Thursday, March 17, 2011

Skim Cepat Kaya... Ramai Rakyat Malaysia Yang Terpedaya

Skim Cepat Kaya... hmm... kalau kita dengar perkataan ni... mesti laa secara logiknya dalam fikiran kita... sapa suruh masuk.. ini skim penipu... SKIM CEPAT MISKIN... bukannya SKIM CEPAT KAYA...

tapi... sebenarnya... ramai rakyat Malaysia zaman sekarang ini tertipu dan terpedaya dengan konsep yang dijaja oleh SKIM CEPAT MISKIN ini... kalau tak percaya... boleh check dengan PDRM... bukan setakat orang biasa... termasuk laa ARTIS dan juga VVIP i.e. Dato', Datuk dan juga Tan Sri... hmmm....

macamana orang boleh tertipu... dek terkabur mata dengan janji manis duit yang banyak tanpa bekerja... mesti laa orang senang terpengaruh.. tanpa kerja keras... hanya bekerja dari rumah laa... atau tanpa berbuat apa-apa... duit sekelip mata boleh dapat.... masyuk gila...

kalau dulu... negara kita pernah dikejutkan dengan kes PAK MAN TELO... sekarang ni... SKIM CEPAT MISKIN juga melalui internet... dan ramai yang menganggap bahawa kekayaan boleh dikecapi dengan sekelip mata melalui perniagaan secara internet ni... termasuklaa pelaburan wang melalui internet...

kali ni sadi just nak share informasi yang berguna bagi mengelakkan kita menjadi mangsa SKIM CEPAT MISKIN ini...

1) mangsa perlu mendeposit duit (tak kira laa berapa banyak... ada yang setakat berpuluh ringgit... ratusan ribu ringgit... hinggakan berjuta-juta ringgit)

2)dah bagi duit... lepas tu kena cari downline laa pulak... cari mangsa baru laa ni...

3) selepas deposit duit... syarikat ini pula dok bagi barang yang bukan-bukan dengan harga yang melampau.. contohnya... vitamin dengan kuantiti yang banyak dan boleh mencecah harga sehingga ribuan ringgit...

4) syarikat ini beroperasi dipremis yang sah... bukan syarikat dibawah pokok... malah berdaftar dengan SSM... tapi modus operandi syarikat adalah tidak sama yang didaftarkan dengan SSM...

5) bonus yang dijanjikan adalah TOO GOOD TO BE TRUE... dengan melaburkan sejumlah wang yang kecil... contohnya RM1000... sekiranya berjaya dapat downline... disamping downline yang aktif... boleh mendapat pulangan sehingga 500%... ini ayat kelentong laa ni...

6) SKIM CEPAT MISKIN ini juga beroperasi seperti SKIM PIRAMID...di mana... skim ini hanya boleh bertahan dalam tempoh 1-3 tahun sahaja... i.e... sapa yang join dulu... dah dapat juga laa pulangan... paling kurang pun duit yang mula dilaburkan... tapi sapa yang last-last tu... berputih mata je laaa... duit kena kebas depan mata...

7) pada peringkat awal... pelabur akan dapat duit... lepas tu... dipengaruh untuk melabur semula... then duit yang dilabur semula tuu... habis lenyap dikebas oleh syarikat...

8) ada juga kes... duit mula-mula dibayar mengikut masa... namun selepas 2-3 kali transaksi... mula laa syarikat bagi banyak alasan... duit susah nak bank in laa... dan pelbagai alasan mengelat...

9) syarikat ini boleh beroperasi seperti syarikat spa kecantikan, pelaburan syarikat rokok, syarikat kesihatan dan pelbagai variasi bila kes nak menipu orang ni...

dah sampai tahap tepu... di mana ramai mangsa yang terpedaya... syarikat ini akan hilang dengan sekelip mata... pengarah syarikat tah ke mana... pejabat dah tutup... talian telefon dah ditamatkan... masa tu... nganga je laaa... dah kena tipu laa ini..

dan sebenarnya... mengikut satu kes yang terjadi di ALBANIA... 2/3 rakyatnya telah terpedaya dengan skim ini dan bila syarikat ni tutup... negara ini hampir muflis kerana duit ini telah disalurkan ke bank luar negara..

itu tak termasuk kes putus sedara mara pasal masa nak cari downline... dok pujuk sedara mara... jiran tetangga... dan juga rakan baik... semua boleh buat musuh bila kes duit kena tipu... malah ada kes sampai berbunuhan sesama sendiri...

jadi... adakah semua perniagaan internet ini menipu... TIDAK... ada banyak perniagaan melalui internet yang berjaya membantu industri... seperti jual pakaian online... dan pelbagai lagi... bukannya melabur duit dan mancari downline laa pulak..

oleh itu... jaga diri anda dan keluarga anda agar tidak tertipu... sekiranya ramai rakyat Malaysia yang terpedaya... maka akan runtuh laa ekonomi negara... beringat laa dari sekarang... jangan sampai terpedaya dan terpengaruh dengan tipu muslihat SKIM CEPAT MISKIN ini....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...