYATAKAN BAHAWA WAKIL TUAN PUNYA TANAH HANYA MENYATAKAN USAHA TERSEBUT ADALAH SIA-SIA SAHAJA... JALAN YANG DIPERBAIKI HANYA BOLEH BERTAHAN PALING LAMA 3 BULAN... INI KERANA MUATAN LORI ADALAH BERAT DAN JALAN AKAN CEPAT ROSAK...
ADAKAH SEMUA PELAJAR DIBANDAR SAUJANA PUTRA PERLU BERPINDAH KE SEKOLAH LAIN??? MASALAH DENGAN KEMENTERIAN PELAJARAN PULA... KERANA BUKAN SEMUA SEKOLAH INI BOLEH MENERIMA PELAJAR DI BANDAR SAUJANA PUTRA... KERANA KAWASAN PUCHONG JUGA ADALAH KAWASAN YANG DEKAT DENGAN BANDAR SAUJANA PUTRA....
BAGI TUAN TANAH YANG SUDAH KAYA INI... sedarlah kekayaan ini tidak mendapat keberkatan... sekiranya ada orang yang teraniaya... terutamanya PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH...
No comments:
Post a Comment