Monday, June 1, 2009

Kerja Kerajaan Rileks....

Aku bukan laa apa... ini hanya laa sekadar luahan hati... jangan pulak sesapa nak jadi tukang tabur fitnah kat aku ni.... aku just nak share pandangan orang umum terhadap orang yang kerja kerajaan... ORANG KERJA KERAJAAN NI RILEKS.... hmmm....

alkisah bermula pada satu makan malam... aku ni buat laa ramah-tamah menyapa tetamu yang ada... anyway... terbukak laa cerita pasal kerja kat mana... aku ni pun dengan ikhlasnya cakap laa aku ni kerja kerajaan... well... ada laa menyapa... kerja kerajaan ni rileks... ya allah... masa itu... aku terasa... kecil hati pun ada.... jangan laa kerana segelintir orang kerajaan yang malas buat kerja... terus stigma semua orang kerajaan tu pemalas... aku bukan laa nak menegakkan benang yag basah... tetapi terasa satu pendekatan perlu diambil dengan segera agar orang ramai tidak menganggap pekerja kerajaan ini pemalas a.k.a masuk pagi punch card.. then melilau tak buat kerja... bila masa balik baru nak buat kerja.... on time balik terus punch card balik....

bagi aku... semua manusia ni diberikan akal dan nafsu... akal membawa kita ke jalan yang baik... manakala nafsu menyelewengkan kita... sekiranya seseorang tu buat kerja tidak menggunakan akal... maka nafsu laa bermaharajalela... mengular tak habis-habis.. dan berborak tak reti nak buat kerja.... kalau nak diperhatikan ditempat kerja lama sadi.... kebanyakkan kat opis tuu bahagian pengurusan... sadi dan member sadi selalu sibuk buat kerja yang tak habis-habis... banyak kerja yang perlu disegerakan kerana semua kerja ada dateline yang perlu ditarget.... anyway.... bila sadi dah kat tempat baru ni... senarionya sangat berubah... pekerja tak cukup jadi lagi laa banyak kerja yang kena dibuat.... tapi kebanyakkan kerja yang memerlukan analisis dan perancangan yang teliti.... takde laa pulak aku ni rileks kat tempat kerja... masuk kerja sebelum 7.30am dan balik pulak dalam pukul 6.30pm... masa kat opis selalu tak cukup.... terpaksa jugak buat kerja masa weekend.... jadi aku rasa... kerja kerajaan ni tak laa rileks... kerja banyak dan tak pernah habis....

dalam situasi yang lain pulak.... ada jugak sedara mara sendiri kutuk orang kerja kerajaan ni...bila ada yang cakap... kalau pergi ke kaunter pejabat kerajaan... pegawai kat situ selalunya baca paper laa... berborak laa... main handphone laaa... mendidih pulak darah sadi.... rasanya kalau status pegawai tak duduk kat kaunter pertanyaan... selalunya yang duduk kat kaunter tuu adalah golongan sokongan... pegawai selalunya duduk kat bahagian dalam opis dan buat kerja... anyway... bila orang ramai tengok yang duduk kat kaunter tuuu punya dressing macam pegawai... tak salah laa diorang membuat anggapan macam tuu.... anyway... sadi just berharap.... agar jangan disalah tafsirkan.... bahawa tak semua perkerja kerajaan tu rileks... ada yang bersusah payah buat kerja... tapi ada jugak yang goyang kaki... macam laa orang kerja swasta tuu effisien sangat... sadi pernah jugak call pegawai yang kat tempat swasta... tak reti angkat telefon dan berborak kat kaunter... tapi bagi sadi... adat laa orang malaysia... suka lepak... buat kerja pun nak nampak lepak dan rileks.... tapi kalau tempat tuu adalah pejabat kerajaan... dia punya tohmahan... bagaikan semua pekerja kerajaan memang kerja makan gaji buta setiap bulan... itu laaa orang malaysia... nak kutuk lebih pun... aku ni pun orang malaysia jugak....

just nak bagi tau... manusia adalah manusia... sukar bersyukur atas pemberian Ilahi... buat yang sedang bekerja tuuu... bekerja laa bersungguh-sungguh... anggap laa ini satu fardu kifayah... agar kita boleh menjawab dengan mudah di akhirat kelak... bukan semua orang kerajaan makan gaji buta setiap bulan... dan ada jugak orang yang kerja swasta yang suka curi tulang jugak... jangan laa kerana nila setitik... rosak susu sebelanga... BUAT KENGKAWAN YANG KERJA KERAJAAN... kita ubah laa diri kita agar orang ramai tidak mengecop kita ni kerja rileks....

p/s: peace no war.....




7 comments:

kirana said...

kadang2 yg segelintir tu la menyebabkan yg lain tu kena tempias..
kecian kat org yg betul2 buat keja

saya rasa bahagian front end tu yg penting yg kena jaga betul2..sebab yg tu org tengok dulu..dan customer service terutama bila melibatkan panggilan telefon..

aTan said...

Pendapat aku yang selalu buat project dgn pegawai kerajaan nie, kelemahan yg aku nampak adalah,

1. Pegawai buat decision yg tak betul diamana tidak mengambil implikasi dan kos yg akan meningkat.

2. Terlalu mengambil jalan selamat apabila menghadapi masalah dimana masalah tu dicreate atau ditimbulkan oleh mereka sendiri. Utk mengambarkan diri mereka tidak bersalah.

3. 'Membuli' syarikat swasta sedangkan masalah tu dtg dari mereka.

4. etc etc etc..

Tapi ade juga kebaikan pegawai2 kerajaan juga. Hehehe. Peace no war juga.

:iBuAfiQah: said...

betul kata sadi tuh..
bukan suma orang kerajaan ni rileks jerrr...
bhgn sokongan pun sibuk..ada dateline yg bos bagi..
xcukup masa gak..
ada yg bermati2an keje..ada yg rileks jer mkn gaji buta...
benda nie bergantung pada kita la...pkirkan berkat ke tak makan duit gaji kita bulan2 tu aje..

sheila said...

mmg betul bukan sume kakitangan kerajaan rileks...

tp kengkadang tu biasalah sebb nila setitik rosak susu sebelanga..

yg kata kat kaunter tu..dah tau off duty..gilah baca paper kat tmpt yg tertutup sket..ni baca kat tempat yg public blh nampak mmg lah public akan interpret mcm2...

nURmALa mAZLan said...

cuma yg selalu org nampak itu la..ke'rileks'an pekerja kerajaan.. dan yg x baik itu kan selalu dicanang²..cuba kala nampak yg efisyen, belom tentu nak canangkan kan?

♥nrina♥ said...

tahniah utk konvo tu...

rasanya keje swasta lebih tertekan pasal sesuka ati je nak buang org..tak mcm kerajaan ni..buat tak buat keje tapi tetap jugak ada keje hihihi...tp ade gak org yg tak cukup tangan buat keje..

yg pasti mana2 tempat keje pun tetap ada cabaran...dari segi keje dan rakan setugas..

CuTeMiUt78 said...

betul tu sadi.. hanya segelintir yg camtu.. tapi habis semua dipandang tak baik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...