Thursday, March 26, 2009

Perkembangan Temuduga...

Semalam sadi kena interview lebih kurang satu jam... untuk 45 minit pertama... sadi boleh menjawab soalan yang diajukan dengan penuh confident... tapi untuk 15 minit kemudiannya... 3 soalan terakhir.... mmg sangat sukar untuk sadi jawab dan motivasi dan confident level sadi telah turun... hmmm... just nak share soalan 3 yang sukar itu..

1) Sekiranya orang yang terdahulu boleh menunjukkan prestasi yang sangat baik, adakah awak rasa awak boleh memberikan prestasi yang yang sama seperti individu tersebut?

Jawapan sadi... lebih kurang laaa... setiap individu tuu unik dan berkebolehan dalam memenuhi keperluan sesuatu kerjaya tersebut.... namun yang paling penting... peluang diberikan kepada inidividu tersebut untuk menonjolkan kebolehan yang dia ada.

2) Apakah perancangan yang boleh dibuat oleh anda untuk meningkat NACWC dikacamata ASIA?

Jawapan sadi... oleh kerana soalan yang pertama tu telah menyebabkan sadi DOWN... so sadi punya jawapan memang hampeh kerana bidang NACWC ni sangat baru bagi sadi dan sadi tak pernah pun ada pengalaman kerja tu... so sadi tak boleh nak berikan idea yang bernas untuk soalan ini.

3) Mengapa anada rasa anda calon yag paling sesuai untuk mengisi jawatan ini?

Dah tu... sadi dah DOWN... macamana pulak aku nak memuji diri sendiri pasal soalan yang sebelum tu pun tak boleh nak jawab... so sadijust berikan simple answer... sadi sangat komited terhadap kerja yang diberikan, sangat menepati masa, berdedikasi dan agresif terhadap cabaran yang ada dan sadi rasa sadi sesuai untuk jawatan tersebut.

uuuuwwwwaaaaaaaaaaa.......rasa sangat tak confident untuk 3 soalan yang terakhir tuuu... hanya kerana sadi rasa tak bersedia kot nak menjawab soalan macam tu... lagi pun interview ni kan last minute call... so...bila kurang preparation... sadi jadi GEMURUH dan menyebabkan sadi tak boleh nak kelentong jawapan... hmmmmm....

anyway... Tan Sri ada tanya bila sadi boleh mula berkerja... dan sadi kata bila-bila masa... lepas tu Tan Sri harap kalau sadi diberikan jawatan tu... sadi tak boleh buat PENANGGUHAN untuk lapor diri.... dan satu soalan lain... Tan Sri tanya pukul berapa sadi selalu ada kat ofis... sadi pun jawab laa kat ofis sadi ni ada 3 shift... 7.30am...8.00am dan 8.30am.... sadi masuk pukul 7.30am... dan selalunya dalam pukul 7.00am sadi dah ada kat ofis... Tan Sri tu terus senyum...

p/s: sebenarnya sadi tak tau laa sadi dapat ke tak jawatan tuuu... hmmm... tawakal je laaaa... :)

2 comments:

ANAKIRANA said...

insyaallah....
tawakkal jer la..kite dah berusaha


tp cam skema gak ek soklan dia..cam dlm buku lak ehheheh

SaDi said...

kirana... itu laa pasal... rasa gemeruh sangat semalam... sadi tawakal jee laa :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...