Friday, April 10, 2009

Selamat ke produk itu??? PART 2

Untuk kali ni ini... sadi nak share panduan a.k.a tips untuk memastikan ubat yang kita beli kat pasaran adalah selamat... ubat dalam konteks ni adalah ubat yang kita beli kat kedai farmasi... atau ubat yang kita dapat dari doktor... atau ubat yang dijual di kaki lima... atau ubat yang dijual oleh orang marketing.... konsep ubat tuu termasuk ubat yang hanya boleh diberikan oleh doktor... atau ubat yang kita boleh beli kat kedai... atau pun ubat tradisional yang sangat glamour dikalangan rakyat malaysia....

PERTAMA... sesuatu ubat tuu mesti ada NOMBOR PENDAFTARAN... iaitu MAL12345678 A/X/T... kalau nak tahu...

- alphabet A mewakili semua ubat yang hanya boleh diperolehi dengan preskripsi dari doktor dan juga pegawai farmasi... contohnya ubat untuk darah tinggi atau sakit jantung dan pelbagai jenis penyakit lain yang kronik...

- kalau beli ubat yang ada alphabet X, ia mewakili ubat yang boleh diperolehi dari pegawai farmasi dan kekadang dari kedai 7Eleven... contohnya ubat PANADOL atau ubat batuk.... dan untuk kelas ni jugak mewakili FOOD SUPLEMENT contohnya vitamin C dan sebagainya....

- dan bagi alphabet T pulak mewakili ubat tradisional... kalau part ni.... memang dijual secara besar-besaran dan selalu masuk IKLAN mengatakan produk ini sangat SELAMAT disebabkan PRODUK SEMULAJADI!!!!!

KEDUA.... part ni sangat penting tau... kalau untuk produk dikelas A... sahaja yang boleh digunakan untuk merawat segala jenis penyakit kronik dimana ubat tersebut khusus untuk penyakit sepert JANTUNG, KANSER, KENCING MANIS DAN SEBAGAINYA... untuk kelas produk X dan T... sama sekali tidak boleh untuk claim produk itu berkesan menyembuh PENYAKIT KRONIK...

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA... CLAIM UNTUK PENYAKIT DIBAWAH ADALAH DILARANG DIDALAM INDIKASI PRODUK X DAN T... DAN DITAMBAH PULA... IA TIDAK DIBENARKAN DIDALAM IKLAN PRODUK TERSEBUT:

1) PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN GINJAL DAN JANTUNG (ini termasuk laa penyakit SAKIT JANTUNG DAN KEROSAKAN BUAH PINGGANG)
2) DIABETES (a.k.a. sakit kencing manis)
3) EPILEPSY OR FITS (sakit sawan)
4) PARALYSIS (lumpuh)
5) TUBERCULOSIS (sakit batuk TB)
6) ASTHMA (sakit lelah)
7) CANCER ( sakit kanser... ini termasuk semua jenis kanser)
8) DEAFNESS (pekak)
9) DRUG ADDICTION (ketagihan dadah)
10) LEPROSY (penyakit kusta)
11) HERNIA OR RUPTURE (penyakit burut)
12) DISEASE OF THE EYES (semua jenis sakit mata)
13) HYPERTENSION (DARAH TINGGI)
14) MENTAL DISORDER (sakit gangguan pada otak)
15) INFERTILITY (ketidaksuburan)
16) FRIGIDITY (tiada mood untuk seks)
17) IMPAIRMENT OF THE SEXUAL FUNCTION OR IMPOTENCY ( KEMANDULAN DAN SAKIT YANG BERKAITAN DENGAN-NYA)
18) VENERAL DISEASE AND NERVOUS DEBILITY (penyakit kelamin and saraf yang lemah)
19) OTHER COMPLAINT OR INFIRMITY ARISING FROM OR RELATING TO SEXUAL INTERCOURSE (part ni mesti boleh paham kaaannnnnn...)


Ini diperkuatkan di dalam akta ubat (Medicines (Advertisement and Sale) 1956) ada menyatakan:

Under section 3(1) of the Act stated the prohibition of advertisement to the public with regard to medicine, appliance and a remedy for the purpose of prevention, diagnose or treatment for certain diseases as specified in the schedule. The diseases and conditions of human being listed under this schedule are diseases or defects of the kidney and heart, diabetes, epilepsy or fits, paralysis, tuberculosis, asthma, leprosy, cancer, deafness, drug addiction, hernia or rupture, diseases of the eye, hypertension, mental disorder, infertility, frigidity, impairment of the sexual function or impotency, venereal disease and nervous debility, or other complaint or infirmity, arising from or relating to sexual intercourse.

sadi rasa ramai yang perasan yang banyak IKLAN DAN RANCANGAN di MEDIA PRIMA... especially berkaitan dengan penyakit yang sadi list kat atas ni... diwarwarkan dalam rancangan dan iklan mereka... segala jenis penyakit tuu boleh sembuh laa... dan ramai pulak orang yang percaya... sebenarnya... Sadi tak nak kengkawan blogger sadi tertipu dengan helah MARKETING mereka... percaya laa cakap sadi... selagi tiada kajian saintifik... tak boleh nak claim yang produk semulajadi tuu boleh menyembuhkan penyakit kronik... tapi kebanyakkannya disebabkan orang ramai terlalu percaya... itu yang menyebabkan pemakai produk tersebut percaya produk semulajadi nii terlalu berkesan... sadi selalu percaya pada 'TEORI PLACEBO EFFECT'.... senang cite pasal teori nii... kalau zaman dulu budak demam panas... jumpa dukun mintak air jampi... lepas minum air jampi terus sihat... itu laa PLACEBO EFFECT... teorinya... jika terlalu percaya ubat itu akan menyembuhkan penyakit... otak akan merembeskan impuls yang menyatakan ubat itu sangat berkesan.... pada hal... tiada effect dari ubat itu pun....

MORAL OF THE STORY: JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN ORANG YANG HANYA INGIN MENGAUT KEUNTUNGAN ATAS UBAT YANG DIJUAL... ada kes baru yang sadi terima... ada orang jual air kosong dan mengatakan semua jenis penyakit mata boleh sembuh... pada hal... si empunya produk itu bukan laa seorang ustaz sepertimana yang didakwa... harga air kosong tuu pulak mencecah ratusan ringgit... ada pengguna yang call kata dia dah beli ubat tuuu beribu-ribu ringgit tapi tiada kesan langsung pada matanya.... tertipu duit satu hal.... nasib baik mata tak buta... hmmm.....

10 comments:

Mamamanja said...

info yang sangat berguna. x penah amik tau plak pasal kod2 ubat nih huhuhu. thanks 4 sharing

SaDi said...

mamamanja... info mcm ni ramai orang yang tak tau... itu yang senang kena tipu... anyway... sadi harap lepas ni mamamanja boleh gunakan info ni untuk masa akan datang bila beli ubat... :)

amoi said...

sadi...boleh tau tak ubat mata tu cap apa?sbb saya pun ada beli ubat mata...family saya ramai yang guna...katanya dari air zamzam...just curious...risau pulak kalau melarat...tapi ada orang pakai alhamdulillah ok...

kalau tamo reveal kat sini boleh emel saya kat amochy@yahoo.com...tq

btw nice blog :)

SaDi said...

amoi... aduan yang sadi dapat hari tuuu... nama produk tuu dah nak dekat dengan url blog sadi niii... rasanya boleh teka kaaaannnnnnn... :)

amoi said...

wah ye ke?means amoi beli ubat yang sama...tapi mak mertua ofismate amoi pakai alhamdulillah berkesan...dia cakap air zamzam...wallahua'lam...ada keluar artikel kat mana2 ke?

nURmALa mAZLan said...

adoi kak...dari semalam tanya apa nama produk tu..hehe` kepochi pulak
apa2 pon thanks sebab share info kat sini

hatiberbunga said...

betul betul betul!

thanks 4 sharing.. :)

SaDi said...

amoi... effect tu adalah placebo effect... anyway... yg dia claim air itu air zamzam... sadi tak pasti sangat pasal pekerja dicompany tuu yg bg tau dia hanya meng'auta' sahaja... terpulang laa nak percaya atau tak... :)

SaDi said...

nurmala... sadi rasa ada orang yang dah dapat teka nama produk tuu... :)

SaDi said...

ann... itu laa guna kawan... kita perlu share the information... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...