My Simple Life... Pharmacist, Lovely Wife, Caring Mother, Youngest Daughter, Best Friends and Everything That I Should Be…
Monday, April 18, 2011
Khabar Angin Atau Betul Mengenai Notis Dari Google : Blog Yang Tidak Menggunakan Akaun Google Akan Dihapuskan
Oleh kerana sadi tidak pernah membaca email atau notis dari google... sadi rasa pelik pulak kenapa ada isu pasal guna akaun selain dari GMAIL... adakah ini bermakna GOOGLE SEDANG BERMUSUHAN DENGAN PELAYAR YANG LAIN SEHINGGAKAN PENGGUNA BLOGSPOT PERLU MEMILIKI AKAUN GMAIL...So... malam ni sadi buat satu penyiasatan dari mana sumber cerita bermula...
Bila sadi perhatikan... banyak blog yang dah mula buat blogpost mengenai perkara ini... semua refer dari sumber member blog yang lain... dan akhirnya... sadi terjumpa petikan dari sumber google sendiri....
______________________________________________
An important note about legacy accounts
Posted by Brett Wiltshire, Product Operations
http://buzz.blogger.com/2011/04/important-note-about-legacy-accounts.html
(This message only applies to a tiny fraction of users who haven’t logged in to Blogger since 2007. If you’ve logged in to Blogger at least one time since 2007, you won’t be affected and can disregard this message.)
There was a time early on in Blogger’s life where we had our own, custom account system for handling login authentication. Starting in 2006 all new Blogger accounts were created using the official Google accounts system, and then in 2007 we started the process of moving all of our legacy users over to the Google accounts system. Now, four years later, we’re finally at the home stretch of the transition. For a number of technical and operational reasons, we’ve decided to finally end our support for migrating legacy accounts and blogs after June 25th, 2011. So if you have a Blogger account and haven’t logged in since 2007, you will lose access to the account and associated content permanently unless you update to the Google Account system before June 25th.
Updating to the new account system is easy and should take just a few minutes. We really do value all of the content that has been created on Blogger and we hope that as many people as possible will reclaim their blogs. If you’ve been avoiding this task for a while, we encourage you to head over to the Legacy migration page and update your account.
We’ll be sending a similar notice later this week via email to all of the email addresses associated with the legacy accounts we have in our database. In a few weeks we’ll also make another announcement here on Buzz, with more specific updates on the transition.
If you have any other questions about this process, please let us know by posting your issue in the Login section of our Help Forum.
Posted at 11:30 AM
_________________________________________________________
Isu disini... perlukah sadi ada banyak akaun email dan buka GMAIL semata-mata mengenai perkara ini...
Penyataan yang paling penting pada isu ini ialah "Sekiranya anda pernah login akaun blogger walaupun sekali sejak tahun 2007, notis ini boleh diabaikan."
Dan komen dari admin google mengenai perkara ini:
Some people, when logging in and seeing something about a Google Account, think that it is forcing them to use a g-mail account. They posts something and start the false rumor going. Google Account is a broad term for any account for a Google affiliated product. Blogger and g-mail just are two of those products and two types of Google Accounts. When you are asked for the log in for your Google account, think Blogger account and your yahoo address.
Itu yang sadi faham mengenai khabar ini... so bila kita baca blogpost dari blog tu... kena critical thinking dan jangan sampai salah paham... yang sadi faham mengenai statement dari google... ia sebenarnya hanya nak memadamkan blog yang tidak aktif dan menggunakan sistem lama... tapi buat blog yang masih aktif selepas 2007... notis ini tidak terpakai... ok :D
So... kalau nak tukar kepada GMAIL... takde masalah pun... kalau nak stay akaun selain GMAIL pun boleh... asalkan memang aktif... ok.. peace no war... :)
Friday, January 29, 2010
Alkisah seorang wanita bernama ROZITA
_______________________________________________________________
Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita
Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.
Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.
Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apayang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.
Nilai sepuluh sen
Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.
Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.
Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orangyang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.
Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.
Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.
Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmuyang dibuat di sini.
Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.
Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Sayajuga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.
Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.
Kini mula berpurdah
Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orangyang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.
Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.
“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’.
Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?
Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.
Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain;juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.
Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hambayang dilimpahi kasih sayangNya.
moral of the story: setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan... dan setiap kejahatan akan menerima balasan yang setimpal dari-NYA... semoga kita sentiasa dilindungi oleh yang Maha Esa.. ALLAH... amin
Thursday, January 28, 2010
Salah ke kalau lelaki menangis...
sadi tak paham kenapa ada DJ di siaran radio nak buat siaran khas pasal isu lelaki menangis... siap minta org ramai mengulas isu lelaki menangis... apa kes... seumur hidup DJ tu takkan tak pernah menangis... dan kenapa pulak laa nak mengeruhkan lagi keadaan antara fahrin dan bekas kekasihnya tu... jangan laa dek nak cari pendengar di waktu malam... sanggup nak mencurah minyak dalam api... itu laa beza DJ yang ada etika dan biadap... kalau betul dah kering idea nak berceloteh dalam radio... lebih baik kau diam pasang lagu je...
bila kita bercakap... org akan menilai kita... samada org yg bercakap jenis tak pakai otak... atau ada otak tapi hatinya busuk... ada juga bila org bercakap... kita dapat menilai yg org tersebut ada ilmu di dada dan hatinya baik...
moral of the story: jangan cepat menilai org... kita patut dengar cerita dari kedua-dua belah pihak... dan lebih baik jangan bercakap... atas perkara yg kita meragui kesahihannya... peace no war...
Friday, June 26, 2009
Berita Kematian Michael Jackson
Just nak share berita yang tergempar dunia hiburan HOLLYWOOD.... Raja Pop Meninggal Dunia....
________________________________________________
(CNN) -- Entertainer Michael Jackson died after being taken to a hospital on Thursday after suffering cardiac arrest, CNN confirmed.

A Los Angeles fire official told CNN that paramedics arrived at Michael Jackson's home after a 911 call.
He also said Jackson was unresponsive when he arrived at the hospital.
Brian Oxman, a Jackson family attorney, said he was told by brother Randy Jackson that Michael Jackson collapsed at his home in west Los Angeles, California, Thursday morning.
Family members were told of the situation and were either at the hospital or en route, Oxman said.
"I can only tell you that the family members are crying," Oxman said.
Fire Capt. Steve Ruda told CNN a 911 call came in from a west Los Angeles residence at 12:21 p.m.
Ruda said Jackson was treated and transferred to the UCLA Medical Center.
The music icon from Gary, Indiana, is known as the "King of Pop." Jackson had many No. 1 hits and his "Thriller" is the best-selling album of all time.
Jackson is the seventh of nine children in a well-known musical family. He has three children, Prince Michael I, Paris and Prince Michael II.
At the medical center, every entrance to the emergency room was blocked by security guards. Even hospital staffers were not permitted to enter. A few people stood inside the waiting area, some of them crying.
A large crowd was also gathering outside the hospital, according to video footage.
Outside Jackson's Bel Air home, police arrived on motorcycles. The road in front of the home was closed in an attempt to hold traffic back, but several people were gathered outside the home.
Jackson also had some legal troubles later in his career.
He was acquitted of child molestation charges after a media circus of a trial in Santa Maria, California, in March 2006.
Thursday, June 18, 2009
Elaun Sara Hidup (COLA) untuk Pekerja Swasta
PEKELILING 11 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Ogos 2009 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat....
Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.
Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-
1. SuratPerlantikan Kerja - Original
2. SuratPengesahan Kerja- Original
3. SuratAkuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas)
dan...
80 penutup botol Coca-Cola... ...... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola!
Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja.... kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk.....
Whuawhuawhuawhuaaaa……..
Jangan aku sorang jer terkena…...share ler dgn korang
just for fun...:)
Thursday, April 23, 2009
Siti hanya berselendang..akan berubah pakai tudung perlahan2...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin meminta peminat memberi masa kepadanya untuk memakai tudung sepenuhnya.
Siti Nurhaliza, 29, mengakui sejak pulang menunaikan ibadat haji pada 27 Disember lalu, peminat amat berharap dia memakai tudung, bukan sekadar selendang untuk menutup rambut.
“Saya harap beri sedikit masa kerana saya masih aktif dalam bidang ini (industri hiburan).
“Isu ini sudah saya jawab bahawa saya hanya berselendang bukan memakai tudung selepas bergelar hajah,” katanya yang dihubungi semalam.
Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008) itu berkata, mungkin ada peminat membuat anggapan negatif mengenai tindakannya yang hanya memakai tudung pada majlis tertentu.
“Saya akui selesa memakai selendang kecuali untuk disesuaikan dengan persembahan tertentu yang perlu memakai tudung.
“Ini kerana saya tidak mahu perubahan drastik. Insya-Allah, saya akan lakukan perubahan ini secara perlahan-lahan dan harap peminat bersabar,” katanya.
Ahad lalu, seorang peminat menegur Siti Nurhaliza menerusi ruangan i-Metro dalam Metro Ahad mengatakan penyanyi itu tidak konsisten memakai tudung kerana dalam video klip, rambut ditutup, tetapi leher terdedah.
Peminat terbabit turut menegur rambut penyanyi wanita nombor satu negara itu terdedah pada waktu santai.
Perkara itu juga pernah dibangkit beberapa peminat lain yang memberi pendapat jika fesyen Siti Nurhaliza sebegitu, lebih baik membuka terus tudung atau selendang kerana imej dulu lebih cantik.
Siti Nurhaliza sebelum ini pernah menyatakan dia bersedia menerima apa saja maklum balas daripada peminat mengenai penampilannya sekarang sama ada positif atau negatif.
Dia berkata, tidak mahu melakukan perubahan drastik, sebaliknya dilakukan secara perlahan-lahan.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
MORAL OF THE STORY: pakai tudung pun perlahan-lahan... hmmm... (*_*)
Thursday, December 4, 2008
Bapa Rock Walikan Anak Berkahwin... pphhhhhwwweeeeiiiitttttttt
“Saya amat bersyukur kerana hubungan yang kami jalin bertahun-tahun ini berakhir dengan perkahwinan. Saya sendiri tidak pernah merancang untuk mengakhiri zaman solo pada usia ini, tetapi nampaknya jodoh sudah sampai.
“Banyak dugaan yang telah kami tempoh bersama apatah lagi dia adalah cinta pertama saya. Insya-Allah, saya akan cuba untuk menjadi isteri yang terbaik buatnya,” kata Nabila yang harijadinya jatuh pada 2 Disember. Hari yang sangat bermakna buat Nabila Huda & Zaidy.
Tuesday, December 2, 2008
Datuk Siti terima orang ketiga?
Wah, cerita mengenai Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah sunyi dalam industri hiburan sama ada mengenai karier mahupun peribadinya yang sentiasa menjadi perhatian media. Terbaru berita yang bertiup kencang kepada peciter mengenai Datuk Siti yang bakal menerima kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka mampu memberikan sinar bahagia kepada Datuk K.
Sumber memberitahu kepada peciter, Datuk Siti dan suaminya dilihat telah mengunjungi satu klinik di Klang yang dikhaskan untuk VVIP bagi membuat pemeriksaan kesihatan di situ. Dikatakan pasangan itu telah membuat perkara yang sama di klinik tersebut untuk membuat pemeriksaan pregant test bagi memastikan sama ada Siti mengandung atau tidak?
Hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan oleh pasangan itu tidaklah diketahui sama ada berjaya atau tidak? Tapi jika sudah sampai ke klinik itu pasti keputusannya positif ya? Jika benar mengenai perkara itu nampaknya sinar bahagia sedang menanti mereka sekeluarga tidak lama lagi dan perlulah tunggu berita gembira itu diumumkan oleh Siti sendiri.
Peciter: Janganlah rahsiakan berita gembira lagi...
Sunday, November 30, 2008
Kontrak Norman Hakim Dalam Gerak Khas Tamat: Abby Masuk Balik
***************************************************************************
Tiada sebab lain lagi. Dek kerana kes khalwat dengan Memey Suhaiza hujung bulan lalu, Norman Hakim terpaksa melupakan Gerak Khas apabila Skop Production menamatkan kontrak beliau berkuatkuasa pertengahan Disember ini.
Ironi’nya, Abby Abadi akan di’serap semula ke’dalam Gerak Khas dengan memegang watak sebagai Asisten Supritendan Aleeza. Abby akan memulakan pengambaran watak beliau bermula Januari depan.
Memey Suhaiza juga mengalami nasib yang sama apabila di’gugurkan dari senarai pelakon utama drama berjudul Issandra yang sepatutnya memulakan penggambaran pada awal November lalu.
**************************************************************************
BUAT BAIK DIBALAS BAIK... BUAT JAHAT... HAMPEH ORG NAK TOLONG LAGIK....