Ini artikel yang sadi copy dari kak luna... kalau nak copy pun takpe... semoga kita dapat sebarkan kepada seberapa ramai bloggers.... Orait... meh baca dan bersama-sama menentang kekejaman ISRAEL...
*********************************************************************
.
Assalamualaikum wbt...
Mari bersama-sama tunjukkan keprihatinan kita terhadap isu Palestin yang berlaku sekarang.
Sehingga 7/1/2009, seramai 660 orang Palestin telah terbunuh (termasuk 215 kanak-kanak dan 89 wanita) dan 2950 cedera. (Sumber dari Palestinian Information Centre)
Anda telah berbuat sesuatu untuk membantu rakyat Palestin?
Tahniah diucapkan. Semoga usaha yang telah anda lakukan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah demi memperjuangkan agama Islam.
Anda masih belum melakukan sesuatu?
Mulakan dari sekarang. Jangan tunggu lagi. Setiap detik dapat memberikan impak yang besar.
Apa yang boleh dibuat ya?
Ok. Banyak cara untuk menunjukkan tanda sokongan anda. Antaranya;
.
1.MENGADAKAN SOLAT HAJAT PERDANA
.
1. Majlis Solat Hajat Perdana Dan Penerangan Keganasan Israel Di Palestin
Tarikh : 8 Januari 2009 (Khamis)
Masa : 7.00 Malam
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang , N.Sembilan
Penceramah : Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor , Pengarah PACE
ATURCARA :Solat Maghrib, Solat Hajat, Ceramah dan Penerangan Multimedia oleh Pengarah PACE, Solat Isya
.
2. SOLAT HAJAT PERDANA
Sabtu 10 Januari 2009
Jam 7 malam
Di Surau Taman Tasik Jaya , Senawang, N.Sembilan
Aturcara :Solat Maghrib, Solat Hajat, Tazkirah “Ujian Umat Islam” oleh Al Fadhil Ustaz Kassim Tahir , Solat Isya
.
2.Melancarkan dan memperhebatkan kutipan tabung Palestin
.
Sumbangan boleh disalurkan kepada:
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia –Maybank 562209608847
Tabung Amal Palestin
.
3. Mengeluarkan dan mengedarkan risalah
.
4. Mengadakan khutbah
.
5. Menggesa generasi muda untuk membina kesedaran masyarakat dan generasi muda melalui persembahan dll.
.
PROGRAM UNTUKMU PALESTIN
Tarikh : 10 dan 11 Januari 2009
Tempat : Stadium dan Astaka Taman Tasik Titiwangsa, KL.
Anjuran :Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus KL dengan kerjasama AMAN Palestin dan nasyeed.com.Maklumat lanjut: http://untukmupalestin.blogspot.com/
Tentatif:
Sabtu (10 Januari 2009)
7.30 pg - 11.00 pg : Larian Amal "Walk for Peace".
8.00 pg - 6.00 ptg : Pertandingan Futsal "Piala Al-Quds"
8.00 pg - 4.00 ptg : Pertandingan Paintball
8.00 pg - 4.00 ptg : Pertandingan Mewarna dan Dekorasi Kek untuk Kanak-kanak10.00 pg - 7.00 ptg : Pameran "Kembara Derita Al-Quds"
10.00pg - 7.00 ptg : Ekspo, Jualan dan Gerai Klinikal
7.30 mlm - 11.30 mlm : Majlis Pelancaran Program
"Untukmu Palestin" dan Forum
Nakbah : 60 tahun derita Palestin"
Ahad (11 Januari 2009)
8.00 pg - 6.00 ptg : Pesta Paintball
10.00 pg - 7.00 ptg : Pertandingan Mewarna dan Dekorasi Kek untuk Kanak-kanak
: Pameran " Kembara Derita Al-Quds"
: Ekspo, Jualan dan Gerai Klinikal
8.30 mlm - 11.30mlm : Konsert Keamanan "We Hear, We See"
Maklumt lanjut:Ahmad Tantawi - 017 6387010, Rahmah -017-2491556 / 013- 2762598
.
6.Menyuarakan pandangan peribadi kita
.
http://untukmupalestin.blogspot.%20com/
http://www.kembara-esq.blogspot.%20com/
http://maszleemalik.blogspot.com/
http://www.amanpalestin.org/
http://hancurzionis.blogspot.%20com/
.
7. Memanfaatkan pakej Palestin yang ada
.
8. Memakai baju Palestin
.
Baju Freedom for Palestine boleh diperolehi dari Pegawai Eksekutif JKPA (Md. Nasir Bin Tampol, 014-311 0628)
.
9.Bersedia untuk menjadi penceramah Palestin.
.
Pelbagai ceramah boleh dianjurkan di surau dan lokaliti masing-masing. Jemput penceramah-penceramah dari institusi seperti JIM, ABIM, Aman Palestin dan lain-lain
.
10.Menghadiri setiap rapat umum, demonstrasi, majlis kenyataan akhbar
DEMONSTRASI Rakyat Negeri Sembilan Menyokong Perjuangan Rakyat Palestin
Tarikh: JUMAAT 9 Januari 200 Tempat:Di Perkarangan Masjid Bandar Baru
Senawang , N.Sembilan Masa:Selepas Solat Jumaat
Demonstrasi Anti Yahudi , Israeil , Zionis
Tarikh : 9 Januari 2009 (Jumaat) Masa : 2 petang (lepas solat Jumaat)
Tempat: Masjid Bandar Seri Jempol , Jempol , N.Sembilan
Hubungi : Al Fadhil Sheikh Ustaz Haji Wan Azhar 019-9619876
Penyerahan Memorandum.
Penganjur: Coalition Of Malaysian NGOs Against
The Persecution Of Palestinians (Complete)
Tarikh: 9 Januari 2009
Masa: Selepas solat Jumaat (2.00 petang)
Tempat berkumpul: Depan kompleks tabung haji
& sepanjang Jalan Tun Razak (sebelum 2.00
petang)
Pakaian: Mengikut tema kempen utk pembebasan
Palestin - warna hitam, hijau, putih &
memakai simbol yang ada kaitan dgn
Palestin (skaf, badge, baju)
Bahan Lain: Setiap individu boleh membawa
sepanduk & placard untuk menunjukkan bantahan
Rapat Umum Rakyat Malaysia - “Selamatkan Gaza”
Tarikh: Sabtu 10 Januari 2009
Masa: 9.00-12 tengahariTempat: Di Stadium Melawati , Shah Alam
Anjuran: Aman Palestin P
EMIDATO :
1. Dr Mujahid Yusof Rawa , PAS
2. Sdr Yusri , ABIM
3. Sdr Abdullah Zaik , ISMA
4. Sdr Mustafa Kamil Ayub , PKR
5. Ahli Parlimen Pangkor , BN
6. Wakil Aman Palestin dan ramai lagi
Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.Maklumat lanjut di http://www.amanpalestin.org
Rujuk flyers
Perhimpunan umat bersama Rakyat Palestin
Tarikh: 9 Januari 2009 (Jumaat)
Masa: Selepas Solat Jumaat (2.00 petang)
Tempat:Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
Rujuk flyers.
.
11. Menjadi sukarelawan kemanusiaan JIM atau NGO lain ke Timur Tengah
.
12.Memboikot barangan Israel
.
Rujuk List Barangan dari;
http://www.inminds.co.uk/boycott- israel.html
http://www.muslimconsumer.org. my
13. Melakukan Jualan Amal Palestin dan duitnya disalurkan ke Tabung Palestin
.
Alternatif:
1. Mengumpul barang-barang lama yang tidak diperlukan seperti pakaian/alat elektrik/alatan rumah tetapi masih dalam keadaan yang baik.
2. Mengadakan Jumble sale/car booth sale barangan-barangan tersebut di tempat-tempat program.
3. Menyalurkan hasil sumbangan ke NGO/badan berkenaan
.
14. Tandatangan petition
.
http://www.PetitionOnline.com/1500000/
http://www.avaaz.org/en/gaza_time_for_peace/
.
15. Berdoa / Baca Yaasin / Surah Al-Fiil / Qunut Nazilah
.
Berdoalah setiap hari untuk kemenangan saudara kita di sana.
.
So bagaimana?
Terlalu banyak cara yang kita boleh lakukan kan? Jadi mudah-mudahan tidak ada lagi alasan untuk kita.
Ingatlah sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang-alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’
Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak'.
Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.). Wallahu a'lam
SEMOGA ALLAH MENERIMA SETIAP AMALAN KITA. Amin....
6 comments:
tersangat2 benci israel
sadi pun sama... tak suka diorg ni... kejam...
YA ALLAH YA TUHAN KU..
KAU TURUN KAN LA BALA TENTERA MU KEATAS ISRAEL YA ALLAH..HANYA PADA MU KAMI MAMPU BERDIA..AMIN!!!
Israel sangat kejam! Tak sanggup tengok ramai orang yang mati. Ndak2 bila tengok budak2 berlumuran darah..kejam tol Israel ni!
Doakan kemenangan mereka dan kejatuhan israel stiap kali dlm sembahyang..dermalah kat tabung NSTP gaza tu..smoga kita dpt bantu rakyat palestin. siri pembunuhan plg kejam abad ini.ini bkn soal agama..tapi soal kemanusiaan.
hi I am from india
Post a Comment