Saturday, July 25, 2009

Pro & Contrast

Ini just luahan hati... layanxxxxxxx.....

Semua org suka bercakap... walaupun mulut tidak berkata-kata... hati manusia sentiasa berkata-kata...

Ada kata-kata menyokong... ada kata-kata menyindir... dan ada jugak kata-kata yang membakar semangat... tapi... kebanyakan org suka berkata-kata menyokong... tetapi sebenarnya menikam dari belakang.... itu laa realiti bila kita berhadapan dengan orang sekeliling kita... termasuk keluarga... rakan... dan juga jiran... namun... kata-kata yang paling menusuk hati pastinya datang dari keluarga sendiri.... hmmmmmm.... :(

Untuk berjaya... kita perlu mendengar setiap pendapat... dan tak semua orang akan memberikan pendapat yang sama dengan kita.... namun adakah kita perlu membatalkan setiap niat kita dek kerana orang berkata... walaupun belum menuju kepada perkara sebenar... sudah perlu berputus asa kerana mendengar kata-kata orang....

seorang rakan ada berkata... ada sekumpulan kura-kura... yang terlalu lembap pada zahirnya... bercita-cita ingin memanjat sebatang tiang... oleh kerana berjalan pun lambat... ada antara sesama kura-kura berkata... adalah mustahil untuk seekor kura-kura memanjat tiang tersebut... maka.. ada yang langsung tidak memanjat tiang tersebut... ada yang hanya memanjat separuh jalan... namun... ada seekor kura-kura yang berjaya menaiki tiang tersebut... setelah turun... semua kura-kura lain bertanya apakah rahsianya untuk memanjat tiang tersebut.... rupanya kura-kura tersebut pekak... dia tidak mendengar segala kata-kata negatif... dan dia boleh berjaya kerana tidak bersikap negatif...

bila sadi dengar cerita ni... sadi tersenyum... terlalu mendalam moral cerita ini... namun...

pada kisah yang lain pula... sama seperti semasa sadi ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Master... ada yang berkata... buat apa nak sambung lagi... dan pelbagai kata-kata diberikan... terutamanya dari keluarga...... pada akhirnya... hasil usaha dan berkat sadi menyambung pelajaran... terdapat banyak hikmah yang terselindung disebalik cabaran semasa melanjutkan pelajaran....

adakah sadi boleh melakukannya... hanya masa yang menentukan... semoga Allah tabahkan hati sadi dalam menghadapi dugaan ini....

2 comments:

CuTeMiUt78 said...

eemm betul tu sadi.. sokong ngan apa yg sadi kata tu.. :D apapun buat la yg terbaik utk diri sadi n keluarga..

cikya said...

salam sadi....
Harap adi ok kt sana. Pokli, hasrul dan tommy dah report duty hr ni. dah lengkap geng kita. Mcm2 dah berlaku slps kita balik. Cya dah transfer kl. masih adjust keja baru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...