Sunday, March 6, 2011

Bahana Tiada Lampu Jalan

Baru nak balik rumah... sadi nampak banyak kenderaan yang bergerak perlahan di jalan utama Bandar Saujana Putra... bersetentangan dengan kawasan Sapphire apahal laa pulak ni... lampu jalan tidak berfungsi... dari samar cahaya sadi nampak ada kemalangan yang baru berlaku... jadi... terus cari tempat parking kereta yang lebih selamat...

Apa yang sebenarnya berlaku... seorang penunggang motosikal dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh warga asing... saksi ditempat kejadian menyatakan bahawa penunggang motosikal tidak membawa laju dan saksi memandu dibelakang motosikal.. tetiba kereta yang dipandu warga asing ini telah melanggar motosikal mangsa... akibat panic... warga asing ini terus memecut laju meninggalkan mangsa ditepi jalan... warga asing ini terus pergi membuat aduan di Balai Polis Komuniti BSP... nasib baik ada pemandu yang prihatin... terus berhenti ditepi jalan dan membantu mangsa... tangan mangsa telah terkulai layu... dipercayai telah patah tangan... ekzos motosikal pula patah... mangsa dipercayai baru balik memancing... mangsa telah dibawa ke Hospital Putrajaya.

Isu yang ingin diketengahkan... sadi rasa kebanyakan kenderaan yang dipandu di jalan tersebut tidak dipandu laju... salah siapa dalam kemalangan ini... biarlah polis yang membuat penyiasatan... tapi ISU YANG PALING PENTING... TIADA LAMPU JALAN DI JALAN UTAMA BANDAR SAUJANA PUTRA... LAMPU JALAN TERSUSUN DI TEPI JALAN... TAPI LAMPUNYA TIDAK PERNAH MENYALA PABILA MALAM... BAGI PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA SUIS LAMPU JALAN NI... TOLONG LAA PASTIKAN LAMPU BERFUNGSI DENGAN BAIK... INI BAGI MENGELAKKAN KEMALANGAN SEUMPAMA INI DARI BERLAKU DI SINI...

Moral of the story: Walaupun kita berhati-hati memandu... tetapi... sekiranya ada pihak yang kurang prihatin dengan keadaan jalan... ini boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...