Sunday, February 19, 2017

Susunatur Sinki di Bilik Mandi

Bilik air yang bersih akan memberikan aura positif apabila kita menggunakannya. Setiap pagi, tempat pertama yang perlu kita pergi adalah bilik air dan sekiranya bilik air kotor, sudah pasti ia akan memberikan mood yang kurang baik. Sebagai contoh, bilik air berlumut atau ubat gigi dah habis di waktu pagi, sudah pasti kita kurang selesa dan ia boleh menjejaskan mood bekerja pada hari tersebut.

Setiap malam sebelum tidur, aku akan pastikan bilik air dalam keadaan bersih dan keperluan mandian yang cukup. Kurang 5 minit diperlukan untuk memastikan bilik air bersih dan ia merupakan rutin seharian yang dapat memberikan kesan positif untuk hari keesokannya. Dalam Islam amat mementingkan kebersihan dan bilik air adalah tempat yang penting untuk kita pastikan kebersihannya. Islam tak menggalakkan kita berada dalam bilik air terlalu lama contohnya bersolek lama dalam bilik air, namun ia bukan penyebab untuk membiarkan bilik air dalam keadaan yang kotor.

Kabinet bawah sinki di dalam bilik air adalah kawasan yang agak sukar untuk dikemas dan menyimpan barang. Namun sekiranya barang disimpan dengan teratur, sudah pasti ia menyenangkan kita apabila mencari barang. Kabinet bawah sinki adalah tempat untuk aku menyimpan stok mandian, sabun pencuci bilik air dan juga tisu tandas. Apabila semua barang disimpan mengikut kategori, ia nampak kemas dan memudahkan barang diambil apabila diperlukan. Oleh itu, pastikan setiap barang mempunyai tempat tersendiri untuk disimpan. Secara automatiknya, barang tidak bersepah dan tidak menyakitkan mata.

ps: Bilik air dalam rumah mencerminkan peribadi tuan rumah.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...