Bila tiba bulan Ramadhan, ramai umat Islam berpusu-pusu pergi ke surau dan masjid untuk mendirikan solat terawikh... kita dah puasa hari ketiga... berapa kali agaknya kita dah mendirikan solat terawikh... terpulang pada setiap individu...
Sadi bukanlah ustazah... tapi hanya nak berkongsi ilmu mengenai solat terawikh ni...
a. Solat tarawih merupakan solat sunat, boleh dilakukan secara berseorangan dan juga berjemaah. Dilakukan setelah melakukan solat Isya’ pada bulan Ramadhan.
b. Jumlah rakaat yang boleh dilakukan adalah 8, 20, 36 atau seberapa yang mampu. Contohnya jika dilakukan 8 rakaat, bolehlah dilakukan secara 2 rakaat satu salam dan seterusnya.
c. Setelah selesai bersolat tarawih, bolehlah melakukan solat sunat witir (3 rakaat).
d. Tiada bacaan khas didalam solat tarawih. Bacalah surah mana-mana mengikut kemampuan anda jika anda bersolat bersendirian. Cuma, kalau ada diberi kelapangan masa, sertailah jemaah dimasjid bagi merebut peluang menggandakan pahala di bulan yang mulia ini dengan solat berjemaah tarawih, Insya-Allah.
Dan inilah fadhilat solat terawikh:
Malam pertama: Seperti saat dia dilahirkan ibunya
Malam kedua: Dia diampuni, juga kedua orang tuanya, jika keduanya mukmin.
Malam ketiga: Malaikat berseru dari bawah ‘Arasy. Mulailah beramal, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lalu.”
Malam keempat: Dia memperolehi pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Furqan.
Malam kelima: Allah Ta’ala memberinya pahala seperti pahala orang yang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam keenam: Allah Ta’ala memberinya pahala orang yang bertawaf di Makmur dan dipohonkan ampun oleh setiap batu dan cadas ( lapisan tanah yang keras )
Malam ketujuh: Seolah-olah dia mencapai darjat Nabi Musa ‘Alaihi salam dan kemenangannya atas Firaun dan Haman
Malam kelapan: Allah Ta’ala memberinya apa yang pernah Dia berikan kepada Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam
Malam kesembilan: Seolah-olah dia menyembah Allah Ta’ala sebagaimana ibadat Nabi Shallallahu alaihi wasalam
Malam kesepuluh: Allah Ta’ala mengurniakan kepada nya kebaikan dunia dan akhirat.
Malam kesebelas: Dia keluar dari dunia seperti saat dia dilahirkan dari perut ibunya.
Malam kedua belas: Dia dating pada Hari Kiamat sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama.
Malam ketiga belas: Dia dating pada Hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap keburukan
Malam keempat belas: Para malaikat datang seraya memberi kesaksian untuknya, bahawa dia telah melakukan sembahyang Tarawih, maka Allah tidak menghisabnya pada hari Kiamat.
Malam kelima belas: Dia didoakan oleh para malaikat dan para penanggung ‘Arasy dan Kursi
Malam keenam belas: Allah menetapkan baginya kebebasan untuk selamat dari neraka dan kebebasan masuk ke dalam syurga
Malam ketujuh belas: Dia diberi pahala seperti pahala para nabi.
Malam kelapan belas: Malaikat menyeru: “ Wahai Hamba Allah, sesungguhnya allah redha kepadamu dan kepada ibu bapamu.”
Malam kesembilan belas: Allah mengangkat darjat-darjatnya dalam syurga Firdaus.
Malam kedua puluh: Allah memberi pahala para syuhada’ dan shalihin.
Malam kedua puluh satu: Allah membangun untuknya sebuah gedung daripada cahaya
Malam kedua puluh dua: Dia dating pada hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap kesedihan dan kesusahan.
Malam kedua puluh tiga: Allah membangun untuknya sebuah kota dalam syurga
Malam kedua puluh empat: Dia memperolehi dua puluh empat doa yang dikabulkan
Malam kedua puluh lima: Allah Ta’ala menghapuskan daripadanya azab kubur
Malam kedua puluh enam: Allah mengangkat pahalanya selama empat puluh tahun.
Malam kedua puluh tujuh: Dia dapat melewati Shirath pada Hari Kiamat, bagaikan kilat yang menyambar.
Malam kedua puluh lapan: Allah mengangkat baginya seribu darjat dalam syurga
Malam kedua puluh sembilan: Allah memberi pahala seribu haji yang diterima.
Malam ketiga puluh: Allah berfirman: “ Hai Hambakan makanlah buah-buahan syurga, mandilah daripada air Salsabila dan minumlah dari Kauthar. Akulah Tuhanmu, dan engkau hambaKu.”
Moral of the story : Marilah mengerjakan solat terawikh bersama-sama :)
No comments:
Post a Comment