Saturday, February 12, 2011

Memori di Frankfurt, Germany

Sadi ada seminar kat Frankfurt, Germany dari 7-9 Februari lepas. So kena pergi sana pada 5 Februari pasal perjalanan ke sana dengan Lufthansa Airlines memakan masa 15 jam. Ni pasal kena transit kat Bangkok dalam 2 jam.

Ini laa pengalaman pertama sadi naik Lufthansa Airlines... my comments... tak best... dia punya economy seat sangat keras... even air asia lebih baik... dan takde fasiliti tv/video... hanya ada channel radio dalam bahasa german dan thailand... mana nak paham... then... masa pergi... kena tunggu lebih kurang 1 jam 30 minit dalam flight pasal tak boleh nak turun kat airport.... reason... no idea...

Then.. on the way balik pulak... boleh pulak seat jadi tak confirm... then dia offer Euro 600 untuk stay another night dan fly the next day... at first thought... best jugak kalau dapat Euro600... tapi it just offer for 2 volunteer only... so... better balik laaa...

And dia punya pilot yang bawa kapal terbang pulak... macam tak cukup latihan atau tak cukup tidur... masa kat frankfurt airport... kapal terbang hampir terbabas dari landasan... muka semua penumpang macam cuak je masa tu... nak jerit... tapi tahan jee laaa... and then masa kat KLIA pulak... masa mendarat... macam jatuh gedebuk atas landasan... even ada compartment yang terbuka... nasib baik beg tak jatuh kat kepala orang...

Masa kat frankfurt... sadi and the geng pergi jenjalan kat area frankfurt... kebanyakan bangunan moden dan lama bercampur-campur... disebabkan masa World War II... banyak kawasan yang kena bom dan banyak bangunan yang baru menggantikan bangunan yang rosak teruk... dan satu tempat yang sadi pergi known as Romer... dia punya bangunan lebih kurang kat Delft, Belanda... dan kat situ laa sadi shopping souvenier...

Dan dua pengalaman yang tak dapat dilupakan masa trip ni... first.. ada insiden taksi yang geng kitorang naik hampir dilanggir kereta... kat sana kebanyakan orang bawak kereta laju... dan ada sorang reckless driver ni hampir langgar dengan teksi kitorang... then the taxi driver berhenti kat sebelah kereta ni dan tercetus laa pergaduhan mulut... the taxi driver siap ambil gambar kereta tu lagi... then the car driver tak puas hati... dikejarnya teksi ni dan drive sehingga naik ke bahu jalan macam nak langgar teksi... kebetulan teksi ni berhenti pasal lampu merah.. then the car driver buka pintu teksi bahagian penumpang... dan sadi masa tu duduk kat situ dan rasa macam nak pecah jantung bila tengok si road bully ni... dibukanya pintu tu macam nak bergaduh dengan taxi driver ni... dan tanpa sadi sedar... sadi menjerit.. luckily nothing happen.. takde kes tumbuk menumbuk... just pergaduhan mulut sahaja... lepas sadi jerit tu... the car driver terus blah...

second pengalaman pulak... on the way back to kl... dalam flight sadi duduk tepi window... dan sebelah sadi ada sorang wanita swedish... dia ni peramah dan baik... itu no hal... tapi masalahnya bau badan dia sangat kuat dan menusuk hidung... sadi tak boleh nak borak sangat ngan dia pasal rasa nak muntah dengan bau badan minah ni... nasib baik dia ni turun kat bangkok... and muka sadi rasanya dah pucat pasal menahan bau busuk tu dan mengalir air mata pasal tahan muntah... the whole journey ni mmg tak boleh nak tidur pasal bau badan minah ni... nasib baik masa dari bangkok ke kl... nobody beside me... so boleh relaks sikit dan tidur sekejap...

Oklah... let me share some photos masa kat sana... layannzzzz...

































Anyway... banyak perkara baru yang sadi belajar dari seminar yang sadi hadiri dan sadi harap ia dapat membantu dalam proses kawalan eksport pada masa akan datang... dan pengalaman sadi melawat bandar sekitar frankfurt juga sangat menarik.... :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...