Wednesday, February 16, 2011

Bina Puri, Tim Sekata dapat projek LRT RM702.3 juta

Lagi berita pasal LRT di Putra Height untuk renungan bersama.....

30 November 2010
USAHA SAMA Bina Puri Holdings Bhd dan Tim Sekata memenangi dua kontrak baru bagi projek lanjutan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang bernilai RM702.3 juta.

Bina Puri-Tim Sekata sebelum ini dilantik kontraktor utama pelaksanaan laluan tambahan AMPANG LRT sepanjang 17.7 kilometer dari Sri Petaling ke Putra Heights membabitkan 13 stesen baru bernilai RM634.64 juta, selain dilantik kontraktor kecil bagi kerja fabrikasi dan menyediakan galang kotak segmental bernilai RM67.7 juta. Kedua-dua kontrak itu diperoleh daripada Syarikat Prasarana Negara Bhd dan dijangka siap dalam tempoh 27 bulan. Pengarah Urusan Kumpulan Bina Puri, Senator Tan Sri Tee Hock Seng, berkata kejayaan memenangi kontrak baru itu membuktikan rekod pencapaian baik syarikat berkenaan dalam menawarkan kerja pembinaan berkualiti dan mengikut jadual.

“Tahun ini saja, kami meraih projek baru bernilai RM2.4 bilion, nilai tertinggi projek baru yang diraih dalam setahun,” katanya.

Bina Puri menguasai 70 peratus kepentingan dalam usaha sama Bina Puri-Tim Sekata JV.

Tee berkata, kontrak yang diperoleh itu dijangka menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan Bina Puri untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, 2012 dan 2013.
Dalam perkembangan berkaitan, Kenanga Research menyemak semula unjuran pendapatan Bina Puri Holdings dengan menaikkannya sebanyak lima peratus bagi tahun kewangan 2011 selepas mengambil kira jumlah kontrak yang diperoleh.

Kenanga Research dalam kenyataannya berkata, ia mengekalkan saranan ‘beli’ bagi saham syarikat berkenaan tetapi meletakkan harga sasaran lebih tinggi kepada RM1.92 daripada RM1.79 sebelumnya.

Syarikat penyelidikan itu juga mengunjurkan Bina Puri mencatatkan keuntungan bersih RM33 juta bagi tahun kewangan 2012, mencerminkan pengiktirafan tinggi dua projek utama, kontrak Terminal Pengangkut Kos Rendah (LCCT) dan LRT dengan dua peratus andaian margin bersih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...