Friday, February 19, 2010

Dulu Lain... Sekarang Lain...

KALAU DULU...
bila kita di lebuhraya...
lorong kiri adalah lorong yang paling perlahan..


TAPI SEKARANG DAH LAIN...
Lorong tengah adalah lorong yang paling perlahan
Kalau tak percaya...
cuba tengok bila kita dijalanraya
kereta di lorong kiri boleh memotong kereta di lorong tengah...


KALAU DULU...
bila bercinta..
kena tulis surat..
lepas tu menunggu posmen setiap hari
nak dapatkan surat cinta


TAPI SEKARANG DAH LAIN...
Kalau rindu...
paling cikai pun sms
telefon berjam-jam tak perlu risau...
kadarnya rendah sahaja
tak pun facebook... twitter... friendster...
tak pun terus je buat video call...
kan senang JE..


KALAU DULU...
nak dapatkan berita terkini
terpaksa laa beli surat khabar
paling tak pun tunggu berita mutakhir jam 8.00 malam


TAPI SEKARANG DAH LAIN...
kalau nak dengar berita..
layan je internet...
masuk je mana-mana surat khabar online
tak pun masuk je blog...
pasti jumpa berita terkini...


KALAU DULU...
bila di sekolah
paling takut tengok guru
tak buat homework rasanya macam dah tau
lepas pasti kena bambu dengan cikgu


TAPI SEKARANG DAH LAIN...
murid tengok cikgu sebelah mata
apa nak takut.. mak bapak aku kaya
gaji cikgu lebih sedikit je dari elaun bulanan aku
apa nak takut...
mak bapak aku boleh backing aku kalau cikgu cari pasal dengan aku


KALAU DULU...
orang Melayu kaya dengan adat
sopan santun dan tinggi akhlaknya


TAPI SEKARANG DAH LAIN...
orang Melayu dah moden..
kalau terdedah aurat dah kira trend
ambil gambar naked tak jadi hal..
siap ada video aksi di kamar
buang anak macam buang tisu
kalau dah buat salah
tak malu nak keluar TV
apa nak takut
ni semua permainan psikologi
kerana aku orang melayu
perlu minda terbuka dengan perubahan masa


KALAU DULU...
aku memandang dunia ini indah
ciptaan Allah untuk hambaNya
supaya beribadat kepadaNya


TAPI SEKARANG MASIH SAMA...
dunia ini memang indah
setiap kurniaanNya sangat termewah
buat umat Nabi Muhammad s.a.w


NAMUN...
hanya manusia yang semakin berubah
memandang hierarki yang di cipta
tak ingat atas kekuasaanNya
manusia sanggup memakan daging saudaranya sendiri
demi mengejar pangkat, harta dan nama
tidak mengira sesama bangsa dan agama
demi menjaga periuk nasinya sendiri


moral of the story... LU PIKIR LAA SENDIRI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...