Saturday, April 16, 2011

Kepentingan Menjaga Hal Ehwal Kawasan BSP

Sejak kebelakangan ini... pelbagai cerita mengenai kawasan BSP ini... walaupun kita tinggal di satu kawasan... tapi ramai penduduk kat sini yang kurang mendapat maklumat mengenai perkembangan dan kejadian di kawasan perumahan ini... bukan niat sadi nak jaga tepi kain orang... tapi hanya untuk berkongsi cerita bagi memastikan semangat kejiranan di kawasan ini dipupuk... so meh layan...

1) PUKAU & ROMPAK

Malam semalam... tuan umah ada dirumah dan beristirehat (tidur laa waktu malam)... ada perompak masuk rumah... barangan yang hilang termasuk laa TV,Laptop dan duit....Yang paling musykil si pemilik rumah... kejadian ini tidak disedari bagaikan telah dipukau oleh si penjahat ini... dan pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap kes ini...

2) ROMPAK LAGI

Ada satu kediaman... yang telah dipecah masuk lebih dari sekali... dan pihak polis masih menjalankan siasatan mengenai penjenayah ini...

3) INTAI/MENGENDAP/SKODENG

Maksud bagi frasa di atas adalah lebih kurang sama... pelaku disyaki pendatang asing... mangsa pula adalah wanita yang sedang mandi... tak kira laa bini orang atau anak dara... tapi... part yang paling sadi tak boleh terima... bila perkara ini dimaklumkan kepada suami... si suami ni pula kata... tak rugi apa-apa pun kalau bini aku kena skodeng... hmmm....

4) CURI PAKAIAN DALAM

Ini pula kes orang yang nak gunakan ilmu hitam... ada pakaian dalam yang kena curi bagi tujuan ini... sampai mangsa telah berpindah keluar dari kawasan ini...

5)ANJING SEBAGAI LAUK

Jangan terkejut pulak pasal isu ini... dah memang ini makanan ruji bagi orang asing... bila keluar seawal pagi di hujung minggu... boleh nampak diorang ni sibuk mencari anjing yang berkeliaran di kawasan ini buat santapan...

6) KEGIATAN KURANG BERMORAL

Perkara ini semakin meleluasa... tak kira kira tempat dan status... ada yang belum berkahwin dan ada juga yang telah berumah tangga.. dan yang paling serius... ada sehingga yang telah berzina...

7) CURI AIR & ELEKTRIK

Ini lagi satu kes... orang lain pun guna air dan elektrik... tapi ada yang mencuri air & elektrik... so tak payah bayar... guna laa sesuka hati... hmmmm....

8) SIHIR MENYIHIR

Lagi pasal ilmu hitam... alkisah pasal hasad dengki dan cemburu... hati manusia terpedaya dengan hasutan syaitan... maka digunakan sihir untuk mencapai kemahuan diri...

Terlalu banyak sebenarnya yang berlaku di kawasan ini... tapi untuk blogpost kali ini... biar laa ini saja cerita yang sadi kongsikan bersama... buat laa perkara ini sebagai teladan... buat pelaku... mereka ini tak sedar bahawa ALLAH itu MAHA BESAR & MAHA MENGETAHUI... boleh laa sekarang ni nak sorok kat mata manusia... tapi balasan ALLAH kelak amat laa pedih...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...