Sinki dapur adalah tempat yang sering digunakan terutamanya semasa memasak makanan dan juga membersihkan pinggan mangkuk selepas makan. Walaubagaimanapun, kabinet bawah sinki sering diabaikan dan tidak diberikan perhatian. Kebanyakan masanya, kabinet bawah sinki menjadi tempat yang paling kotor di dalam dapur.
Paip sinki di kabinet dapur sering menjadi halangan untuk menyusunatur barangan keperluan. Adakalanya, paip yang bocor menyebabkan sinki bawah dapur sentiasa lembap dan berbau. Ditambah pula dengan tong sampah, ia sering menjadikan kabinet bawah sinki tidak teratur dan berbau.
Oleh itu, paip bawah sinki perlu dipastikan agar tidak bocor. Walaupun tong sampah diletakkan di bawah kabinet dapur, sisa makanan jangan dibuang ditong sampah tersebut kerana ia akan menyebabkan dapur mudah berbau busuk. Pastikan terdapat tong sampah khas untuk sisa makanan dan ia akan memudahkan proses pembersihan dapur. Selain itu, asingkan sampah kitar semula dan sudah pasti tong sampah bawah kabinet tidak mempunyai sampah yang besar dan mudah untuk diuruskan. Disamping itu, kawasan luar tong sampah di dalam kabinet tidak kotor.
Untuk memastikan ruangan kabinet bawah dapur mempunyai ruang untuk menyimpan barangan seperti sabun pencuci dan lain-lain, boleh laa letakan rak bertingkat. Selain itu, asingkan peralatan mencuci seperti span, berus dan berus gigi terpakai agar ianya mudah kering dan senang untuk digunakan. Bagi sabun pencuci, susunatur sabun pencuci mengikut kategori agar senang untuk diambil semasa proses pembersihan.
Dan untuk plastik sampah pula, ia boleh digantung pada pintu kabinet agar ia mudah diambil. Jadi tiada alasan tong sampah tidak diletakkan plastik sampah dan sampah dapat diuruskan dengan baik.
ps: Paling ideal, sampah sisa makanan dibuang setiap malam sebelum tidur agar dapur tidak berbau diwaktu pagi.
No comments:
Post a Comment