Wednesday, April 22, 2009

Placenta dan KOSMETIK

hari isnis lepas... lepas balik kerja... laan laa tengok TV sekejap... tengok rancangan kat TV3... rancangan pasal kecantikan.. masa tengok rancangan tuu.. ada laa seorang wanita muslim yang memakai tudung mempunyai masalah jerawat yang teruk.. ia bermula semasa di naik ke tingkatan 4 di sekolah berasrama penuh dan dia stress di sekolah tersebut disebabkan seorang senior yang selalu mengejek muka dia sangat banyak jerawat... so bermula episod jerawat yang tak terkawal dimuka wanita tersebut dan dia selalu diejek oleh orang sekeliling dia....


anyway... pada suatu hari.. dia telah ternampak iklan pasal rawatan muka di New **** Skin Care... hmmm... dia ni pun mula laa merawat muka dia yang teruk ni... dan memang menunjukkan hasil yang baik dimana jerawat nya mula berkurangan... TAPI... bila sadi tengok barangan yang digunakan untuk rawatan tersebut menyebabkan sadi rasa jijik...


OKLAH... kenapa sadi rasa jijik... salah satu bahan yang digunakan untuk rawatan itu adalah PLACENTA... masa dalam rancangan berbahasa melayu tuu... memang dia sebut PLACENTA... kenapa dia tak sebut jee URI... sadi rasa ada orang yang tak tau bahawa PLACENTA tuu adalah URI... tau tak uri tuu apa... kalau masa wanita bersalin... anak yang keluar dari perut wanita tuuu akan keluar sekali dengan uri... sadi tak pasti URI MANUSIA atau URI BINATANG seperti KAMBING yang digunakan oleh pusat kecantikan tersebut... dan sadi pasti ramai orang yang tak pernah tengok uri... masa sadi tengok uri anak sadi pun... terasa satu perasaan yang sukar digambarkan.... dan sadi tak laa pernah tengok uri binatang... yang pastinya mesti bentuk dan baunya lebih kurang macam uri manusia....


masa dalam rancangan tuu... PLACANTA yang digunakan adalah dalam bentuk larutan jernih... sadi pasti yang uri tersebut telah diproses untuk dijadikan bahan kosmetik... tapi pada dasarnya... ia tetap URI walaupun yang telah diekstrak... hmmm... dan dengan bangganya wanita muslim tuu berkata yang muka dia semakin sihat disebabkan bantuan dari pusat kecantiikkan tersebut... hmmm... dia ni tau tak benda halal dan atau benda yang dicurigai sumbernya yang mungkin HARAM digunakan.... letak kat muka benda yang kotor untuk mendapatkan hasil yang cantik... hmmm... pikir laa sendiri....


ada lagi satu kisah pasal PLACENTA ni... ada produk di pasaran yang claim produk kesihatan tersebut mempunyai PLACENTA dan boleh dimakan... yang produk tuu... orang yang menjualnya bukan laa orang islam... so... berjaga-jaga laa kalau makan produk kesihatan.... takut termakan uri binatang laa pulak... LU PIKIR LAA SENDIRI...


Moral of the story: jangan cepat terpengaruh dengan rancangan dan iklan di TV... cuba selidik dulu... :)

4 comments:

Baby Tiger said...

hurmm..skang ada papan iklan kat depan great eastern mall - pil placenta. placenta tu bahasa inggeris, yg lain semua tulisan cina. geli la!!

Anonymous said...

pernah dengar "plantcenta" tak? katanya ia daripada tumbuhan..extract daripada tumbuhan..

aNIe said...

Betullah sadi...masa akak tengok rancangan tu...akak demgarjugak dia kata placenta...terdetik dalam hati akak issyyk!! Betul ke tu uri?

kak ja said...

salam sadi.. lama tak jenguk sini, bknnya apa, bila masuk blog sadi ni selalu 'hang'..

placenta aka uri seumur hidup kja x penah tengok.. Tp bg kja logiknya, kalau dah benda yg mmg patut ditanam disebabkan sifat benda tu sendiri, apa ke hey nya nak pakai tenyeh kat muka pulak??

penting sgt ke cantik tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...