Monday, March 14, 2011

BULATAN BANDAR SAUJANA PUTRA

Kali ni sadi nak share sedikt isu pasal bulatan di Bandar Saujana Putra... bulatan ini menghubungkan Lebuhraya ELITE, Lebuhraya SKVE dan Bandar Saujana Putra... isu disini... kenderaan yang melalui bulatan ini... terutamanya dari ELITE ke SKVE dipandu laju... terutamanya KERETA dan LORI

MENGAPA KENDERAAN INI DIPANDU LAJU... antara faktornya... pemandu yang rasa jalan tersebut adalah jalan lurus dan tidak memperlahankan kenderaan apabila melalui bulatan ini... dan bagi pemandu yang baru kali pertama melalui jalan ini... tidak tahu bahawa ada laluan kawasan perumahan di sini... faktor utama... signboard Bandar Saujana Putra dilindungi pokok... pagar bagi kawasan pembinaan kedai menutupi pemandangan laluan ke BSP... dan tiada papan tanda 'PANDU PERLAHAN' atau bonggol bagi memastikan kenderaan dipandu perlahan apabila melalui bulatan BSP...

Baiklah... bagi memberikan gambaran kawasan ini... sadi nak share gambar kawasan ini

Tol Bandar Saujana Putra


Papan Tanda Bandar Saujana Putra yang terlindung kerana pokok


Jalan yang menghubungkan ELITE dan SKVE... sekali pandang macam jalan lurus


Kenderaan sering dipandu laju di kawasan ini
Susur masuk ke Bandar Saujana Putra yang terlindung
Bagi penduduk di Bandar Saujana Putra... terutamanya penunggang motosikal... sangat terdedah kepada bahana kemalangan di kawasan ini... selain itu... memang terdapat kes kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal dan lori... oleh itu... sila pandu kenderaan anda dengan berhemah untuk menjamin keselamatan nyawa anda dan nyawa orang lain...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...