Friday, February 11, 2011

MAHSA COLLEGE di Bandar Saujana Putra

Untuk n3 kali ni... just nak share perkembangan mengenai bandar saujana putra....

Pelajar Luar Negara Sumbang RM30 Ribu Seorang Kepada Pendapatan Negara

PETALING JAYA: Kira-kira 86,000 pelajar asing yang melanjutkan pengajian di Malaysia menyumbang RM2.5 bilion kepada pendapatan negara, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, setiap pelajar itu membelanjakan kira-kira RM30,000 setahun menerusi pembayaran yuran, visa dan perbelanjaan kos kehidupan harian mereka.

"Penglibatan pelajar asing ini bukan sahaja membuktikan tahap pengajian tinggi yang semakin berkualiti di Malaysia, malah dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolej University Mahsa di Jalan Universiti di sini, hari ini.

Beliau berkata perkembangan itu selaras dengan matlamat kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) melalui sektor pendidikan yang mensasarkan pertambahan bilangan pelajar luar negara sebagai satu cara untuk meningkatkan pendapatan kasar negara.

Katanya, penyediaan kurikulum dan pengajaran yang dinamik dan releven dengan tuntutan semasa dapat meningkatkan lagi kemasukan pelajar luar negara ke pusat pengajian tinggi.

"Penyediaan pesekitaran pembelajaran yang kondusif, dari segi pembelajaran yang berkualiti mahupun penyediaan fasiliti yang baik, dapat menarik lebih ramai penyertaan pelajar luar negara," katanya.

Terdahulu, Mohd Khaled menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Kolej Universiti Mahsa dan Affin Bank mengenai pembiayaan projek pembinaan kampus induk di Saujana Putra, Selangor.

Projek bernilai kira-kira RM320 juta itu akan mula dibina Januari tahun depan dan dijangka siap dalam tiga tahun.

Kolej Universiti itu mempunyai kira-kira 8,000 orang pelajar dan 500 daripadanya merupakan pelajar asing.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...