Saturday, January 24, 2009

Gerhana Matahari 26 Januari 2009

kalau tak silap sadi... tahun baru cina tahun ni... adalah hari yang sama bagi gerhana matahari... info sadi dapat masa tengok RTM... huahuahauhuahua... kita diajak untuk mengadakan solat selepas gerhana matahari tuu...

so... meh layan artikel pasal gerhana matahari...

__________________________________________________________


Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.

Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.

diambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana_matahari
__________________________________________________________

betapa besarnya kuasa ALLAH... :)

p/s: peace no war

2 comments:

kak ja said...

Kja dah set reminder so that x miss gerhana metahari ni..

SaDi said...

kak ja... nampak tak gerhana tu pukul 4 ptg... sadi kat rumah tak nampak pasal hujan... :( tengok kat berita jeee... kat indon yang paling terang... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...