Thursday, February 16, 2017

Aku dan Belanda

Dah lama sangat tak mengemaskini blog ni. Kali terakhir aku buat entry di blog ni adalah selepas kelahiran Baby Mya pada tahun 2013 dan sekarang ni Mya hampir masuk 4 tahun. Jadi ianya merupakan satu tempoh yang sangat lama bagi aku menghilangkan diri di dunia blog ni. Ada banyak sebab aku menyepikan diri dan salah satu sebabnya adalah kesibukan tugasan harian dalam menguruskan kerja dan juga rumah.

Salah satu azam aku bagi tahun ini adalah mengembalikan semula keceriaan hidup aku di dunia blog. Dan kali ini aku akan berkongsi pelbagai pengalaman dan juga tips berada di luar negara buat tatapan orang yang berminat nak tahu. Semoga ia boleh menjadi coretan kenangan terindah bagi kami sekeluarga dan juga perkongsian pengalaman bagi pembaca blog ni. 


ps: Suatu masa dulu aku di Belanda hanya untuk menghadiri mesyuarat. Dan sekarang ni sudah hampir 3 tahun aku dan keluarga menetap di Belanda.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...