Baru-baru ni... banyak cerita di rancangan TV3 dan Buletin Utama mengenai basikal di Malaysia... dari isu basikal antik di Malaysia hinggakan kes budak-budak bawa basikal dari Sijangkang ke Shah Alam sampai kena tahan dengan polis... so... kali ni sadi nak share cerita pasal basikal di holland...
kat Belanda... memang ramai orang yang bawa basikal... walaupun sadi tak tau naik basikal... tapi sadi rasa kagum tengok budaya mereka yang suka berbasikal... even pegawai yang kerja di kedutaan pun dari pelbagai negara pun suka berbasikal... ini satu budaya yang sangat baik... terutamanya bagi mengelakkan penggunaan bahan api yang tinggi dan boleh mencemar alam... sebab tu diorang ni ramai yang menunggang basikal...
Lagi satu... kemudahan yang disediakan oleh kerajaan... terutamanya kemudahan laluan basikal adalah sangat teratur dan membantu meningkatkan minat orang ramai untuk menggunakan basikal... lagi satu... cuaca kat sana sesuai untuk berbasikal... tak berpeluh sangat laa bila berbasikal kalau dibandingkan dengan cuaca kat Malaysia ni...
Tak kira dimana-mana... ramai yang berbasikal... even yang pakai baju kot untuk ke tempat kerja pun berbasikal di Belanda... senario di Malaysia lain sikit... dari pemerhatian sadi kat kawasan BSP ni... ramai juga yang bawak basikal... tapi kebanyakkan adalah warga asing seperti indonesia dan bangladesh... yang warga tempatan yang bawa basikal hanya untuk tujuan riadah sahaja...
so... untuk entry kali ni... sadi just nak share sedikit gambar basikal di Belanda... laayaannnzzz....
Moral of the story: Berbasikal Baik Untuk Kesihatan :D
No comments:
Post a Comment