Thursday, March 24, 2011

Apakah Yang Aku Dapat?

Dalam hidup... perlu ada pengorbanan...
Tapi apa yang aku dapat kalau perlu berkorban...


Masa... Untuk Kerja di Pejabat.... Akhir Bulan Dapat Gaji... Kalau nasib baik... Dapat Naik Pangkat


Wang... Untuk pendidikan anak-anak... moga-moga anak aku akan berjaya di masa akan datang...


Peluang... jika terdapat seribu satu peluang... dan peluang itu dikongsi bersama dengan orang lain... semoga akan mendapat keberkatan oleh-Nya


Keluarga... terpaksa mengurangkan masa bersantai dengan keluarga... kerana komitmen kerja... kerja kat ofis dapat dibereskan... namun masa untuk anak-anak semakin berkurangan


Waktu tidur... terpaksa tidur lewat... kerana pelbagai kerja di bawa ke rumah... dengan kerja rumah... dan pelbagai faktor dirumah... keesokan harinya... bangun pagi dengan keadaan stress kerana tak cukup tidur...


perasaan... terpaksa mengenepikan perasaan sendiri demi menjaga perasaan orang lain... diri sendiri yang kena menanggung... dan perlu redha dengan dugaan oleh-Nya

tapi... kalau ada orang yang mengambil ke semua kesempatan yang ada pada diri kita... macamana... adakah diri juga akan terkorban.... hmmmm....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...