Tuesday, April 12, 2011

Salah Guna Kuasa


Dalam berita sekarang ini... banyak diketengahkan isu salah guna kuasa penjawat awam... selain itu... isu rasuah juga menjadi isu hangat... terutamanya apabila melibatkan pegawai kanan kerajaan...

apabila kuasa ditangan... ramai orang yang gelap mata... tak dapat nak bezakan yang betul dan yang salah... dan yang paling sukar... apabila tiada pegangan agama dalam menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan... dengan nama lain... nak cepat senang dan kaya dengan sekelip mata...

walaubagaimanapun... tiada pula diketengahkan isu syarikat yang salah guna kuasa terhadap kemudahan yang kerajaan berikan untuk memajukan perniagaan... bila kerajaan nak mengenakan peraturan bagi menjaga kedaulatan negara... mula laa ada syarikat yang bising-bising... kekayaan yang dikaut oleh syarikat berbilion ringgit... tapi peraturan yang dikenakan mahu diambil mudah... pelbagai cara muslihat dibuat... dan mula laa syarikat memberikan rasuah kepada penjawat awam....

Moral of the story: Untuk memastikan keharmonian negara ini... rakyat laa yang membentuk jatuh dan bangunnya sesebuah negara... penjawat awam dan pekerja swasta perlu bersama-sama memacu pembangunan negara... jangan laa nak menunding jari ke arah satu sama lain... tapi perlu bekerjasama untuk memacu pembangunan negara...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...