Sunday, February 27, 2011

SESI DIALOG PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT DI BANDAR SAUJANA PUTRA

Sesi Dialog Pemimpin bersama rakyat pada petang ini merupakan sesi kali ketiga diadakan di Bandar Saujana Putra. Ahli panel bagi sesi dialog ini adalah seperti berikut:

1) Y.B. Philip Tan Choon Swee - Adun Teluk Datok


2) Dato' Kamaruddin Abdul Ghani - Timbalan Pengerusi LBS Bina Group Berhad


3) Encik Nor Azmi Mohd Tahir - Ketua Pengerusi Persatuan BSP


4) Encik Miskun - Wakil MDKL


5) Mr. Alan Chia Lok Yuen- Executive Director LBS


6) Ketua Balai Polis Komuniti Bandar Saujana Putra

En Nor Azmi telah mengetengahkan beberapa isu perkembangan Bandar Saujana Putra dan masalah dikawasan ini termasuklah isu tersebut:
1) Masalah pembinaan sekolah rendah dan sekolah menengah
2) Masalah kerosakan jalan
3) Masalah keselamatan penduduk
4) Mewujudkan balai bomba mini dan squad emergency
5) Masalah perparitan di kawasan pangsapuri dan apartment
6) Kes demam denggi
7) Perancangan pembinaan masjid

Dato' Kamarudin semasa dalam ucapannya memaklumkan bahawa Pasaraya Mydin akan dibuka di Bandar Saujana Putra. Y.B. Philip Tan pula menyatakan bahawa beliau ada menerima aduan mengenai kawasan Bandar Saujana Putra merangkumi isu kerosakan jalanraya, demam denggi, masalah perparitan, masalah bonggol yang tajam, masalah pembinaan sekolah dan anggota polis yang kurang di kawasan ini. Beliau juga telah berjanji akan cuba menangani masalah penduduk di kawasan ini. Selain itu, beliau telah mengarahkan kontraktor beliau untuk membaiki kerosakan jalan di sini disamping memohon agar wakil Persatuan Penduduk untuk sentiasa berhubung dengan beliau dengan permasalahan di kawasan ini.

Ketua Balai Polis Komuniti BSP telah memaklumkan bahawa Balai Polis di kawasan ini telah mula beroperasi sebulan lepas. Balai Polis ini hanya beroperasi pada waktu pejabat iaitu 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Sekiranya terdapat isu-isu diluar waktu pejabat, penduduk boleh menghubungi pegawai bertugas dan nombor telefon boleh diperolehi di papan kenyataan Balai Polis ini. Statistik kes jenayah di kawasan ini juga dimaklumkan dan ia merangkumi kes kecurian, pecah rumah dan rogol. Namun statistik ini hanya merangkumi kes yang dilaporkan kepada pihak polis sahaja.

Tahun 2010
Januari - 0
Februari - 1
Mac - 4
April - 1
Mei - 1
Jun - 8
Julai - 8
Ogos - 10
September - 2
Oktober - 3
November - 6
Disember - 5
Jumlah Keseluruhan : 49 Kes

Tahun 2011
Januari - 2
Februari - 7

Cadangan/Usul/Aduan Penduduk Bandar Saujana Putra semasa Sesi Dialog
1) Laluan trafik di bulatan BSP
2) Kemudahan sukan seperti padang bola
3) Pembinaan sekolah
4) Kehadiran wakil pemaju di BSP merangkumi pemaju dari Tanjung Hemat, anak syarikat Talam Group
5) Maintenance di kawasan perumahan SP3
6) Masalah kerosakan jalan
7) Kawasan penyelenggaraan pemaju perumahan dan majlis daerah
8) Permohonan jalan tanpa tol
9) Kes pecah rumah dan rogol
10) Bonggol di jalan utama dari kawasan pangsapuri dan rumah teres
11) Kepastian pembinaan sekolah; Kementerian Pelajaran memaklumkan tiada kelulusan
12) Kebocoran bumbung pangsapuri blok 5, 8, 9 dan 10
13) Keretakan rumah dan longkang di kawasan Topaz
14) Kemudahan ATM dan perbankan
15) Kemudahan klinik kerajaan
16) Kemudahan stesen minyak
17) Tanah perkuburan
18) Kelulusan CF di kawasan pangsapuri
19) Tempat letak kenderaan besar seperti bas dan lori
20) Prosedur laporan polis

Pada asasnya, semua usul/cadangan/aduan penduduk dijawab oleh setiap pihak yang bertanggungjawab. Namun usaha yang berterusan perlu dimainkan oleh Persatuan Penduduk BSP dalam menangani masalah ini. Semoga usaha yang berterusan ini akan memastikan kesejahteraan penduduk di kawasan ini.So, meah layan gambar semasa sesi dialog....












Moral of the story: Semoga perkara yang dibincangkan akan mendapat jalan penyelesaian demi kepentingan penduduk di kawasan ini. Selain itu, lebih ramai warga penduduk disini perlu menghadiri sesi seperti ini bagi menjamin pembangunan kawasan ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...