Tahun ni, Diyana berada di Darjah 2. Memandangkan sessi persekolahannya bermula petang.. maka pada kebiasaannya dia akan sampai dalam pukul 7.30pm. Kesian jugak aku melihat dia membawa beg yang besar berisi buku teks, tapi pada realitinya, keadaan itu lebih kurang sama seperti masa aku belajar di sekolah rendah.
Bila difikirkan, rasa masa itu berlalu sungguh pantas. Dulu aku rasa betapa penatnya belajar... bangun pagi terkejarkan bas sekolah... bila petang terkejarkan masa untuk makan tengahari kerana petang perlu ke sekolah agama... bila aku melihat perkembangan Diyana... sedikit sebanyak mengingatkan aku zaman sekolah.
Zaman sekolah antara waktu yang menyeronokkan bagi aku... walaupun terdapat suka duka dalam zaman sekolah... aku masih merasa zaman sekolah adalah waktu yang indah... ada ramai kawan... tak perlu fikir perkara yang terlalu berat... just concentrate dengan belajar...
Tapi masa takkan kembali... zaman telah berubah... kepentingan pendidikan tak dapat dipertikaikan... untuk menjamin masa depan yang lebih baik...
2 comments:
mmg yang terbaik!!
zaman sekolah kita dulu...semuanya adalah ttg kawan2... setiap hari ke sekolah adalah sbb boleh jumpa kawan... aku bukanlah belajar sgt masa tu...hahha
missed the good old days!!...
:)
adui sakitnya mata pinky ghitewww,
btw, nice blog..
salamm,
Post a Comment