My Small Business... Jom ke blog GALERI BUKU untuk novel terpakai dgn harga berpatutan

Sunday, February 6, 2011

Lebuhraya SKVE di Bandar Saujana Putra

Kali ni sadi nak share artikel yang sadi baca dari satu BLOG mengenai SKVE untuk tatapan... layan...

***************************************
Saya sudah menulis mengenai SKVE di kala ianya sedang giat dibina menjelang tarikh akhir pembinaan yang mana dapat memastikan ianya dibuka pada penghujung Jun 2010.

Berlalu bulan Jun, akhirnya SKVE Fasa 1B telah dibuka kepada pengguna, yang mana menghubungkan Putrajaya dengan Bandar Saujana Putra dari tarikh 2 Julai 2010.

Satu kelegaan kepada mereka yang sudah rimas melihat jalan mati di persimpangan B15-LDP yang sudah wujud sekian lama, juga turut memudahkan perjalanan dari Kajang/Bangi/Putrajaya/Cyberjaya ke arah Putra Heights/Subang Jaya/Shah Alam.

Namun, beberapa aspek yang dapat dilihat, mampu menjejaskan operasi lebuhraya baru bernombor E26 ini dan juga keberkesanannya dalam menghubungkan Kajang dengan Pelabuhan Klang di masa akan datang. Satu cadangan untuk penambahbaikan untuk operasi yang lebih lancar dan terjamin kelancarannya.

1) Hanya dua lorong sehala.

Mungkin kerana bekas lombong di sebelah, SKVE hanya mampu membina dua lorong sehala.

Trafik yang bakal melalui SKVE di masa akan datang amatlah sukar untuk dijangka jumlahnya, namun pada peringkat awal pembukaan, saya lihat ianya lebih sibuk berbanding ketika lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) baru dibuka.

Akan tetapi, LEKAS mempunyai 3 lorong sehala berbanding SKVE yang hanya mempunyai dua. Diharapkan untuk masa terdekat seperti enam bulan atau setahun akan datang, kajian trafik dapat dijalankan ke atas jajaran sedia ada iaitu 1A dan 1B, dan juga kawasan Teluk Panglima Garang, Pulau Indah, Putrajaya, Kajang dan Bangi. Sudah tentu kebarangkalian untuk mereka menggunakan SKVE begitu tinggi, lebih-lebih lagi apabila ianya dibuka sepenuhnya dalam masa dua tahun lagi.

2) Ketiadaan jambatan di bulatan selepas keluar tol ELITE Saujana Putra sebagai penghubung terus ke SKVE.



Bandar Saujana Putra berpotensi untuk terus berkembang di masa akan datang berikutan kewujudan SKVE. Namun dengan bulatan yang pastinya bakal sesak tidak lama lagi selepas tol ELITE, penjimatan masa yang diwar-warkan tidak dapat dirasai sepenuhnya.

Saya lihat memang ruangan untuk dibina sebuah jambatan telah disediakan, dan sewajarnya pembinaan jambatan flyover tersebut diperlukan segera sebelum kesesakan timbil di masa depan.

3) Tiadanya persimpangan untuk ke Taman Putra Perdana, Puchong.


Di tengah-tengah Putrajaya, namun ini bukanlah Taman Putra Perdana yang saya maksudkan. Diharap namanya dapat ditukar bagi mengelak kekeliruan.



Sebenarnya Taman Putra Perdana ada dua, yang pertama di ceruk bandar Puchong, dan yang kedua di tengah-tengah Bulatan Putrajaya.

Sewajarnya tempat ini kita panggil Bandar Putra Perdana kerana keluasan yang lebih besar daripada taman perumahan.

Ketika SKVE masih dibina, namun malangnya tiada persimpangan untuk memasukinya dengan mudah.

Sebuah kawasan perumahan yang terletak di tepi lebuhraya ELITE dan SKVE, namun tiada hubungan terus dengan kedua-dua lebuhraya, menyebabkan penghuni di sana terpaksa melalui jalan lama Puchong, untuk keluar ke Puchong melalui Bandar Bukit Puchong, manakala ke Putrajaya melalui Pulau Meranti. Saya masih memikirkan bagaimana penduduk Putra Perdana dapat bertahan selama ini dengan kekurangan jalan penghubung.

4) Kewujudan terlalu banyak plaza tol di pintu keluar persimpangan.



Lebih banyak plaza tol turut bermakna lebih banyak staf diperlukan untuk menjaga setiap satu. Namun, lebih banyak plaza tol turut boleh membawa lebih banyak masalah trafik apabila semua plaza tol tidak menggunakan sistem tiket transit, kerana masa yang lama untuk mengeluarkan wang bayaran.

Namun, mungkin ini sudah ditetapkan sebagai sistem pembayaran bagi SKVE, jadi tidak banyak yang boleh dilakukan. Cadangan saya, dengan mewujudkan lebih banyak lorong Touch N’Go, iaitu secara idealnya 2 di setiap arah Plaza Tol, serta 3 lorong Smart TAG di setiap arah Plaza Tol.

Selain itu, setiap plaza tol di SKVE juga sewajarnya dilengkapkan kemudahan menambah nilai kad Touch N’Go supaya penggunaan kad elektronik tersebut dapat digalakkan lagi bagi mengelakkan kesesakan masa depan.

Akhir kata, Selamat Datang ke SKVE, bakal penghubung utama Selatan Lembah Kelang!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...