Thursday, March 5, 2009

Melapor Diri di PERAK dan PELAN PERTUKARAN

Rasanya dah lama sadi tak update cerita terbaru ni… huahuahuahua… ceehhhhhhh… macam laa orang nak tau sangat… huahuahauhua :D

Actually… Sadi sebenarnya dalam keadaan stress yang melampau… nak update story pun rasa tak larat… bukan aper… rasa tak bersemangat…. Ni semuanya gara-gara kenaikan pangkat hari tuuu….

Well… hari isnin lepas… sadi telah pun pergi ke PERAK untuk melapor diri… hmmm… punya laa seawall pagi dah keluar rumah… lebih kurang 6.30am dah keluar nak pergi PERAK… alhamdullilah cuaca baik… tak panas sangat dan tak hujan…. So dalam pukul 9.00am… sadi dan hubby dah sampai IPOH… dekat IPOH… kitorang ni sesat laa lebih kurang 30 minit nak cari JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG…. Pasal kat situ laa JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK…. Dekat situ punya laa ramai orang… kebanyak urusan pertukaran tempat bertugas dan juga kenaikan pangkat… dah tu…sadi kena tunggu semua PEGAWAI FARMASI yang dapat kenaikan pangkat bersama untuk berjumpa dengan TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN kat sana… apa lagi… kena laa tunggu… lebih kurang pukul 11.00am baru laa dapat jumpa….

Bila bukak surat tawaran… sadi kena ditempatkan di BAHAGIAN PENGUATKUASA FARMASI… huahuahuahuahuahua… memang telah dijangka pun sadi akan ditempatkan kat situ… lepas tuu… sadi pun minta laa tolong kawan yang baru sadi kenal untuk tunjukkan jalan nak pergi bangunan MAYBAN TRUST… yelaaa… sadi takut sesat lagi… nasib baik SHARMINI ni tolong tunjukkan jalan… thanks a lot SHARMINI!!!!!

Dah sampai kat situ… sadi pun pergi laa ofis bahagian penguatkuasa farmasi ni… memandangkan Timbalan Pengarah berada di luar pejabat…sadi pun jumpa laa dulu dengan Ketua Penolong Pengarah kat situ…setelah diberikan sedikit taklimat…. Timbalan Pengarah ni pulak kebetulan dah masuk ofis… so apa lagi… terus laa masuk mengadap BOS BARU!!!!!!

Masa jumpa BOS… rasa takut pun ada jugak… sebenarnya sadi datang sana dengan satu plan… dan beserta surat penangguhan… so sadi pun berikan laa surat penangguhan selama satu bulan… kiranya… sadi melapor diri 2 mac tuuu tapi nak start kerja 1 april… hmmm… BOS pandang sadi macam nak telan jeee…. Pastu…ditambah pulak dengan pelan pertukaran…. Apa lagi… dia telah memberikan CERAMAH kepada sadi… macam-macam isu telah diperkatakan… kebanyakkan soalan yang dia tanya sadi memang soalan killer… tak mampu laa sadi nak menjawab… so lebih baik diam dan dengar je laa… selepas itu dia pun berikan kelepasan untuk sadi… dan sadi perlu uruskan segala urusan PERTUKARAN sadi dengan KADAR YANG SEGERA… dengan erti kata lain… SEBELUM 1 APRIL 2009

PELAN PERTUKARAN…hmmm… bila dengar macam mudah… tapi ini bukan pertukaran biasa…. Sadi akan berusaha untuk ditukarkan ke KEMENTERIAN LUAR NEGERI…. Huahuahuahuahua… pelikkan… dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ke KEMENTERIAN LUAR NEGERI… pelik tapi benar…. Ini lagi banyak masalah dan cabaran nak uruskan benda ni pulak… nanti sadi buat entry pasal kisah pertukaran ni…

Anyway… sadi berharap agar perancangan sadi ni berjalan lancar… walaupun terdapat pelbagai rintangan… sadi sangat laa berharap ia boleh dilaksanakan… tolong laa doakan agar perkara ini boleh dibuat… sekiranya berjaya…sadi bakal bekerja di PUTRAJAYA… kalau tidak… sadi terpaksa bekerja di PERAK…. Uuuuwwwwwaaaaaa :(

Moral of the story: Dalam kehidupan kita ni banyak cabaran akan melanda… dan setiap cabaran itu mematangkan kita dalam kehidupan…

6 comments:

CuTeMiUt78 said...

byk2 kan berdoa ya sadi, insyallah semuanya berjalan ngan lancar...

Misya Idris said...

kalau kerja kat perak jugak, mesti byk nak kena urus, especially skola anak2 kan??

rerama salju said...

Ala siannya Sadi,
MIntak2 Sadi dpt kerja kat PUtrajaya tu ya..I'll pray for you,Amin...

SaDi said...

cutemiut.. :)

SaDi said...

babytiger... tau takpe... itu laa... sadi berusaha nak kerja kat sini jugak...

SaDi said...

kak rerama... thanks kak... sesama laaa berdoa yek... saya tak nak pergi perak... :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...