Tuesday, April 14, 2009

Ubat tradisional 'tongkat ali' dilarang

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan melarang penjualan, pengedaran dan penggunaan ubat tradisional yang dikilangkan oleh Etumax Corporation Sdn. Bhd. kerana dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine dan sildenafil.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A.Rahman berkata, produk tersebut menggunakan jenama Phyto Shape, Phyto-Hape, Tongkat Ali Power, Tongkat Ali Power Plus dan Etumax Eurycoma Active Plus.

Beliau berkata, ubat yang mengandungi sibutramine dan sildenafil hanya boleh dibekal oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor.

"Pengguna tidak sepatutnya menggunakan produk tradisional yang mengandungi sibutramine kerana penggunaannya tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan serius seperti peningkatan tekanan darah dan peningkatan denyutan jantung.

"Penggunaan sildenafil tanpa preskripsi doktor pula boleh menurunkan tekanan darah dan boleh membawa kesan serius seperti serangan jantung," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menasihati sesiapa yang mempunyai stok produk berkenaan supaya menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaannya dengan serta-merta.

MORAL OF THE STORY: sebenarnya petikan ini sadi ambil dari KOSMO... tapi... yang sebenarnya... kenyataan sidang akhbar ni dibuat oleh BOS sadi... huhhuhuhuhuuhhu... rasa seronok pasal berhasil jugak hasil siasatan untuk kes ni... ini adalah antara kes yang berjaya diselesaikan dengan pembatalan terus keluaran ini... HQ untuk company ni terletak kat jalan gasing... dan kalau nak ikutkan penjualan keluran ni lebih kepada direct selling dan tak ramai sangat pengguna yang makan keluaran ni.... keluaran ni lebih galmour kat OVERSEA... TAPI... masih ada keluaran yang berbentuk makanan yang mempunyai claim untuk kesihatan.. dah laa claim pada produk tuu penipu besar... tak sabar pulak nak tunggu hasil siasatan untuk kes yang lagi satu...

2 comments:

Nurmala Mazlan said...

prodk ni ke yg akak cakap tu??

SaDi said...

nurmala... bukan produk yang ini... produk ni kes ada racun berjadual... bukan yang kes company yang nak saman tuuu... yg tuu kes lain... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...