Baru semalam sadi membuat komen peribadi mengenai wanita dan penindasan dalam kerjaya... tup..tup.. rupanya isu yang sama dimainkan oleh Setiausaha Agung Ceupacs... sebenarnya... sadi tak tau pun dia buat statement tu.... tapi masa dengar berita malam semalam... rupanya terdapat kebimbangan Ceupacs dalam perjawatan kerajaan yang diketuai oleh wanita... so... meh layan apa kata mereka di surat khabar..
AHMAD SHAH MOHD ZIN
Setiausaha Agung Ceupacs
"Fenomena ini menggusarkan kerana ia boleh mengakibatkan kepincangan sistem penyampaian kerajaan dalam jangka panjang. Ini berikutan fitrah wanita yang mempunyai kekangan sendiri, seperti mengambil cuti panjang selepas bersalin. Kita juga menerima aduan orang ramai yang mengakui lebih selesa berurusan dengan penjawat lelaki kerana mereka lebih keatif dan fleksibel, iaitu tidak terlalu terikat dengan kerenah."
Dan jawapan Menteri
DATUK SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
"Pelantikan wanita dalam jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam adalah antara langkah progresif kerajaan untuk mencapai sasaran minimum 30 peratus wanita dalam sektor itu. Ceupacs tidak perlu bimbang kerana langkah ini akan membawa kesan positif kepada ekonomi negara dan kualiti perkhidmatan awam. Penjawat wanita ini akan menyumbang dari segi cukai pendapatan dan sumbangan kepada keluarga. Selain itu, mereka ini berkelayakan tinggi dalam bidang masing-masing, dan ini secara langsung akan menaik taraf perkhidmatan awam."
KOMEN AKU
Memang ada kebenaran wanita itu ditindas.... terutamanya bagi orang-orang yang masih berpendapat bahawa kerja wanita hanya patut dirumah menjaga anak... kalau setakat kerja ofis... biarlaa yang setakat kerani dan PA.... tapi bila ada wanita yang memegang sesuatu jawatan yang penting... ada manusia yang tidak boleh menerima kekurangan diri apabila wanita berkerjaya itu lebih pandai darinya... jadi... untuk melemahkan semangat wanita itu... mula laa dikutuk, diherdik dan dimalukan... sehingga menjatuhkan semangat kerja wanita tersebut... perkara ini memang jelas lagi nyata... sehingga masuk ke muka hadapan surat khabar... kebenaran itu jelas... walaupun perit untuk ditelan... wanita masih tidak diterima secara hakikinya dalam sumbangan mereka kepada kejayaan sesuatu organisasi...
Moral of the story: GIRL POWER!!!!

No comments:
Post a Comment