Wednesday, September 15, 2010

Selamat Hari Raya...

Rasanya tak terlambat lagi bagi sadi sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua sahabat handai di alam maya ni. Maaf Zahir & Batin atas kesalahan dan kesilapan dari kami sekeluarga.

Raya tahun ni, sadi beraya di kampung hubby. Yang menarik beraya kat sini, ada tradisi BARAAN... a.k.a.. melawat dari satu rumah ke rumah lain... lebih kurang kat kampung hubby ada 30 buah rumah... so 30 buah rumah laa diorang pergi selepas sembahyang hari raya...

Bila datang beraya rumah ke rumah... setiap rumah akan menyajikan juadah yang pelbagai... tahun ni... kat rumah mak mentua sadi... ada soto, mee sup, pecal, ketupat dan kuih raya... simple tapi pelbagai....

Untuk hari raya kedua dan ketiga... sadi masak laksa dan juga mee kari.... alhamdullilah... semua juadah habis.... hari yang berikutnya.... just hidang kuih raya je laaa....

Ok... meh layan gambar masa pagi raya...









Moral of the story: Selamat menyambut hari raya dengan penuh keinsafan... :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...