Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

Thursday, February 16, 2017

Aku dan Belanda

Dah lama sangat tak mengemaskini blog ni. Kali terakhir aku buat entry di blog ni adalah selepas kelahiran Baby Mya pada tahun 2013 dan sekarang ni Mya hampir masuk 4 tahun. Jadi ianya merupakan satu tempoh yang sangat lama bagi aku menghilangkan diri di dunia blog ni. Ada banyak sebab aku menyepikan diri dan salah satu sebabnya adalah kesibukan tugasan harian dalam menguruskan kerja dan juga rumah.

Salah satu azam aku bagi tahun ini adalah mengembalikan semula keceriaan hidup aku di dunia blog. Dan kali ini aku akan berkongsi pelbagai pengalaman dan juga tips berada di luar negara buat tatapan orang yang berminat nak tahu. Semoga ia boleh menjadi coretan kenangan terindah bagi kami sekeluarga dan juga perkongsian pengalaman bagi pembaca blog ni. 


ps: Suatu masa dulu aku di Belanda hanya untuk menghadiri mesyuarat. Dan sekarang ni sudah hampir 3 tahun aku dan keluarga menetap di Belanda.

Tuesday, March 20, 2012

BLOG AKU YANG SEMAKIN BERSAWANG

Tanpa aku sedar... hampir setahun aku tak menjengah blog aku ni... kerana.. line internet kat rumah selalunya lembab... so aku malas nak masuk blog... just layan facebook je... dah hari ini... bila buka balik blog... terasa rindunya nak mengupdate... lama sangat tak update cerita pasal kesibukan kerja membataskan masa nak menulis kat dalam blog ni...

So... untuk post yang pertama bagi tahun 2012... nak share gambar masa tengok Hot Air Balloon Fiesta 2012 kat Putrajaya minggu lepas...






Wednesday, May 25, 2011

Permintaan Si Kecilku Hari Ini

Kesian anak sadi... ibu selalu balik malam... hari minggu pun ibu kena buat kerja... tak cukup masa nak bermain bersama anak-anak... petang tadi... Danish buka monopoly lagi... dia susun sorang-sorang permainan ni dan minta main bersama... bukan ibu tak nak main monopoly... tapi ibu letih... nanti kalau ibu cuti panjang... pasti kita akan bermain monopoly macam dulu... tapi bukan hari ini... badan ibu lesu... jauh dari sudut hati... kesiannya kat anak sadi pasal sadi dah terlalu sibuk dengan kerja dan tak cukup masa nak bermain bersama mereka... hhhmmmmmm... nanti nak ambil cuti masa cuti sekolah ni.... doakan laa agar permohonan cuti yang telah sadi apply awal bulan Mei ni dapat kelulusan....

Friday, May 20, 2011

Insiden Paku di Jalan ke Putrajaya dari persimpangan Lebuhraya ELITE

Hari ini adalah kali kedua bagi minggu ini, tayar kereta sadi pancit. Bengang betul laaa. Melampau betul insiden paku sejak kebelakangan ni. Masa balik tadi, sadi nampak 4 buah kereta lain yang tersadai tepi jalan pasal insiden tayar pancit. Kalau setakat 1 tayar, boleh laa tukar tayar spare. Tapi ada satu kereta yang kena kedua-dua belah tayar, oleh itu terpaksa panggil toll truck. Betul-betul menyusahkan. Saper laa yang kurang ajar baling paku kat jalan. Patut tindakan yang setimpal bagi pelaku jenayah seperti ini.

Thursday, May 19, 2011

Taklimat

Kali ni just nak share gambar masa program taklimat hari ni... layaanzzzz....





Tuesday, May 17, 2011

SAPER BUANG PAKU KAT ATAS JALANRAYA & LEBUHRAYA



Semalam... 16 Mei 2011... kereta tayar sadi pancit lagi... ini bukan kali pertama tayar ni pancit tahun ini... dah banyak kali... laluan yang sadi lalu pun adalah laluan biasa sadi nak pergi kerja... dari Bandar Saujana Putra ke Putrajaya... melalui Lebuhraya ELITE ke Lebuhraya ke Putrajaya...

Boleh dikatakan... setiap minggu sadi kena check tayar... kalau tak check... risau kalau tayar tak cukup angin dan boleh membahayakan nyawa... setiap pagi... kalau nak drive... memang sadi risau... takut kalau tetiba tayar pancit tengah jalan dan menyebabkan kereta hilang kawalan... ini boleh menyebabkan kemalangan yang boleh meragut nyawa... setiap hari ada banyak kes pasal kemalangan... dan sadi tak nak menyumbang kepada statistik kemalangan negara... insiden tayar pancit ini boleh menyebabkan kemalangan yang boleh meragut nyawa

selalunya sadi balik ofis dalam pukul 7.00 petang... adakalanya... 8.00 malam... tapi... semalam... entah kenapa... rasa nak balik awal... it mean... 5.30 petang... hati rasa tak sedap kalau nak balik lambat... bila sadi drive... tetiba rasa macam lain macam... apa lagi.. terus berhentikan kereta dan check tayar... tengok-tengok... tayar sebelah kiri pancit... terus minta tolong security guard tolong tukarkan tayar... thank you En Ridwan dan En Fariz...

bila balik... hujan renyai-renyai... memang bawa kereta paras slow gila... dan terus bawa ke bengkel tayar... ada 3 paku kat tayar... dan ini kes paku baru... bengang betul... jalan sadi lalu setiap hari tiada pulak nampak kawasan construction yang teruk sangat sampai paku boleh berada di tengah jalan... ini mesti kes orang buang paku kat tengah jalan... saja nak dapat job tukar tayar... atau dengan nama lain... saja nak mendajal orang kat tengah jalan... kalau dibuatnya kereta tengah dipandu laju... i.e. 110km/j dan tayar tetiba hilang angin... kereta boleh hilang kawalan dan boleh terbabas... kebetulan pulak... memang semalam sadi nampak ada kereta terbabas di jalan susur keluar putrajaya ke lebuhraya ELITE... rasa sangat seriau...

bila sadi buat carian di internet... negara jiran kita yang satu ni memang glamour dengan isu buang paku di jalan... dan sadi tak terkejut laa kalau budaya ni dah menular ke negara kita pasal orang dia ni pun memang ramai kat sini pun... dok datang sini konon nak cari kerja... bila kerja dah kurang... ditaburnya paku kat jalan supaya orang Malaysia ni lebih ramai yang mati kat tengah jalan... bengang betul sadi dibuatnya...

buat penyelenggara jalanraya.... terutamanya KONSESI LEBUHRAYA... kami bayar tol dengan harga bukan kepalang mahalnya... tolong laa selenggara jalan dengan baik... kalau jalan berpasir... berpaku... berminyak kerana tumpahan minyak setelah kemalangan... tolong laa selenggara dengan segera... kerana jika tidak diselenggara... mungkin ada nyawa orang lain yang terkorban... dan bayangkan laa yang terkorban itu adalah diri anda sendiri... LU PIKIR LAA SENDIRI...

Dan buat penyangak yang buang paku tuuu... hari ni kau terlepas... hari esok... kau tak tau lagi... mungkin paku kau tu sendiri yang akan makan tuannya semula... baru kau tau tinggi rendahnya langit itu...

MORAL OF THE STORY: Jangan buang paku di jalanraya...

Monday, May 16, 2011

Tema Hari Guru 2011: Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Kali ni sadi just nak share petikan mengenai Hai Guru 2011... layannnzzz....



Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari Guru pada 16 Mei. Pada tahun ini tema Hari Guru ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

Perlaksanaan KSSR, SPPK dan MBMMBI perlulah mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar transformasi pendidikan yang diingin dapat dicapai. Begitu juga dengan penggunaan IT (teknologi maklumat) dan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi), para pendidik perlulah menguasainya agar matlamat untuk mentransformasikan pendidikan negara tercapai.

Dalam hal ini, jati diri para pendidik haruslah tinggi agar dapat mengikut rentak yang dirancang oleh kerajaan dalam bidang pendidikan.

Tapi dalam hal ini (transformasi pendidikan), saya percaya para guru sememangnya sudah bersedia.

Sunday, May 15, 2011

Mesyuarat

Meh layan gambar masa tengah meeting... :)







Moral of the story: Mesyuarat itu penting... jadi... persiapan sebelum masuk mesyuarat adalah sangat penting :)

Saturday, May 14, 2011

HARI SUKANEKA KRT ZON A BANDAR SAUJANA PUTRA 22 MEI 2011



Mari laa beramai-ramai menghadirkan diri ke Hari Sukaneka KRT Zon A Bandar Saujana Putra pada 22 Mei 2011....

Friday, May 13, 2011

Memori di The Hague

Just nak share gambar masa sadi kat The Hague... layannzzzzz....

Bergambar di hadapan bangunan OPCW

Shopping di Centrum


Tengah tunggu tram kat Centrum


Pemandangan dari bilik hotel Bila musim bunga... nampak tempat ni sungguh menarik jika nak dibandingkan dengan musim lain

Thursday, May 12, 2011

Memori di KLIA

Just nak share memori masa sadi nak pergi Belanda... anak-anak sadi sedih jee bila dapat tau sadi nak pergi... tapi nak buat macamana.. dah tugasan... kena laa berkhidmat... so... meh layan gambar masa sadi nak pergi belanda... :)





Wednesday, May 11, 2011

Selamat Hari Ibu

8 Mei 2011... Sampai sahaja di KLIA... anak-anak sadi terus menerpa sadi kat pintu ketibaan KLIA... rasa sungguh terharu apabila anak-anak sadi berikan kad sempena Hari Ibu... so... meh layan kad anak sadi sempena hari ibu...



Kad Dari Diyana






Kad Dari Danial




Kad dari Danish



Ibu sayang anak-anak ibu.... mmmuuuaaahhhhh

Monday, May 9, 2011

Garden of Tulips, Netherlands

Minggu lepas... sadi berkesempatan pergi tengok bunga tulip di Keukenhof... apa yang istimewanya... bunga ni hanya berbunga waktu musim bunga... dan bunganya hanya berkembang dalam tempoh 2 minggu sahaja... so.. kat taman ni... ada pelbagai jenis tulip dan bunga lain... sangat menarik dan cantik... so meh layan gambar sadi kat sana...



























Sadi rasa seronok sangat bila dapat jalan kat taman ni... terus teringat kat anak-anak sadi kat rumah... tempat ni sangat luas... memang best... nanti kalau ada masa... sadi nak bawa anak sadi pergi melawat taman bunga kat taman tasik perdana... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...