Tuesday, March 1, 2011

USAHA MENDAPATKAN SEKOLAH DI BANDAR SAUJANA PUTRA

Rasanya dah lama sadi dengar pasal usaha Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra untuk mendapatkan sekolah, namun sampai sekarang pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Persatuan Penduduk BSP. Dari saat sadi mula berpindah dikawasan ini pada tahun 2007, sadi dah dengar pelbagai rancangan pasal pembinaan sekolah ni. Terbaru masa sesi dialog yang lepas, YB Adun telah menyatakan bahawa isu sekolah bukan dibawah kuasa Adun tetapi di bawah kuasa Kementerian Pelajaran. Maka YB Adun tidak dapat memberikan sebarang komen mengenai isu ini.

Banyak pihak yang mengetengahkan isu ketiadaan sekolah di kawasan ini. Namun, TIADA SATU TARIKH YANG PASTI TENTANG PERANCANGAN SEKOLAH DI BANDAR SAUJANA PUTRA. Alkisah bermula, Persatuan Penduduk BSP yang membangkitkan usul pembinaan sekolah untuk anak-anak yang tinggal di kawasan ini. Setelah pelbagai usaha dijalankan termasuk surat dan perbincangan dengan pihak yang bertanggungjawab, Kementerian Pelajaran telah mempertimbangkan peruntukan projek pembinaan sekolah. Namun, atas faktor kengkangan peruntukan kewangan kerajaan, usul pembinaan sekolah bagaikan janji tinggal janji. Tiada kelulusan kewangan oleh Kementerian Kewangan dalam usaha pembinaan sekolah tersebut.

Di dalam perancangan BSP, tanah untuk tapak pembinaan sekolah telah dirancang dengan teliti. Namun sekiranya tiada kelulusan kewangan oleh kerajaan, bagaimana tender untuk pembinaan sekolah hendak dikeluarkan. Pihak pemaju cuba tampil untuk menghulurkan bantuan tetapi ia bukan mudah seperti yang diimpikan. Proses pembinaan sekolah melibatkan beberapa konsultasi dengan Kementerian/Agensi termasuklah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pelajaran dan banyak lagi. Maka pemaju tiada kuasa untuk membantu Persatuan Penduduk BSP. Selain itu, untuk pembinaan sekolah melibatkan isu tender dan proses ini akan memakan masa beberapa bulan.


Ada penduduk BSP yang mengambil langkah initiatif untuk mendapatkan status peruntukan sekolah di BSP dengan berhubung dengan orang dalaman Kementerian. Yang paling mengejutkan, berita disampaikan bahawa tiada sebarang peruntukan untuk pembinaan sekolah ini. Namun, surat yang dikeluarkan oleh Kementerian terbabit telah menyatakan bahawa terdapat perancangan dan peruntukan untuk pembinaan sekolah. Ini menimbulkan satu tanda tanya... BILA SEKOLAH AKAN DIBINA DI BANDAR SAUJANA PUTRA???


Pada penghujung tahun 2010, terdapat beberapa penjawat awam yang turun ke tapak pembinaan sekolah kawasan ini. Walaubagaimanapun, pihak yang bertanggungjawab ini tidak memberikan sebarang ulasan mengenai tarikh projek pembinaan sekolah akan diadakan. Ini merangkumi kelulusan belanjawan untuk projek sekolah dan jangkaan masa tender yang akan ditawarkan.

Isu sekolah BSP pernah dibangkitkan di Parlimen dan pihak yang bertanggungjawab telah memberikan jawapan lisan dan juga bertulis mengenai perkara ini. Yang dikesalkan, sehingga sekarang status pembinaan sekolah ini semakin sepi. Tiada pihak yang berani untuk bertanggungjawab untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Setiap jawapan yang diterima tidak memberikan satu penyelesaian yang pasti. Adalah amat janggal apabila isu pembinaan UNIVERSITI SWASTA DIWARWARKAN DI DALAM MEDIA, namun kemudahan asas iaitu SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH tidak dibina di kawasan ini. Yang pastinya, tadika swasta tumbuh bagaikan cendawan, namun usaha pembinaan sekolah bagaikan cakap tong kosong.

Terdetik juga di dalam hati sadi, adakah kerana konflik fahaman politik di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri membantutkan usaha pembinaan sekolah di kawasan ini.... bagi sadi... jangan laa perkara ini dipolitikkan kerana ini adalah isu anak-anak yang tinggal di kawasan ini. Sadi sebagai ANAK JATI SELANGOR berasa sangat sedih sekiranya tiada usaha yang diambil oleh PIHAK BERTANGGUNGJAWAB untuk membina SEKOLAH DI BANDAR SAUJANA PUTRA. Selangor sebagai sebuah negeri maju dan Bandar Saujana Putra bagaikan terpinggir di dalam kepesatan pembangunan di kawasan ini.

Jadi... sekarang ni... SIAPA NAK TOLONG PENDUDUK KAT SINI UNTUK DAPATKAN SEKOLAH... SAMPAI BILA ANAK-ANAK INI PERLU BERSEKOLAH DI KAWASAN YANG JAUH DARI RUMAH... ANAK-ANAK SEMUDA UMUR 7 TAHUN PERLU MENGHARUNGI PERJALANAN YANG JAUH UNTUK KE SEKOLAH... SEKIRANYA BUKAN KITA SEBAGAI IBU BAPA YANG MEMBELA NASIB ANAK-ANAK DI BANDAR SAUJANA PUTRA.... SIAPA LAGI YANG AKAN MEMBANTU DALAM USAHA MENDAPATKAN SEKOLAH INI... PROJEK PEMBINAAN SEKOLAH INI BUKAN UNTUK ANAK SAYA SEORANG... TAPI UNTUK ANAK-ANAK JIRAN TETANGGA DAN PENDUDUK DI BANDAR SAUJANA PUTRA...

SEKARANG INI... SIAPAKAH YANG PERLU BERTANGGUNGJAWAB MENGENAI ISU INI... pada pendapat sadi... PERSATUAN PENDUDUK BANDAR SAUJANA PUTRA PERLU MEMAINKAN PERANAN MEREKA DENGAN LEBIH KUAT... DENGAN DIBANTU DAN DISOKONG OLEH PENDUDUK DI KAWASAN INI... SEKIRANYA SESIAPA YANG MENGETAHUI CARA YANG BOLEH DIBUAT BAGI MENANGANI MASALAH INI... SILA SALURKAN MAKLUMAT KEPADA PERSATUAN PENDUDUK BSP... SOKONGAN PADU DARI SEMUA PIHAK SANGAT PENTING BAGI MEMASTIKAN KESEJAHTERAAN PENDUDUK DI SINI....

1 comment:

Keeran-D a.k.a Dholi-K said...

Saya bernama Kiranjeet Singh a/l Jaswant Singh IC:830513-08-5381 Ingin menolong kommunity BSP untuk mendapatkan apa yang di perlu untuk anak muda yang inginkan sekolah di tapak BSP.Saya juga ingin menjadi ahli jawantankuasa untuk membantu dalam hal ini.Alamat saya No:22, Jalan SP8/9, Jenjarom.Nombor tel 012-8870669 dan email keerand@gmail.com

Saya harap semua isu-isu dapat di seleasaikan secepat munkin.
Sekian Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...