Wednesday, May 27, 2009

Perginya seorang sahabat....

Sebenarnya... semalam sadi convo... ingatka nak load gambar convo buat tatapan semua... masa baru sampai ofis pagi tadi... sadi dapat sms dari member... bagi tau kawan sadi meninggal dunia... innalillah.... :(

sahabat sadi ni seorang yang periang dan selalu ceria... nama dia kak mahani... berusia lewat 30an... mempunyai 2 orang anak... dalam 10 tahun dan 1 tahun setengah... dan arwah sedang sarat mengandung 5 bulan....

arwah baru je menerima kenaikan pangkat... dan baru je balik ke ofis lama minggu lepas... muka dia nampk sembab... tapi itu kan biasa bagi orang yang mengandung.... nak dijadikan kisah... masa pergi hospital... doktor mengesahkan ada ketulan darah beku di bahagian otak dia dan doktor terus buat pembedahan keluarkan bendalir cecair yang menyebabkan tekanan pada otak dia... selepas pembedahan... arwah sedar sekejap dan mengadu pada suaminya yang dia pening kepala... selepas itu... di tidak sedarkan diri... dan Allah lebih menyayangi dia... arwah menghembuskan nafas terakhir malam tadi...

masa sadi dapat tahu kisah dia... hati sadi sangat sebak... terus sadi pergi ziarah kat bukit aman... semasa tengok jenazah... kebetulan suami arwah memangku anaknya yng berusia setahun setengah tuu... lepas tu dia pujuk anak dia untuk mencium arwah ibu buat kali terakhir... hati sadi sangat tersentuh dan ramai yang mengalirkan air mata masa tuuu...

sadi doakan arwah dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman... semoga rahmat mencucuri nya... al-fatihah buat kak mahani..

moral of the story: ajal dan maut ditangan Allah...

6 comments:

nURmALa mAZLan said...

AL-FATIHAH
semoga arwah dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman... semoga rahmat mencucuri nya...

nenek sedara kita pon meninggal pagi tadi..baru selamat dikebumikan

my-niezzareena said...

innalillah..moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan golongan yang beriman... al-fatihah

busyuksayang said...

inalillah...alfatihah buat arwah :(

SaDi said...

buat semua yang komen.... kita sedekahkan al fatihah buat mereka yang telah pergi....

sheila said...

al-fatihah..
kesiankan anak2 arwah yg kecik tu..moga ayah dorang dapat jaga dorang sebaik mungkin...

CuTeMiUt78 said...

al-fatihah utk arwah.. semoga dia ditempatkan bersama2 org yg beriman..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...