Saturday, March 26, 2011

Tak Puas Hati Dengan Sistem Pendaftaran Pelajar Tahun 1 Bagi Tahun 2012 dan 2013

Aplikasi untuk permohonan pendaftaran murid Tahun 1 sesi persekolahan 2012 dan 2013 telah dibuka. Boleh layari laman web http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/

Apa yang menyedihkan... setiap kali nak masuk laman web ini... perkara ni berlaku...


Ada pula makluman, pendaftaran murid tahun 1 sesi 2012 dibuka sepanjang tahun ini. Namun, pendaftaran akan dikira lewat sekiranya dibuat selepas 30 April 2011.

Pendaftaran mudid tahun 1 sesi 2013 dibuka sehingga 30 April 2011 sahaja. MASALAHNYA... setiap kali login dalam laman web ini, asyik MAAF, SISTEM SEDANG DIKEMASKINI. Bukan laa nak kata apa... bukan niat nak lambat daftar... tapi bila nak daftar.... sistem asyik dikemaskini... bila masa laa pulak nak buat pendaftaran...

kalau balik kerja... pukul 1 pagi pun sistem tak stable... kalau waktu kerja... kita ni perlu bereskan urusan kerja... dengan meeting dan pelbagai urusan ofis... waktu yang ada adalah selepas waktu kerja... then sistem kat jabatan pendidikan negeri selangor ni asyik dikemaskini... pening kepala dibuatnya... gara-gara nak daftar Danish untuk masuk darjah satu ni... hmmmmm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...