Semasa aku meneliti minit mesyuarat pengurusan... aku terpandang pada tajuk ini....
"KONVENSYEN PENGHAPUSAN SEGALA BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP WANITA"
Di zaman moden ini.... masih lagi wanita itu terpinggir... jadi aku nak share dengan uols... apa ada dengan konvensyen ni... Dasar ini diperjuangkan oleh :
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Isu wanita dan pembangunan telah menjadi agenda dunia semenjak Bangsa-bangsa Bersatu menganjurkan Persidangan Wanita Pertama di Mexico pada tahun 1975. berdasarkan kajian yang telah dibuat wanita pada keseluruhannya tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dalam
proses pembangunan.
Justeru itu lebih ramai wanita yang menjadi miskin, buta huruf, tidak mendapat penjagaan kesihatan, mangsa keganasan seperti perkosaan, penderaan serta pengabaian, dinafikan hak-hak yang asasi, didiskriminasikan dan pelbagai bentuk ketidaksamaan sehinggakan status wanita seolah-olah lebih rendah daripada lelaki dan keadaan wanita jauh lebih buruk daripada kaum lelaki.
Natijahnya wujud jurang perbezaan yang ketara di antara lelaki dan wanita dalam aspek pendidikan, kesihatan, pekerjaan, perundangan, kepimpinan, pemilikan kuasa, pemilikan sumber dan sebagainya.
Wanita di negara ini lebih bernasib baik kerana keadaan dan kedudukan wanita telah bertambah baik dari semasa ke semasa ekoran daripada dasar pembangunan negara yang membawa rahmat kepada semua rakyat tanpa mengira jantina.
Namun masih banyak usaha yang perlu dilakukan bagi benar-benar meletakkan wanita pada tahap yang sewajarnya dan strategi-strategi perlu digubal untuk membolehkan wanita memberi
sumbangan secara lebih berkesan di dalam proses pembangunan.
DASAR WANITA NEGARA
Pada tahun 1989 Kerajaan telah menggubal satu dasar yang khusus untuk dijadikan panduan asas dalam usaha mengintegrasikan wanita sepenuhnya dalam proses pembangunan negara iaitu Dasar Wanita Negara.
Dengan adanya Dasar ini, wanita yang merupakan hampir separuh daripada penduduk negara ini dapat dilibatkan dengan seluasluasnya dengan lebih terencana sama ada sebagai penyumbang kepada proses pembangunan negara atau dalam menikmati faedah pembangunan.
Dasar Wanita Negara digubal dengan harapan segala halangan dan sekatan-sekatan kepada pengintegrasian wanita sepenuhnya dalam proses pembangunan dapat diatasi.
Beberapa strategi telah dihuraikan bagi melaksanakan dasar ini:
KOMEN AKU:
Perkara ini nampak cantik pada dasarnya... tapi apabila tiba dasar implementasi... aku rasa hanya kementerian yg diterajui oleh Dato Shahrizat ini sahaja yang terbela.
Aku tidak menunding jauh... perkara berlaku pada diri aku sendiri... apabila aku ketengahkan masalah aku ke peringkat atasan... mereka nampak masalah aku tiada penyelesaiannya.. sebabnya mudah... aku perempuan... perlu memenuhi kepentingan dan keperluan orang atasan... sangat sukar bagi aku keluar dari permasalahan ini... walaupun aku rela undur diri.. namun ia tidak semudah yang disangka...
bagi aku... bukan aku seorang yang menghadapi masalah ini... lebih ramai lagi wanita di luar sana yang menghadapi masalah yang lebih kurang serupa dengan aku... tapi di mana tempat kita untuk mengadu... kerana wanita ini tiada pangkat dan juga darjat... diskriminasi ini memang wujud.. tetapi sukar untuk diperbincangkan...
MORAL OF THE STORY: wanita itu mempunyai kuasa... namun kuasa ini akan luntur... apabila maruah dan etika kerja diperlekehkan... oleh orang yang lebih berkuasa...

- Memperkukuhkan jentera pembangunan wanita;
- Mengorientasikan dasar dan tindakan agensi kerajaan supaya memasukkan proses perancangan, pelaksanaan dan pengawasan program-program pengintegrasian wanita;
- Pendidikan dan latihan untuk menyedarkan pihak pentadbiran kerajaan mengenai isu-isu wanita;
- Melibatkan badan-badan bukan kerajaan;
- Membasmi diskriminasi dan mengambil tindakan tegas;
- Memajukan dan meyelaraskan penyelidikan mengenai isu wanita;
- Penyediaan peruntukan yang mencukupi bagi melaksanakan program dan projek.
- Mempertingkatkan penyertaan wanita agar mutu kehidupan pekerja-pekerja khususnya pekerja-pekerja buruh, pekerja wanita di luar bandar dan pekerja kilang dipertingkatkan;
- Perkhidmatan sebagai suri rumah serta wanita yang bekerja tidak bergaji seharusnya mendapat nilai ekonomi;
- Diadakan undang-undang bagi melindungi pekerja daripada dieksploitasi, diberi kemudahan yang sepatutnya, pencegahan gangguan seksual dan sebagainya;
- Perlu ada “job description” bagi semua jenis pekerjaan dan penentuan gaji yang sewajarnya, tanpa perbezaan jantina;
- Mengamalkan prinsip gaji sama untuk pekerjaan yang sama;
- Dihapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam peluang peluang kenaikan pangkat, latihan lanjutan dan pembuatan keputusan.
KOMEN AKU:
Perkara ini nampak cantik pada dasarnya... tapi apabila tiba dasar implementasi... aku rasa hanya kementerian yg diterajui oleh Dato Shahrizat ini sahaja yang terbela.
Aku tidak menunding jauh... perkara berlaku pada diri aku sendiri... apabila aku ketengahkan masalah aku ke peringkat atasan... mereka nampak masalah aku tiada penyelesaiannya.. sebabnya mudah... aku perempuan... perlu memenuhi kepentingan dan keperluan orang atasan... sangat sukar bagi aku keluar dari permasalahan ini... walaupun aku rela undur diri.. namun ia tidak semudah yang disangka...
bagi aku... bukan aku seorang yang menghadapi masalah ini... lebih ramai lagi wanita di luar sana yang menghadapi masalah yang lebih kurang serupa dengan aku... tapi di mana tempat kita untuk mengadu... kerana wanita ini tiada pangkat dan juga darjat... diskriminasi ini memang wujud.. tetapi sukar untuk diperbincangkan...
MORAL OF THE STORY: wanita itu mempunyai kuasa... namun kuasa ini akan luntur... apabila maruah dan etika kerja diperlekehkan... oleh orang yang lebih berkuasa...
No comments:
Post a Comment