Friday, February 12, 2010

Aku Letak Jawatan...

Semalam... secara official.. aku dah mohon berhenti kerja dari kementerian yang aku sedang bertugas ni... tapi aku bukan berhenti kerja... just nak balik semula ke Kementerian Kesihatan.... Kenapa aku ambil tindakan ni... aku rasa... LU PIKIR LAA SENDIRI....

Jadi... buat masa ni... aku sedang menunggu keputusan permohonan aku dari Bahagian Sumber Manusia... ini adalah satu keputusan yang paling sukar dalam hidup aku... tapi... kehidupan perlu diteruskan... demi perkembangan kerjaya aku di masa akan datang... aku terpaksa membuat keputusan tanpa mengikut emosi... tetapi secara pertimbangan rasional...

aku bukannya jenis yang suka nak memburukkan nama orang... tapi kalau dah ada kes tikam belakang... aku lebih rela step down... dari menambah minyak di api yang membara...

manusia takkan nampak kesempurnaan di hadapan mata... pasti ada yang banyak silapnya... tapi penilaian yang tidak berlandaskan etika kerja... itu yang paling perit aku hadapi...

hijrah itu penting dalam kehidupan... bila berhijrah... kita bukannya kalah... tetapi lebih mematangkan kita dalam membuat penilaian... bukan aku nak lupakan jasa manusia... tapi aku tak boleh berhadapan dengan talam dua muka...

aku bakal berhadapan dengan tindakan... gaji aku tak dapat naik tahun ni... aku mungkin hilang seniority dalam perkhidmatan awam... aku lebih rela hilang pangkat yang sementara di kementerian ini... dari aku hilang maruah dan etika kerja...

ada orang berkata... aku terlalu berlembut... aku tak buat kerja... aku terlalu beremosi... tapi aku ambil kata-kata itu sebagai kata-kata orang yang dengki... kerana aku malas nak ambil hati orang sebegini...

aku berdoa pada Allah... agar dikurniakan aku hati yang tabah... sabar menghadapi ujian ini... walaupun pedih... tapi aku bersyukur... kerana aku tidak hilang maruah dan harga diri....

moral of the story: Allah sentiasa berada di sisi hamba-Nya yang teraniaya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...